Stylofest Mega Raya 2023 Bakal Berlangsung Selama 73 Jam Tanpa Henti Di Pwtc Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2023 ini pastinya hari raya aidilfitri diraikan dengan meriah oleh rakyat Malaysia. Untuk mereka yang berada di Lembah Klang atau kawasan berdekatan, ada berita baik untuk anda! Kepada anda yang mungkin sedang merancang untuk mencari lokasi membeli belah, jom ke Stylofest Mega Raya 2023 yang bakal berlangsung selama 73 jam tanpa henti

STYLOFEST MEGA RAYA 2023 73 JAM TANPA HENTI
Bertemakan #SyurgaShoppingKita, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 yang akan diadakan bermula 14 sehingga 17 April 2023 dijangka akan mencipta sejarah tersendiri dengan penganjurannya selama 73 jam tanpa henti. 
Bukan itu sahaja, festival membeli-belah yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) atau lebih dikenali sebagai PWTC itu, menyenaraikan lebih 400 gerai jualan yang terdiri daripada pelbagai produk serta keperluan pengunjung terutamanya keluarga bagi meraikan Aidilfitri. 
Malah Stylofest Mega Raya 2023 juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100,000, termasuk lebih 1,000 baucer membeli-belah selama tiga hari penganjurannya

SESUAI DIKUNJUNGI SEISI KELUARGA
Selebriti serba boleh, Didie Alias yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Didies Entertainment & Management, pemilik francais festival terbesar ini Stylofest Mega Raya 2023 berkata, festival berkenaan sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga untuk mendapatkan pelbagai keperluan satu keluarga bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti. 
“Selain daripada menganjurkan sebuah festival yang meriah, selesa dan padat dengan aktiviti dan tawaran diskaun hebat kepada pengunjung, ia telah menjadi prinsip dan keutamaan kami sejak 7 tahun yang lalu untuk memberikan keutamaan kepada para usahawan dengan strategi-strategi promosi dan pengiklanan yang padat dan berterusan bagi memastikan para usahawan dapat menjalakan aktivti jualan dengan penuh rancak dan menguntungkan.” 


“Kami juga menyokong dan menyahut cadangan kerajaan dengan memperkenalkan “Tapak Rahmah” bagi membantu usahawan-usahawan kecil terutama yang baru berniaga dengan menawarkan harga tapak serendah RM2,500” 
katanya lagi. 

Menurut Didie Alias, penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 telah mendapat penyertaan jenama popular seperti Watson, Ella Furniture, Bulan Bintang, Elrah Executive, Hijabista Hub, Minaz, Alha Alfa, Simply Siti, Supersunday dan bermacam lagi selain daripada penglibatan UniKL sebagai rakan kolaborasi acara berkenaan

“Objektif utama penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 tidak lain ialah untuk merancakkan lagi ekonomi negara dan tidak ketinggalan meningkatkan ekonomi para usahawan tempatan yang mengambil bahagian. “Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan kepada para pengunjung untuk menikmati pembelian harga mampu milik dan tawaran hebat bagi setiap produk yang ada di jual sini, selain dapat beriadah bersama keluarga sepanjang 73 jam karnival ini diadakan,” 
katanya

KETENGAHKAN PRODUK KEPERLUAN SEISI KELUARGA
Stylofest Mega Raya 2023 bakal mengetengahkan produk keperluan seisi keluarga bagi menyambut lebaran seperti pakaian, beg, aksesori, minyak wangi, kosmetik, perkakas rumah dan elektrik dan kuih raya. Tidak ketinggalan juga barangan keperluan dapur, ruang tamu serta dekorasi, produk mandian dan kenderaan. 
Buat pertama kalinya juga, pengunjung berpeluang membeli pelbagai barangan kecantikan, kosmetik dan rawatan tubuh badan di Shop-in With Watson yang bakal menawarkan diskaun hebat yang hanya boleh didapati di festival mega raya seumpama ini. 
Bakal dilancarkan juga Stylo Kidszone iaitu lokasi khas yang disediakan khusus buat kanak-kanak bermain sebagai kemudahan tambahan buat ibu-bapa membeli-belah tanpa risau dan selamat untuk meninggalkan anak masing-masing di zon berkenaan
“Pada festival ini juga, akan dibuka StyloFoodie yang menempatkan gerai makanan dan minuman di kawasan tempat meletak kereta PWTC. “Bukan itu sahaja, Stylofest Mega Raya 2023 turut mendapat penyertaan barisan usahawan yang bukan sahaja dari Semenanjung tanah air, malahan juga dari Sabah dan Sarawak bagi memeriahkan lagi penganjuran tahun ini,” 
katanya


Didie Alias menerusi syarikatnya Didies Entertaimernt & Management dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan rangka promosi dan jualan Stylofest Mega Raya 2023 sejak empat bulan lalu

BARISAN SELEBRITI POPULAR TANAH AIR SEBAGAI DAYA TARIKANSebagai daya tarikan, Stylofest Mega Raya 2023 turut menyenaraikan barisan selebriti popular tanah air sepanjang penganjuran karnival selama 73 jam tanpa henti ini. 
Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ustaz Ebit Lew, Ella, Ustaz Syamsul Debat, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Adira, Puteri Sarah, Dato Fizz Fairuz, Jue Aziz, Aidil Aziz, Mark Adam, Mawar Rashid, Zul Huzaimy dan Zaki Yamani. 
Turut mengambil bahagian, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Syamel, Ernie Zakri, Wawa Zainal, Aeril Zafril, Watie Ozlynn, Johan Raja Lawak, Aidil Aziz, Fasha Sandha, Nad Zainal, Ungku Ismail, Ayda Jebat, Nabil Mahir, Ayie Floor 88, Along Cham dan Zalif Sidek. 
Tidak ketinggalan, Anne Abdullah, Angah Raja Lawak, Nubhan, Ieda Moin, Mark Adam, Fikry Ibrahim, Imam Muda Asyraf, dan Liza Abdullah. 
“Cabaran tahun ini, di mana kami perlu merangkakan strategi promosi dan penjualan tapak seawal 4 bulan yang lalu bagi mengurangkan saingan terhadap penganjur baharu yang muncul seperti cendawan pada tahun ini. “Harapan saya, semoga penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 dapat memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki bersama rakan selebriti, usahawan serta membantu meningkatkan ekonomi semua pihak yang menyertai festival ini,” 
katanya. 

Selain gerai jualan, turut diadakan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya majlis berbuka puasa bersama anak yatim, sesi ramah mesra bersama Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Syamsul Debat, pemberian duit raya, keluarga bertuah raya dan banyak lagi. 
Untuk maklumat, satu unit gerai jualan di StyloFest Mega Raya 2023 boleh didapati pada harga serendah RM3,500, RM4,500, RM5,500 serta harga premium mengikut pada lokasi tapak gerai. 
Berminat untuk mengambil bahagian di dalam Stylofest Mega Raya 2023? Sila hubungi 010-2199144 atau email ke [email protected]
Atau follow laman sosial Stylofest Mega Raya 2023 iaitu ;
Instagram : @stylofest.myFacebook : FB Stylofest  Tik Tok : Stylofest
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/03/stylofest-mega-raya-2023-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

Starvendors Klcc Mega Raya Fest 2023 Bakal Cipta Rekod 100 Jam Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah ramai pastinya ketika ini sedang berkira kira untuk mencari barangan dan produk untuk hari perayaan seperi kuih raya baju raya dan pelbagai lagi Ya...
Lagi Trend Lagi Beraya Festival Trend Raya 2023 Di Mid Valley Kuala Lumpur

Lagi Trend Lagi Beraya Festival Trend Raya 2023 Di Mid Valley Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 510 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Ramadan di tahun 2023 telah pun tiba Di samping melaksanakan ibadat berpuasa pastinya ramai yang berkira kira untuk membeli belah barang keperluan ...
Trend Raya 2023 Todak Fusion Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

Trend Raya 2023 Todak Fusion Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 443 hits
Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn Bhd Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur Jom shopping di Trend Raya yang berkonsepkan trendy Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics Elrah Exclus...
Matta Fair 2023 Pertama Kali Di Mitec Kuala Lumpur

Matta Fair 2023 Pertama Kali Di Mitec Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 301 hits
Kali ini sesuatu yang baru Untuk informasi semua Matta Fair 2023 Pertama Kali Di MITEC Kuala Lumpur Kalau sebelum ini ia sudah serasi dengan bangunan WTC KL namun untuk Matta Fair pertama tahun 2023 yang berlangsung pada 17 19 Mac ini di an...
Buffet Ramadan 2023 Bazaar Citarasa Serantau Di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Bazaar Citarasa Serantau Di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 451 hits
Hi Everyone DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur are proudly presents local favorites this Ramadan with an extensive celebratory menu featuring themed buffets at Makan Kitchen and more This buffet dinner is part of the nationwide Citarasa Sera...
Earth Hour 2023 Bergelap Selama 1 Jam

Earth Hour 2023 Bergelap Selama 1 Jam

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 191 hits
Earth hour 2023 di Malaysia pada hari Sabtu 25 Mac 2023 akan menyaksikan kegelapan selama 1 jam bermula pukul 8 30 malam sehingga 9 30 malam Inilah masanya untuk kita padamkan lampu bergelap tanda peduli merayakan kempen Earth hour walau di...
Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur

Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 405 hits
Buffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala LumpurBuffet Dinner 2023 Cititel Mid Valley Kuala Lumpur Assalamulaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi Pasti ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk...
Buffet Ramadhan 2023 Selera Juadah Kampung Di Parkroyal Collection Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2023 Selera Juadah Kampung Di Parkroyal Collection Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 299 hits
Hi Korang Kepelbagaian hidangan yang ditawarkan di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur cukup mengujakan Apatah lagi juadah kampung yang sentiasa dirindui terutama setiap kali tibanya bulan ramadhan Yup Pada bulan inilah kita merindui za...
Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Iftar Kuliner Nusantara Di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam rancangan makan buffet apa hari ni Haha baiklah kali ini aku nak kongsikan sebuah lagi lokasi yang anda boleh datang dan jamah menunya pada bulan Ramadan yang bakal tiba ini Terletak di ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord