Jaja Petai Untuk Masuk Universiti Usm Tolak Penangguhan Pendaftaran



GUA MUSANG 28 Ogos - Seorang anak penoreh getah di Kampung Limau Kasturi 1 di sini gigih mencari wang untuk menyambung pengajian di universiti dengan membantu ibunya menjaja petai dan sayuran kampung.

Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, bercadang menangguhkan pengajiannya selepas tidak mampu mengumpul wang pendaftaran untuk belajar di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bulan depan.

Dia sanggup membuat keputusan itu kerana mahu membantu ibu bapanya menambah pendapatan dan perbelanjaan keluarga kerana 10 lagi adik-beradiknya masih bersekolah.

Anak ketiga daripada 12 beradik itu merupakan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra berkata, dia tidak mampu mengumpul wang pendaftaran sebanyak RM1,400 dan telah memohon menangguhkan pengajian.

Bagaimanapun, katanya, pihak USM Pulau Pinang menghubunginya dua hari lalu dengan mengatakan permohonan untuk penangguhan pendaftaran itu telah ditolak.

“Ketika ini saya terpaksa membantu ibu menjaja petai, buah-buahan lain dan sayur untuk menampung kos pengajian.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa kerana mereka juga terpaksa menanggung kos rawatan seorang lagi adik lelaki yang menghidap penyakit usus sehingga kerap keluar najis dan muntah berdarah,” katanya.

Muhammad Izzat Amran berkata, dia memerlukan perbelanjaan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Bangunan sementara menunggu bantuan pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, bapanya Ibrahim Ismail, 56, hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM700 sebulan, manakala ibunya, Zubaidah Yusoff, 46, menjaja petai sekitar RM500 sebulan.

“Jika USM memberi penangguhan bolehlah saya bekerja sambilan dahulu untuk mengumpul wang tanpa membebankan ibu bapa.

“Dua lagi adik-beradik berada di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, empat di sekolah menengah dan empat lagi di sekolah rendah juga memerlukan perbelanjaan,” katanya.

Sementara itu, Zubaidah berkata, walaupun keluarga mereka hidup dalam kesempitan tetapi mereka begitu mementingkan pendidikan.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Izzat Amran boleh menghubunginya di talian 013-7656855 atau memberi sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0302041000159967.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/08/jaja-petai-untuk-masuk-universiti-usm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Versi Resipi Petai Pengemarnya Mesti Tak Tolak Punya Ni

4 Versi Resipi Petai Pengemarnya Mesti Tak Tolak Punya Ni

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 282 hits
Bau busuk tapi rasanya mak aii sedapnya itulah petai yang tengah musim sekarang ni Selain sedap dijadikan ulam petai juga sesuai dimasukkan dalam masakan terutamanya di dalam sambal atau gulai Iniada 4 versi resipi petai yang dicmpurkan dal...
Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 296 hits
Transportasi online asal Indonesia GoJek akan beroperasi di Malaysia Hal ini sudah disetujui kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad Dilansir dari Nikkei Asian Review permohonan Gojek ini disetujui pada Rabu Namun kehadiran GoJek di Malays...
Pulaupinang Remaja Jual Petai Mendaftar Di Usm

Pulaupinang Remaja Jual Petai Mendaftar Di Usm

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 501 hits
Ketika pelajar lain ditemani ibu bapa pada sesi pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Sains Malaysia hari ini situasi berbeza pula berlaku bagi Muhammad Izzat Amran Ibrahim 20 kerana desakan kemiskinan Remaja yang berasal dari Gua Musang...
Kejaksaan Tolak Penangguhan Penahanan Anggota Dprd Surabaya Tersangka Korupsi Jasmas

Kejaksaan Tolak Penangguhan Penahanan Anggota Dprd Surabaya Tersangka Korupsi Jasmas

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 158 hits
Anggota DPRD Surabaya yang dijebloskan ke tahanan terkait kasus dugaan korupsi Jasmas dana hibah Pemkot tahun 2016 oleh Kejari Tanjung Perak mengajukan upaya penangguhan penahanan Namun sayang upaya tersebut ditolak jaksa karena alasan yang...
Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

Rumah Ronald Mcdonald Usm Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak Kanak Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 432 hits
Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan meliha...
Tolak Rumah Dibongkar Satpol Pp Warga Cisarua Gelar Aksi Bakar Ban

Tolak Rumah Dibongkar Satpol Pp Warga Cisarua Gelar Aksi Bakar Ban

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 277 hits
Selain ban warga juga mengadang petugas dengan membakar material sisa pembongkaran yang dilakukan Satuan Polisi Pamong Praja Kabupaten Bogor Kamis lalu
Pensyarah Kanan Sejarah Usm Meluruskan Sejarah Pkm Mpaja Dan Tanah Melayu

Pensyarah Kanan Sejarah Usm Meluruskan Sejarah Pkm Mpaja Dan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 306 hits
Merujuk kepada artikel ini Apakah MPAJA adalah sebahagian daripada sejarah pasukan keselamatan negara membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Riwayat MPAJA bersalasilah daripada PKM MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhka...
Tiada Lagi Hostel Buruk Bilik Asrama Usm Dah Macam Hotel

Tiada Lagi Hostel Buruk Bilik Asrama Usm Dah Macam Hotel

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 460 hits
Apabila mengikuti pengajian di kolej atau universiti keadaan bilik asrama mungkin menjadi kerisauan buat para pelajar sama ada boleh memberikan keselesaan atau sebaliknya Namun bagi penuntut Universiti Sains Malaysia perkara tersebut tidak ...
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 460 hits
Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia Portal kerja kosong membuka peluang pekerjaan di Universiti Putra Malaysia yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan ja...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi