Jalan Jalan Korea Part 2


Hari ke 2 kita orang plan nak jalan jalan kat Namdaemun Market sahaja . Hari ni suhu pagi adalah -2 . Baca kat internet katanya suhu akan meningkat panas bila masuk musim bunga . Tapi hakikatnya masih sojuk hokey .

Sementara tunggu semua bersiap , sempat la turun ronda ronda dulu kat sekitar hotel .Jalan sepanjang jalan besar n tgk apa yang best kat sini .

   Aternya jalan sorang2 maka selfie lah penuh 1 telepon hahhahaha . Bila semua dah turun , kita plak paksa ajak anak anak buah amik gamba kat tangga batu bata n celah celah lorong .


si kakak pun melayan je adik dia yg sengal ni . Mcm mcm pesen la amik gamba . Tapi utk simpanan sendiri aje la hahahha . Cobaan nak buat heart tapi yg jadi hanyala heart kemek . Jadi la kannnnn . 
Kita org naik bus jugak . Sebab dr hotel tu nak ke Namdaemum Market tu dalam 5 stop sahaja so sangat senang la kan . 
Sampai je sana baru tahu kebanyakkan shop lot ditutup pada hari Ahad . Yang bukak hanyalah street stall sahaja . Tapi Street stall pun banyak sepanjang jalan n lorong2 .  Tapi adalah juga kedai kedai tepi jalan yg menjual . Tu pu dah pening nak mencuci mata . Kalau semua kedai bukak harus lagi penin .
 Singgah kedai jual souvenier ni sebab org ni pandai jugak cakap melayu . Bila soal siasat dia ...dia kata dia hanya pandai sebut harga . Dia belajar hafal harga barang . Yang best nya sebab dia tahu cakap english so tak la mcm ayam n itik bersembang kan .

Bila ada group dari China dtg , dia akan sebut semua harga dalam bahasa China ...gigih hokey . Kita org mmg singgah beli n tgk barang kat dia . Sebab senang n dia bagi diskaun baik punya


 Kedai dia kat lorong utama masuk ke market tu n bawah signboard pink kuning ni . KIta org siap dapat diskaun card 20% lagi . Tetiba jadi VIP u ols . Tu pun dia bagi sebab akak kata Jom selfie ...hahahhahah i want to share in my instagram . Terus dia hulur kad VIP .

 

Tapi harga barang2 kat Korea ni idok le murah hokey  . Semua pun cam mahal je rasanya . Kalau bawak duit seguni baru best nak shopping kot . Tapi tujuan asal pun hanya nak jalan jalan tengok tempat orang kan maka kita cuci mata la ...on d way nak balik , kita org singgah lagi kedai dia n terus dpt diskaun 20% ok la kan ...rejeki jangan ditolak . Siap kad diskaun tu kita org paskan pada studen Malaysia yg kita org terserempak . See ....akak siap pomot lagi kedai abg handsome tu hahhahaha . 








geram kan ...masa kita org sampai ni masih awal pagi jadi keadaan pun masih terkawal lagi dan tak ramai sangat orang . 


 Tapi bila tengok benang benang ni akak jadi geram hokey . Terus rasa nak beli semua jenis benang . Tapi mengenangkan beg nko yg cukup cukup je ( padahal duit yilekkkkk n benang kemain berlambak kat rumah  ) maka kita abadikan dalam gambar aje la . 2000 won adalah bersamaan RM 7 -8 sahaja  ( bila tgk balik rasa cam rugi plak tak beli uwaaaaaaaa uwaaaaaa )

Masa ni macam panas terik je kan . Padahal sejuk giloz weiiiii naik beku duduk kat sini . Kalau kat Malaysia kemain kita cari tempat nak berteduh . Kat sini kemain cari tempat yg kena matahari . Tapi kena matahari je la tak rasa pun panas n bahangnya . Kat sini , duit banyak habis sebab beli air panas je . Akak yg bukan pengemar kopi ni pun kejap kejap beli air kopi kejap kejap air kopi panas . Elok plak tak pening . Kalau tak nko la paling mengada pening bila minum air kopi hahahhahahah .
Cakap kat Auntie ni ....Auntie I saw u in Youtube . Terus dia bagi rasa 2 3 kali hahahhahahha .Tapi mmg friendly sangat Auntie ni tau . Ada satu lagi yg buat madu tarik ni area Myeongdong , depan Zara tu yg duk viral sebab dia pandai cakap melayu  .  Tapi masa ke Myeondong hari tu tak sempat singgah . So kali ni kat Namdaemun nampak Auntie nitu yang  terus singgah .

  kalau kat Terengganu kita ada gula tarik yg halus halus dlm tepung tu . Rasa dia cam tu la cuma ni dragon beard ni kecik sket dan dia menggunakan madu dan dalam dia ada isi almond , black seseme  n kacang kacang n no sugar ya . So tak manis sangat . Dia manis manis manja aje u ols . Sekali campak dalam mulut terus cair .

 Ngan adik adik manis yang dtg ke Korea . Semua ni adalah student lagi kebetulan plak dia org rupanya duduk di Bong Backpackerz sama cam kita org jugaks .  Sempat la kita org pomot dia org duh g kedai abg handsome yg baik tu tadik hahahhaha

 Ikan ni dalam dia inti kacang merah ...tapi rasa manis dia sket2 je cam tak buh gula je . 2 ketol ikan 1000W . Masa panas panas sedap la makan ...dah sejuk cam lembek . Ala cam apam balik crispy tu rasa dia hahahha kang sedap dimakan panas panas bila sejuk lembik je hahahah

 Kebetulan depan ni ada kedai jual buah n sayur . Apa lagi , mak mak sangat . Terus masuk n tgk sayur n buah pun boleh excited . Snap gamba utk kenangan hahhahahah buah pun buah laaaaaaaa


 buah oren ni dalam 18 hengget la kalau di convert ke duit kita 
 anggur n strawberry kat sini murah hokey . Banyak plak tu 
 Siap ada harga . Convert cam ni

1000 Won = RM 3.60 10 000 Won = RM 36.00


 

 Yang pasti nya mmg sangat geram tengok strawberry yang gumuks gumuks ni ...dia lelong cam lelong rambutan aje hahhaha. Kalau cam yg dah few days tu dia org mmg lelong murah giler .


Yang pastinya mmg ramai orang Malaysia datang Korea ni . Pusing2 mmg nampak je org Malaysia . Walaupun ada ramai yg sombong2 tapi ramai juga yg baik baik n friendly . Bak kata org Ganung , kalu hok gong tu mmg gong sungguh hahahahha . berlaga bahu dlm bas pun buat derkkkk je walaupun kita kemian la senyum kat dia .  Biasa akak dengar org bercerita pasal org Malaysia yg g jalan jalan kat Australia  je cam tak tegur sesama org Malaysia ...rupanya kat Korea pun sama hahahha tapi masa g London hari tu elok je semer cam friendly je siap ley sembang . Ke tengok nasib jugak . Akak pun tak sure sebab g jalan jalan kat luar Malaysia pun baru 2 3 kali hahahah . Kaki travel please share cam na pengalaman u ols . 



 Lepak tengah tengah ni sementara menunggu yang lain shopping . Kita tak shopping sgt pun ...cuci mata je lebih hahahhaha


Sampai kat bilik makan la dulu . Sebelum dtg Korea ni kemain la beli macam macam . Daging dendeng Mak Enon , Serunding Daging Pak Din ...dan kali ni bawak jugak Sambal Hitam Thetokvaini ni keluaran Jutavans cikgu Vnkery tu . Sangat sedap yg pedas giler. Mmg tak bohong la . Sebab bila dia tulis kat situ pedas giler mmg dia punya level pedas tu pedas gilers sampai tahap keluar peluh kat dahi n mengalir sampai ke leher . Kakak Moon dia tak makan sebab dia mmg tak tahan pedas ..dia tgk kita makan pun dia dapat bayangkan pedasnya tu . 
Since nasi pun dah habis maka kita g la kedai good 2 c u  seberang jalan tu utk beli nasi segera . Ada macam macam jenis n macam macam harga . Dulu akak tak paham konsep nasik segera ni . Tapi kat sini baru nampak betapa praktikalnya nasi segera ni 
Dalam kedai ni ada meja meja n siap ngan air panas n hot plate bagai utk dia org panaskan ramen . Since area kita org duduk tu mmg area Universiti , maka mmg ramai la budak2 muda student ni . Dia org mmg selalu je penuh melepak dlm kedai runcit ni . Ada nampak budak lelaki ni dia beli nasik segera ni pastu beli kimchi , masukkan nasik dalam microvawe n bukak kimci n kat situ jugak dia makan . Makan kimchi ngan nasik je pun tapi kemain la dia makan mcm sedap je.


