Jahilnya Pas Dalam Ekonomi Pakar Ekonomi Tak Sentuh Pas Sentuh Itu Tanda Pas Tak Tahu Bab Ekonomi
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdhI-fa7SKbGOci_Sh-oq3qaCR5VIz8HbaT4KZSYE1F2FTkjsXiMD3mIcW90tQ50Q5Kuk2KwqS9uPDqkcwqYpDpCd0InRcIqxA4tCTUPNbE96rrBgKBzs5XcmHLD-_nAMrFWiPt7i1B6pqNrb0wRHLPiPMpwYSOVtJZCABWomPcB6FO8KgMLYl2sC5gv0/s320/FB_IMG_1739138999739.jpg)
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPrOttHh4fXUEYs2fUWXkyyrrWvGOiU4Ce1IPM33IipGHgg-bSLAxHCiFAImziNHkmV_iYxZx_VzvnLFBs4ELOcaiDSpAI-85BQ7s9OR6ntJdiAPx0XBTtKpDlA0Klr3u7rrfVvYgodUYJWnKpZKm4b1D47clRzRd_KspjXDKW2fnz7CzUF2FBetNHCZc/s320/FB_IMG_1739138994727.jpg)
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg33Yf3bjtYJc9mkBwdTbsBR-I3BqOTM_zVZwvot3GNV-Rr5SfPgcKHjkwLh_a2agRMzMagMEBn78hwMp71BelfwJ1tLia0Ai9W1-nfNBPnpagwfjHgHkaTSp67CJt_kRWuFcoivnicZgg4aIEalAlq_O9SfGQ3fezLL2pxxHwdVRyWkSp7a-RaDS0BfQg/s320/FB_IMG_1739138978256.jpg)
Kenyataan balas terjadap tuduhan Ketua Penerangan PAS Pahang
1. KP PAS Pahang Ustaz Aire Roslan (UAR) secara jahil telah menuduh Kerajaan Madani melakukan perampokan berkelas tinggi terhadap transaksi MAHB melalui pembelian saham oleh KWSP.
2. Sebelum kita pergi lebih jauh, barang di ingat, bahawa PAS ini adalah parti yang semasa berjumpa Arul Kanda mereka berpuas hati dengan 1MDB.
3. Parti ini jugalah yang paling banyak kalah saman fitnah.
4. Jahilnya PAS dalam soal ekonomi juga apabila mereka berbangga dan mengucapkan tahniah hasil penjualan SUKUK oleh Kerajaan PN.
5. Baik, sekarang kita jawab fitnah yang dibawa oleh UAR.
6. Beliau mendakwa wang pencen rakyat diboroskan dengan begitu mudah. Ianya merujuk kepada tindakan KWSP menjual saham MAHB pada harga pasaran, dan membelinya kembali pada harga yang lebih tinggi.
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxXF8ohNJdFc5LBrVBTbZC25tmcJm5D5T7_Ne4gW2dxFDWgU9QzqwQ3GqkMeTvIkGa_5A_3-ye2Xf_I-psqLwvK2z3g6tOn_Oi9nndyVT7ALj_OaFYguUDg2o4HAJZR4R2lhgl-MB2pUPtF-l9872IySufDIc_cPx1hSpo1OrqAWRBQ4W3xYv6KkEZ_AE/s320/FB_IMG_1739138985664.jpg)
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8VIgbWoyrDbd6WAHrUv9QVTZAegkRicrjbS1mF_3bJR4vPj1rwNloVdKy5aA9EXn1dCYnZo_hY7Fln83UiSkCvRJ1n9o41X6m47-6fHTvwen2DlbPe3xC4u2ffM6XK699BiwENjmeVrRX2FsUNTqKlIi49R-YzCNRc9P0SnvWt5v5iBnHgyl5GqN5zb8/s320/FB_IMG_1739138973547.jpg)
![](https://i0.wp.com/blogger.googleusercontent.com./img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheKm8e1sTXRKBMvXuTv7wpMzXRq5OtZcLPs2pqocD_Y2mNb2VTJyguR1odS1_rdwjz1h7Fu-oOOsU26xuzn3PqN6cVvPdpapbmNxUiAkQqKzi_ukH0Uvj3BSpQYkf_QMm0yZ6GXRuoVsCcVBWSLsaPjkGyxL8NXhIk48YzJcqyEbrlmWmYQOigRQiQOXQ/s320/FB_IMG_1739138978256.jpg)
7. Untuk pengetahuan PAS, KWSP telah melabur dalam MAHB seawal 1999 dengan harga sesaham RM2.50
8. Pada Jan 2023, KWSP telah menjual saham mereka pada harga RM6.74
9. Ternyata ia adalah jualan yang menguntungkan dan menurut KWSP keuntungan tersebut antaranya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum.
10. Mungkin yang dimaksudkan sebagai kerugian atau perompakan oleh Kerajaan Madani itu ialah apabila KWSP membeli semula saham MAHB pada harga RM11.
11. Ini lah yang PAS tidak faham, pembelian ini adalah melalui General Offer.
12. Sesuatu tawaran awam mempunyai tujuannya sendiri dan ada kelebihannya.
13. Dalam kes MAHB..tawaran awam ini bersifat premium. Sebab itu harganya mahal dari pasaran.
14. Kenapa mahal? Sebab, pembelian saham ini membolehkan pemegang saham mempunyai kawalan ke atas MAHB.
15. Kenapa perlu setuju dan ambil premium ini? Sebab MAHB telah mengumumkan pelan jangka panjang mereka dan pelabur strategik mereka. Pembelian ini juga menandakan yang pembelian KWSP menjadikan mereka rakan kongsi dalam konsortium yang memiliki MAHB.
16. Pelan jangka panjang ini akan membawa MAHB ke paras lebih tinggi dan menguntungkan semua ahli konsortium.
17. Oleh itu pembelian saham MAHB oleh KWSP adalah dengan niat pelaburan jangka panjang sesuai dengan perancangan MAHB dan rakan strategik mereka.
18. Apabila ianya pelaburan jangka panjang, maka bagaimana kita tahu KWSP telah rugi? Adakah esok KWSP akan jual pada harga RM10 sesaham? Atau mungkin dalam tempoh 10 tahun saham MAHB akan menjadi RM15 sesaham? Siapa tahu.
19. KWSP mempunyai unit penyelidikan dan pelaburan strategik mereka sendiri yang lebih mahir dalam soal pelaburan.
20. UAR juga membuat fitnah kononnya Madani hipokrik kerana membenarkan pelaburan dari GIP yang dimiliki BlackRock. GIP bersama Pihak Pelaburan Abu Dhabi memiliki 30% dalam konsortium.
21. Sedangkan dalam masa sama Kedah berbangga menerima pelaburan dari Boeing. Boeing bukan sahaja turut dimiliki BlackRock, tapi Boeing itu sendiri menyumbang senjata kepada Isr@el untuk mengebom Gaza.
22. Suka saya menasihatkan agar UAR dan PAS agar kembali kepada politik matang dan sejahtera seperti yang PAS pernah amalkan dengan mendapatkan penjelasan dari TH dan 1MDB. PAS sepatutnya mendapatkan penjelasan dari Menteri Kewangan II atau Khazanah.
23. Tindakan PAS terus-menerus memfitnah kerajaan bukan sahaja menunjukkan mereka jahil dan tidak layak memerintah, tetapi juga merosakkan nama Islam yang dibawa oleh mereka.
Betul lah orang kata..nak mundur undi PAS.
Sekian.
ATADAFA (ambil tahu dan faham)
Fairul al Qasas
Ketua Penerangan Keadilan Kuala Krau
Penerangan Pahang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/jabilnya-pas-dalam-ekonomi-pakar.html