4 Versi Resipi Petai Pengemarnya Mesti Tak Tolak Punya Ni
Bau busuk tapi rasanya mak aii sedapnya, itulah petai yang tengah musim sekarang ni. Selain sedap dijadikan ulam, petai juga sesuai dimasukkan dalam masakan terutamanya di dalam sambal atau gulai. Iniada 4 versi resipi petai yang dicmpurkan dalam masakan yang menjadikan rasa masakan tersebut lebih sedap.
.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan1 helai daun kunyit2 keping aluminium foilGaram dan gula secukupnya1 sudu makan air asam jawaBahan-bahan kisar:
10 biji cili kering5 biji cili merah1 labu bawang besar3 ulas bawang putih1 batang serai1 inci halia2 biji buah kerasSedikit kunyit hidupSedikit airCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
.
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek200gm cawan isi petai1 biji bawang besar | hiris1 sudu makan air asam jawaMinyak secukupnyaGaram dan gula secukupnyaBAHAN KISAR:
6 biji cili hijau10 biji cili padi hijau3 ulas bawang putih6 ulas bawang merahCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.Angkat dan hidangkan.
.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek200gm isi petai3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air1 biji bawang besar | hirisGaram dan gula secukup rasa3-4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
15 biji cili padi3 tangkai cili merah6 ulas bawang merah2 ulas bawang putihCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.Tutup api dan sedia dihidangkan.
.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya200gm isi petai1 biji bawang besar | hiris1 sudu makan pes asam jawa4 sudu makan pes ciliGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah2 ulas bawang kisar3 biji cili merah2cm halia muda2cm belacan | jika sukaCARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.Angkat dan sedia dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/4-versi-resipi-petai-pengemarnya-mesti.html