 Harga telor 10 biji KRW4000 

pernah baca pasal jagung ni . Orang kata ni mmg rasa semulajadi jagung sebab mcm takder rebus ngan garam ke apa . So mmg rasa jagung je la semata mata hahahhaha . Telor tu plak adalah telur yang dah di rebus . Akak siap install apps utk translate wording atas tu . Rupanya tu adalah telur yg di smoked

 Nampak cam ...elehhhh salad je pun ..sayur je pun  . Tapi sila perati betul2 siap ada gambar oink oink lagi kat situ . Tu nasib yg ada gambar ...kalau dia tulis je canner . So mmg semua benda akak scan tgk apa dia tulis hahahah


 Susu ni mmg berhantu hokey sebab mmg duk beli ni je . Habis la semua org balik je dari Korea kang semua gula tinggi hahahhahaha . Kat kedai ni susu dia cam murahs sket . So setiap kali pergi kedai , susu pisang ni mmg akan dibeli . Now akak tau kenapa korang duk asyik kata susu ni sedap .......mmg sedap wey . KRW1300 adalah dalam  RM4.70 sebotol








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miera301.blogspot.com/2019/04/jalan-jalan-korea-part-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Korea Part 1

Jalan Jalan Korea Part 1

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 661 hits
Warning Entry ni panjang ye tak sempat watermarkkan gamba Kalau nampak gamba ni di cilok leh sesiapa bagitau ya Korea Arrival and Day 1Tak tahu la cam na tetiba boleh ke terjalan jalan Korea ni Sebenarnya tak pernah plan pun nak ke Korea Ta...
Jalan Jalan Korea Part 3

Jalan Jalan Korea Part 3

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 463 hits
Ok ni part akhir Kita org mmg acara jalan santai2 aje Ikut mana sempat n tak la sempat nak kaver semua area Rasanya kalau nak kaver semua area kena amik masa 2 3 minggu kot hahahahhahah Ronda ronda area kat hotel ni shj hari ni Semer tak la...
G O G Part 3 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

G O G Part 3 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 443 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Seperti yang A L janjikan A L akan sambung cerita tentang gigi bongsu A L hari ini Di bahagian ketiga ini A L akan cerita proses A L buat pembedahan kecil dan kosnya di hospital kerajaan 31 JANUARI 2019Ti...
G O G Part 4 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

G O G Part 4 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1119 hits
Assalamualaikum W B T dan salam sejahtera kawan kawan ku semua Apa khabar semua Dah sampai bahagian 4 dah cerita Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pembedahan kecil gigi bongsu A L Makan pun dah okay tapi buat menganga mulut tu belum bo...
G O G Part 2 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

G O G Part 2 Pengalaman Mencabut Gigi Bongsu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 449 hits
Assalamualaikum W B T dan salam sejahtera untuk pembaca blog kesayangan A L ini Dah berhabuk bersawang dah blog ini Dah lamanya rasa A L tak menulis di blog ini sejak A L menghilangkan diri Tanpa membuang masa A L akan ceritakan pengalaman ...
Lagu Raya Dari Artis Korea Dapat Pujian Dunia Tapi Fans Indo Dakwa Milik Mereka

Lagu Raya Dari Artis Korea Dapat Pujian Dunia Tapi Fans Indo Dakwa Milik Mereka

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 449 hits
Sudah terang lagi bersuluh lagu raya nyanyian artis Korea bernama Jay Kim adalah sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu Lagu berjudul Insa Raya yang dilancarkan di laman youtube Jay Kim sendiri pada malam 31 Mei 2019 telah mengund...
Awek Korea 039 Gila 039 Laksa Kelate

Awek Korea 039 Gila 039 Laksa Kelate

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 634 hits
LAKSA Kelantan kuah putih menjadi juadah paling digilai wanita Korea Lee Seul ketika pulang ke Kota Bharu untuk menyambut Aidilfitri bersama suami Jadi tidak hairanlah dia yang lebih mesra disapa Anna 30 tidak pernah jemu untuk menikmatinya...
Mrcb To Receive Rm1 32b As Part Edl Concession Termination

Mrcb To Receive Rm1 32b As Part Edl Concession Termination

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 223 hits
Malaysian Resources Corporation Bhd s subsidiary MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd has entered into a termination and settlement agreement with the government in relation to the concession termination of the Eastern Dispersal Link Expressway i...
Senarai Laman Web Paling Berguna 2019 Part 2

Senarai Laman Web Paling Berguna 2019 Part 2

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 368 hits
Salam sejahtera semua Apa khabar Baiklah seperti yang dijanjikan Berikut adalah Senarai Laman Web Paling Berguna 2019 Part 2 1 Skootjobs Info Jawatan Kosong 2019 2 SinarHarian Berita Telus dan Tulus 3 Iluminasi Pelbagai Info Menarik 4 Patri...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah