Luar Biasa Lyudmila Titchenkova Digelar Gadis Zirafah


Pada usia 16 tahun, Lyudmila Titchenkova sudah mempunyai ketinggian mencecah 197 sentimeter. Ketinggian luar biasa gadis yang berasal dari Nikolaev, Ukraine itu menyebabkan dia lebih dikenali sebagai zirafah dalam kalangan rakan-rakannya.


Bagaimanapun, gadis cantik itu memberitahu, dia sedikit pun tidak berasa kecil hati dengan gelaran itu.

"Dahulu, saya sering merasa rendah diri kerana sering diejek kawan-kawan di sekolah.

"Saya juga malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Namun, lama-kelamaan saya jadi biasa dengan kritikan yang diterima," katanya menerusi portal Rocket News 24.

Cerita Titchenkova, keganjilan pertumbuhan fizikal pada tubuhnya mula dikesan sewaktu dia berumur 10 tahun.

Ketika itu, kedua-dua ibu bapanya menyedari kadar pertumbuhan pada anggota badannya dilihat tidak normal kerana berkembang dengan sangat pantas jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya lain.

"Secara fizikal, saya jauh lebih tinggi daripada kawan-kawan seusia malah ukuran tangan serta leher saya juga berbeza berbanding kanak-kanak normal.

"Ibu dan bapa saya turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi pelik yang berlaku ke atas diri saya ini," katanya sambil memberitahu, adiknya, Tamura turut mengalami penyakit serupa.

Selain itu, pertumbuhan abnormal fizikal gadis berkenaan turut melibatkan bahagian tulang belakang yang kelihatan sedikit melengkung.

Titchenkova memberitahu, dia kemudiannya dirujuk ke sebuah hospital di Ukraine untuk mendapatkan rawatan selain bagi mengenal pasti punca sebenar penyakit tersebut.

Setelah menjalani beberapa ujian, pihak hospital mendapati gadis berkenaan menghidap sejenis penyakit genetik yang dikenali sebagai sindrom Marfan.

Menurut National Marfan Foundation yang berpusat di Port Washington, New York, Amerika Syarikat (AS), sindrom tersebut merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kecacatan genetik manusia.

Kebiasaannya, ia akan menyerang tisu penghubung yang berfungsi sebagai otot penyokong kepada pelbagai struktur tubuh manusia.

Gangguan genetik itu sekali gus menjejaskan fungsi organ terutamanya jantung, pembuluh darah, tulang, sendi dan mata.

"Bahagian badan memerlukan otot penghubung yang kental untuk menyokong setiap fungsinya.

"Tisu penghubung yang lemah pada jantung misalnya membuatkan otot yang berkembang menjadi longgar ketika proses pengepaman darah.

"Ada juga kes terpencil yang dilaporkan turut menyerang organ lain seperti paru-paru dan kulit," katanya.

Dalam kes Titchenkova, penyakit itu menyerang tisu penghubung pada tulang belakangnya sehingga menyebabkan dia mengalami masalah tulang belakang membengkok (scoliosis) sehingga mengakibatkan tubuhnya menjadi bongkok 30 darjah.

Bagaimanapun, gadis tersebut berjaya menjalani pembedahan di Institute of Spine and Joint Pathology di Ukraine bagi memperbetulkan keadaan tulang belakangnya itu.

Menurut doktor pakar yang merawat Titchenkova, Dr. Dmitry Petrenko, pembedahan yang dijalankan adalah bagi meluruskan struktur tulang belakang agar tidak membahayakan organ lain.

"Dia (Titchenkova) akan menjalani tempoh pemulihan buat sementara waktu sebelum dapat menempuhi kehidupan normal," ujarnya.

Sementara itu, Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Malinee Thambyayah berkata, sindrom Marfan boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira usia termasuklah golongan lelaki, wanita serta kanak-kanak.

Katanya, penyakit itu biasanya diwarisi daripada salah seorang ahli keluarga iaitu ibu atau bapa dan tidak mempunyai penawar buat masa ini.

Meskipun demikian, terdapat beberapa kaedah rawatan yang digunakan untuk mengekang serangan penyakit tersebut antaranya melakukan fisioterapi, pemeriksaan berkala, pengambilan ubat-ubatan khas, dan pembedahan.

"Jangka hayat pesakit kini semakin panjang kerana mereka mula mendapatkan rawatan secara berterusan daripada doktor.

"Selalunya mereka akan dirawat oleh pihak kardiologi yang akan selalu memantau kesihatan jantung termasuk injap dan aorta.

"Tujuan rawatan adalah untuk melambatkan kerosakan pada injap jantung selain meminimumkan tekanan darah," katanya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/01/luar-biasa-lyudmila-titchenkova-digelar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
39 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur Penginapan Istimewa Luar Biasa

39 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur Penginapan Istimewa Luar Biasa

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 234 hits
Apa sahaja yang anda inginkan semuanya ada di bandar ini sebuah kota metropolitan yang terkenal di seantero dunia Dari bangunan bersejarah kehijauan pokok pokok tempat makan yang best bangunan pencakar langit tempat membeli belah dan banyak...
Artichoke Sayuran Unik Dengan Manfaat Luar Biasa Untuk Kesehatan

Artichoke Sayuran Unik Dengan Manfaat Luar Biasa Untuk Kesehatan

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 270 hits
Yo HealLife gang Kalian pasti sering denger tentang artichoke tapi apa sih sebenernya artichoke itu Di sini kita bakal bahas semua tentang artichoke dari manfaat nutrisi dan cara memasaknya Pertama tama artichoke itu adalah jenis sayuran ya...
10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 397 hits
10 Keutamaan Bulan Ramadhanmerupakan tema kedua Ceramah Ramadhan 2023 Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 2 Ramadhan 1444 atau 23 Maret 2023 Jamaah tarawih hafizhakumullah Sungguh nikmat yang luar biasa ketika Allah mempertemukan ...
Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini

Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 324 hits
Nak Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Buatlah Amalan Luar Biasa Ini Ramadan tidak datang setiap hari atau bulan Ia istimewa datangnya 1 bulan dalam setahun Yang luar biasanya dalam sebulan itu kita kena berpuasa pada waktu siang iaitu tidak ...
Mau Ke Bali Kunjungi Kebun Raya Bedugul Dengan Banyak Daya Tarik Luar Biasa

Mau Ke Bali Kunjungi Kebun Raya Bedugul Dengan Banyak Daya Tarik Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 218 hits
Di Indonesia tentunya ada banyak sekali kebun raya untuk bisa dinikmati setiap orang saat ada waktu luang di hari libur Apalagi setiap orang berlibur tentunya karena ingin menyegarkan pikiran sekaligus menikmati udara bersih dan juga segar ...
Ini Kronologi Mudah Faham Kes Jana Wibawa Untuk Rakyat Biasa

Ini Kronologi Mudah Faham Kes Jana Wibawa Untuk Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 371 hits
Ini kronologi mudah faham kes Jana Wibawa untuk rakyat biasa Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan ke...
Doa Saya Tak Putus Semoga Dia Pulih Seperti Biasa Suami Setia Jaga Isteri Koma Di Hospital

Doa Saya Tak Putus Semoga Dia Pulih Seperti Biasa Suami Setia Jaga Isteri Koma Di Hospital

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 165 hits
Doa saya tidak pernah putus semoga isteri akan pulih seperti biasa dan selama dia sakit saya tidak pernah meninggalkannya Begitu kata Roslan Hek 57 lelaki Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Aring 5 di sini yang setia berkampung di hosp...
20 Perkara Life Hack Diluar Kotak Pemikiran Manusia Biasa

20 Perkara Life Hack Diluar Kotak Pemikiran Manusia Biasa

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 483 hits
Berikut ialah foto yang menunjukkan apabila pemikiran di luar kotak pergi terlalu jauh Pemikiran di luar kotak merujuk kepada pendekatan kreatif dan bukan tradisional untuk menyelesaikan masalah di mana seseorang itu melangkaui idea dan kae...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai