Pas Tak Akan Turunkan Hadi Walau Banyak Pilihan Pengganti


 
Sebuah akhbar menyiarkan komen penganalis bahawa Hadi Awang tidak lagi sesuai mengetuai PAS.
PETALING JAYA: Penganalisis percaya PAS tidak akan menurunkan Hadi Awang daripada jawatan presiden, di sebalik kebimbangan mengenai tahap kesihatan beliau dan imej parti di mata pengundi Cina.
Kesimpulan ini berdasarkan kepercayaan di setiap lapisan PAS itu sendiri, bahawa tidak ada pemimpin yang mampu menyaingi kebolehan Hadi dalam menyatukan parti itu.
“Kepimpinan akan bertukar apabila Hadi sendiri merasakan bahawa beliau ingin berhenti daripada mengetuai PAS dan barulah transisi peralihan kuasa itu akan berlaku,” kata Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara.
Kelmarin, sebuah akhbar menyiarkan komen penganalisis bahawa Hadi tidak lagi sesuai mengetuai PAS, termasuk berdepan cabaran besar terutama menghadapi PRU16 kerana keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.
Komen pemimpin PAS yang dihubungi FMT senada dengan pandangan Ariff, mengatakan ahli parti masih mengharap Hadi terus memimpin.
“PAS akan mengekalkan Hadi walau apa jua keadaan,” tegas Ariff.
Sementara itu, Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia dan Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, bekas pensyarah di Universiti Utara Malaysia, percaya PAS sebenarnya mempunyai ramai ahli politik yang boleh mengambil alih amanah presiden.
Perbezaannya cuma Azmil percaya PAS akan beri laluan kepada pemimpin ‘senior’ seperti Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala Zaharuddin percaya peluang akan diberi kepada ‘teknokrat’ seperti Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut Azmil, keperibadian dan komitmen Tuan Ibrahim menjadikan beliau pilihan yang diyakini oleh golongan konservatif dalam PAS.
Bagi Zaharuddin pula, PAS akan perlu mengambil pilihan yang ‘agresif’, terutama bagi menghadapi kemungkinan perlu bersaing secara solo pada masa depan.
“Gabungan pengalaman kepimpinan lama dengan dinamisme pemimpin muda dan teknokrat adalah formula yang diperlukan untuk menghadapi cabaran politik masa hadapan,” katanya.
Hadi merupakan presiden yang paling lama berkhidmat, iaitu sejak 2002, melepasi beberapa pemilihan parti dan lima pilihan raya umum.
Kepimpinannya sering dibandingkan dengan presiden terdahulu, Fadzil Noor, malah dengan mursyidul am, Nik Aziz Nik Mat, yang dikatakan lebih disenangi pengundi bukan Islam.
Bagaimanapun, percaturan Hadi pasca Pakatan Rakyat menyaksikan PAS kembali menyertai kerajaan persekutuan pada 2020, iaitu kira-kira 43 tahun selepas berpisah dengan Barisan Nasional pada 1977. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/pas-tak-akan-turunkan-hadi-walau-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

Ni Sekoq Lagi Dalam Pas Banyak Gak Dia Punya Benggong Dalam Membuat Penilaian Dalam Kejayaan Atau Kegagalan Orang Lain

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 121 hits
Jamzuri ArdaniBuang laa kepiah tu buat malu jer cakap macam tu Kalau orang cakap PAS jadikan Abdul Rahman bin Muljam sebagai pejuang contoh okay ke
Mp Pkr Di Mana Hadi Tuan Ibrahim Ketika Pemimpin Pas Sebar Fitnah

Mp Pkr Di Mana Hadi Tuan Ibrahim Ketika Pemimpin Pas Sebar Fitnah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 159 hits
Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari secara sinis berkata dia berasa kagum dengan perkongsian timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai tuntutan memohon maaf dan memaafkan dalam Islam Bagaimanapun Mohammed Taufiq me...
Kes Anwar Vs Saiful Antara Hudud Qazaf Takzir Dan Travesty Of Justice Apa Pilihan Pas

Kes Anwar Vs Saiful Antara Hudud Qazaf Takzir Dan Travesty Of Justice Apa Pilihan Pas

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 121 hits
MENJAWAB SETAN BERCAKAPOleh Dr Ahmad Safwan Mohamad Kebelakangan ini ada muncul lagi insiden membangkitkan kes tersebut di kalangan masyarakat Kalau dahulu ia dibangkitkan oleh kelompok yang memperjuangkan politik nasionalis tetapi kali ini...
Hadi Remains Essential For Pas Say Party Leaders

Hadi Remains Essential For Pas Say Party Leaders

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 169 hits
Although Abdul Hadi Awang appears frail leaders said party members still relied on him to lead and unite Muslims PETALING JAYA Several PAS leaders have dismissed allegations by an analyst claiming that Abdul Hadi Awang was no longer suitabl...
Rakyat Sabah Tetap Tolak Pas Dan Bersatu Borneo Tolak Parti Tunggang Is

Rakyat Sabah Tetap Tolak Pas Dan Bersatu Borneo Tolak Parti Tunggang Is

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 135 hits
KOTA KINABALU Perikatan Nasional terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana mana parti politik khususnya parti tempatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke 17 Sabah akan datang Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia