400 Pelajar Parlimen Parit Buntar Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah


 

December 27, 2021Memandangkan berlaku kenaikan harga barang termasuk harga pakaian sekolah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar mengambil inisiatif membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, seramai 400 pelajar di Parlimen Parit Buntar telah menerima kelengkapan sekolah sebagai persiapan untuk memasuki sesi persekolahan tahun depan menerusi program ‘Back To School’ yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan AMANAH Kawasan Parit Buntar
“Penyampaian sumbangan berbentuk baucar untuk membeli pakaian sekolah telah diadakan di lima zon iaitu Bagan Tiang, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Titi Serong dan Parit Buntar
“Hari ini, program ini diadakan di Mydin Mall , Parit Buntar melibatkan penyampaian baucar kepada 100 orang pelajar,” katanya ketika ditemui pada program serahan baucar bagi program Back To School di Pasaraya Mydin, di sini.
Dr Mujahid berkata, walaupun bukan lagi menjadi wakil rakyat kerajaan, beliau tetap mengambil inisiatif bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dalam Parlimen Parit Buntar.
“Bantuan pakaian seragam sekolah ini adalah sebahagian daripada program bantuan yang kita berikan kepada penduduk berpendapatan rendah dalam kawasan ini sepanjang tahun.
“Selain itu, setiap bulan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada golongan memerlukan, bantuan kepada penduduk dikuarantin serta pelbagai bantuan lain,” katanya.
Turut hadir meraikan pelajar ialah En. Azmin Bin Dato’ Dr Hj Saduruddin, Eksekutif Direktor Mydin Wilayah Utara dan  En. Muhammad Nazri Bin Abdul Latif , Pengurus Cawangan Mydin Parit Buntar, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, Penyelaras DUN Titi Serong, Mohd Adnan Ghazali dan Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhamad Nakhaei Abdul Wahab.
Dr Mujahid berkata, program itu memberi semangat dan menceriakan pelajar terbabit sebelum memulakan sesi persekolahan 2022.
Sementara itu, salah seorang ibu pelajar yang ditemui, Shafiah Hasan, 43, berkata, dia lega apabila anaknya menerima baucar pembelian pakaian seragam sekolah itu.
“Dengan pendapatan rendah, perbelanjaan untuk sediakan kelengkapan sekolah anak-anak cukup membebankan.
“Saya ucap terima kasih kepada wakil rakyat kerana tanpa bantuan sebegini, kami terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan sekolah anak-anak,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/400-pelajar-parlimen-parit-buntar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 208 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang kecewa dengan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata ke...
Cerahi Kehidupan Bersama Top Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah Kembali Ke Sekolah

Cerahi Kehidupan Bersama Top Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah Kembali Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 252 hits
Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID 19 Lebih 150 000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masy...
Kpm Sedia Terima Pelajar Yang Mrsm Dibuang

Kpm Sedia Terima Pelajar Yang Mrsm Dibuang

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar yang ditamatkan pengajian akan diterima meneruskan pengajian di sekolah harian Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagaimanapun setiap pelajar terbab...
Parlimen Kementerian Pendidikan Ambil Tindakan Tegas Sekolah Sembunyi Kes Buli

Parlimen Kementerian Pendidikan Ambil Tindakan Tegas Sekolah Sembunyi Kes Buli

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh ASLINDA NASIR DR MOHD RADZI MD JIDINKUALA LUMPUR Tindakan tegas akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas mana mana sekolah atau pengurusannya menyembunyikan kes buli di sekolah terbabit Menegaskan perkara tersebut Sena...
Amanah Parit Buntar Tambah Tiga Lagi Cawangan Baru Di Dun Kuala Kurau

Amanah Parit Buntar Tambah Tiga Lagi Cawangan Baru Di Dun Kuala Kurau

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 157 hits
December 28 2021AMANAH kawasan Parit Buntar terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan tiga lagi cawangan penaja di DUN Kuala KurauSetiausaha AMANAH Kawasan Parit Buntar Ahmad Firdaus Mohamad berkata AMANAH semakin mendapat sokongan pendud...
Polis Kesan Tiga Lagi Kes Buli Pelajar Sekolah Libatkan Tiga Sekolah Berasrama Di Pahang

Polis Kesan Tiga Lagi Kes Buli Pelajar Sekolah Libatkan Tiga Sekolah Berasrama Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Tidak lama selepas kes buli di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA tersebar pihak polis turut menerima laporan kes buli yang melibatkan tiga sekolah berasrama di Pahang Memetik laporan Kosmo kesemua laporan membabitkan ketiga tiga...
Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

Polis Pahang Sudah Kenal Pasti Pelajar Yang Terbabit Kes Buli Dari Tiga Buah Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Polis menerima laporan kes buli membabitkan tiga sekolah di negeri ini dalam tempoh empat hari bermula 6 Disember lalu termasuk membabitkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah di Rompin Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yu...
Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

Khalid Samad Antara Yang Banyak Terima Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Malaysia dan juga penghuni muka bumi ini yang lain memang pemurah tetapi mereka hanya akan memberikan sumbangan kepada orang yang mereka percaya sahaja Itulah yang berlaku ketika banjir melanda negara ini Ketika Appl...
Cikgu Berjodoh Dengan Murid 11 Tahun Lagi Muda Tapi Nafi Bercinta Dari Sekolah

Cikgu Berjodoh Dengan Murid 11 Tahun Lagi Muda Tapi Nafi Bercinta Dari Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 243 hits
Soal jodoh ini sememangnya menjadi rahsia sesiapa juga tidak akan boleh menjangka bahawa dirinya akan bertemu jodoh dengan sesiapa kerana isu jodoh ini memang susah untuk ditentukan oleh kita manusia ini Ada yang diantara kita ini bertemu j...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional

Crepe Choc Coffee