Jalan Utama Gua Musang Kuala Lipis Ditutup Selama Sebulan Aliran Trafik Mulai Sesak Luar Biasa





Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, di sini menyebabkan aliran trafik sesak selain turut menyebabkan sebahagian pelajar Sekolah Maahad Muhammadi, di sini, lewat hadir ke sekolah.

Jalan itu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan.


Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang Mohd Zaki Mat Zin, 52, berkata susulan itu ibu bapa dinasihatkan supaya keluar rumah lebih awal esok untuk mengelakkan pelajar yang terlibat keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).


"Seramai 136 pelajar dari Taman Wangi, Kesedar Jaya, Kesedar Putra, Kawasan Perindustrian Chin Teck, Tanah Putih, Taman Saujana Harmoni dan Pulai terkesan dengan kesesakan trafik pagi tadi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Tinjauan Bernama mendapati penutupan terbabit turut menjadi punca aliran trafik mengalami kesesakan yang luar biasa sepanjang lebih 15 kilometer (km) bermula dari depan Petronas Persiaran Raya Gua Musang hingga bulatan Tanah Putih, pagi tadi.


Bagi pengguna jalan raya Nik Syazwani Nik Ilias, 34, berkata dia hanya mengetahui tentang penutupan laluan berkenaan ketika melaluinya pagi ini malah tidak mendapat notis terbaharu tentang penutupan itu.


"Memang betul sebelum ini kita diberitahu jalan ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembinaan lebuh raya mengikut notis JKR bermula 29 Mac lepas, tetapi oleh kerana sehingga semalam (Isnin) jalan masih boleh dilalui seperti biasa saya ingatkan penutupan ditunda dan sangat tidak menyangkakan ia telah ditutup pada waktu malam tadi," katanya.


Sementara itu, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Projek Khas ECER 1 Cawangan Jalan Ir Mohd Hamizi Abdullah dalam kenyataan berkata penutupan jalan dilakukan kerana kenderaan perlu dilencongkan daripada memasuki kawasan pembinaan yang akan menyebabkan kesesakan teruk akibat daripada "bottle neck" di tempat pembinaan selepas lampu isyarat Taman Wangi.


"Jabatan Kerja Raya LTU sudah membuat persediaan sebelum jalan ditutup dengan menaik taraf jalan alternatif iaitu Jalan Simpang Pulau ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dengan mengambil kira kemasukan kenderaan melalui daerah ini menjelang hari raya nanti," katanya.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah hingga 29 April ini dari pukul 8 pagi hingga 7 malam.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2023/04/jalan-utama-gua-musang-kuala-lipis.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/04/jalan-utama-gua-musang-kuala-lipis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 298 hits
10 Keutamaan Bulan Ramadhanmerupakan tema kedua Ceramah Ramadhan 2023 Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 2 Ramadhan 1444 atau 23 Maret 2023 Jamaah tarawih hafizhakumullah Sungguh nikmat yang luar biasa ketika Allah mempertemukan ...
Tanah Adat Saman Orang Asli Kuala Lipis Terhadap Kerajaan Di Dengar Hari Ini

Tanah Adat Saman Orang Asli Kuala Lipis Terhadap Kerajaan Di Dengar Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 641 hits
TEMERLOH Mahkamah Tinggi Temerloh mendengar saman yang difailkan penduduk Kampung Orang Asli dari Kampung Pos Lanai Kuala Lipis berhubung dakwaan pencerobohan di atas tanah mereka oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang Saman s...
Floods Harrowing Experience For Five Men Trapped By Rising Waters In Gua Musang

Floods Harrowing Experience For Five Men Trapped By Rising Waters In Gua Musang

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 133 hits
GUA MUSANG Firefighters braved flood waters to rescue five men aged between 45 and 50 years old trapped in a flash flood near the Gua Musang district police headquarters on Wednesday evening Gua Musang Fire and Rescue Station chief Senior A...
Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini

Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 221 hits
Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini Ramadan tidak datang setiap hari atau bulan Ia istimewa datangnya 1 bulan dalam setahun Yang luar biasanya dalam sebulan itu kita kena berpuasa pada waktu siang iaitu tidak ...
Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 214 hits
Daging kalau dibuat masak lemak cili api memang terangkat habis Lauk buat menambah nasi jadinya Lagi lagi kalau dibuat pedas sedikit Jika lazimnya cara memasak daging masak lemak cili api akan terus dicampur semua bahan sekali ke dalam peri...
Fitnah Kepada Pas Luar Biasa Hebat

Fitnah Kepada Pas Luar Biasa Hebat

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 179 hits
PAS Tak perlu bersusah payah nak jawab fitnah ni biar pihak KETIGA tolong jawab biar pengundi buat justifikasi dan biar malaikat jalankan perancangan Illahi Rakyat tenang sahaja memerhati
Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti Di Pwtc Kuala Lumpur

Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti Di Pwtc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTahun 2023 ini pastinya hari raya aidilfitri diraikan dengan meriah oleh rakyat Malaysia Untuk mereka yang berada di Lembah Klang atau kawasan berdekatan ada berita baik untuk anda Kepada anda yang mungkin...
Luar Biasa Lyudmila Titchenkova Digelar Gadis Zirafah

Luar Biasa Lyudmila Titchenkova Digelar Gadis Zirafah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 182 hits
Pada usia 16 tahun Lyudmila Titchenkova sudah mempunyai ketinggian mencecah 197 sentimeter Ketinggian luar biasa gadis yang berasal dari Nikolaev Ukraine itu menyebabkan dia lebih dikenali sebagai zirafah dalam kalangan rakan rakannya Bagai...
Lirik Lagu Luar Biasa Ismail Izzani Ft Alif

Lirik Lagu Luar Biasa Ismail Izzani Ft Alif

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 169 hits
Lirik Lagu Luar Biasa Ismail Izzani ft Alif Siapa tak kenali Ismail Izzani penyanyi muda yang makin meningkat naik dengan lagu popularnya iaitu Sabar dan Demi Kita Namanya makin sensasi seiring dengan penyanyi muda yang lain seperti Khai Ba...
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way