Jaga Anak Sendiri Rajin Bersukan Uqasha Senrose Kembali Langsing Selepas Bersalin


Tanpa pembantu, tanpa diet ketat, tapi tetap langsing selepas bersalin – ini rahsia Uqasha Senrose yang ibu-ibu wajib tahu!
Selepas bersalin, kebanyakan wanita mengakui agak sukar untuk dapatkan semula bentuk badan asal. Masa banyak tertumpu pada bayi, kurang tidur malam, emosi bercampur-baur, dan tubuh pun masih dalam proses pemulihan.
Uqasha Senrose Kembali Langsing Namun pelakon jelita, Uqasha Senrose, membuktikan bahawa ibu masih boleh kekal sihat, bertenaga dan langsing, asal ada usaha, disiplin dan kesedaran untuk menjaga diri. Apa yang menarik, Uqasha memilih untuk jaga anak sendiri tanpa pembantu rumah, dan tetap aktif bersukan walaupun sibuk dengan penggambaran.
Tiada Pembantu, Semua Urusan Anak & Rumah Buat Sendiri Memetik Media Hiburan, menurut Uqasha, selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, dia mengambil keputusan untuk mengurus sendiri segala hal berkaitan anak dan rumah.
“Saya memang tiada pembantu. Anak baru umur setahun, dan saya bangun malam tiga ke empat kali setiap malam. Semua kerja rumah saya buat sendiri,” katanya jujur.
Bagi sesetengah ibu, ini mungkin kedengaran meletihkan, tapi buat Uqasha semua pergerakan harian sebenarnya membantu tubuh aktif dan membakar kalori secara semula jadi. Aktiviti seperti mandikan anak, kemas rumah, masak dan menyusu semuanya termasuk dalam senaman tidak langsung!
Aktif Bersukan, Walaupun Masa Terhad Ramai yang menyangka Uqasha mengamalkan rutin kecantikan ketat, tetapi sebenarnya tidak. Sebaliknya, dia mengisi masa terluang dengan aktiviti fizikal seperti bermain badminton dan pickleball, selain senaman ringan di rumah.

“Saya bukan jenis diet ekstrem. Saya bersenam untuk cergas dan sihat, bukan semata-mata nak kurus,” ujar pelakon drama Perempuan Itu ini.
Walaupun sibuk dengan penggambaran, dia tetap curi masa bersenam dan pastikan tubuh tidak ‘stuck’ terlalu lama tanpa bergerak.
Jaga Makan Bukan Sekat Terlalu Ketat Tidak seperti sesetengah wanita yang terlalu mengejar bentuk badan ideal hingga berlapar, Uqasha memilih pendekatan makan berpada-pada dan kenal tubuh sendiri.
“Saya suka benda manis, tapi tahu had. Kalau penat sangat shooting, saya akan ambil sedikit kek atau manisan untuk naikkan tenaga.”
Dia juga menolak idea pembedahan atau jalan pintas untuk kurus. Baginya, usaha secara semula jadi lebih selamat dan tahan lama.
“Saya tak setuju dengan pembedahan pelik-pelik. Ia tak sihat dan buat kita tak bersyukur dengan tubuh yang Allah beri.”
Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain Dalam satu perkongsian, Uqasha turut menasihatkan ibu-ibu agar tidak terlalu stres mengejar ‘standard kecantikan’ yang tak masuk akal. Sebaliknya, fokus kepada kesihatan diri dan emosi.
“Tak semua benda tular sesuai untuk kita. Kena kenal badan sendiri. Jangan bandingkan diri dengan orang lain.”
Ibu Bahagia, Anak Pun Ceria! Uqasha Senrose membuktikan bahawa ibu yang aktif dan positif mampu kekal sihat walaupun tanpa bantuan pembantu atau rutin kecantikan mewah. Apa yang penting ialah konsisten, seimbang dan yakin pada diri sendiri.
Kepada semua ibu muda di luar sana, percayalah bahawa setiap langkah kecil ke arah kesihatan adalah hadiah besar untuk diri sendiri dan anak-anak. Mulakan dengan apa yang mampu – walau hanya 10 minit senaman ringan sehari, ia tetap bermakna.
 “Bila ibu sihat, anak pun lebih gembira. Jangan abaikan diri sendiri dalam kesibukan membesarkan anak. You matter, mama!” – Pa&Ma 💖
BACA LAGI : Uqasha Senrose Makin Aktif Bersukan, Berat Badan Naik Lepas Bersalin. “Dulu Mengandung Asyik Makan, Tak Buat Apa”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jaga-anak-sendiri-rajin-bersukan-uqasha-senrose-kembali-langsing-selepas-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 362 hits
Kisah penuh sayu seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan anak kedua mereka menyentuh hati ramai Doa yang dilafazkannya meruntun jiwa netizen seluruh negara Apa yang berlaku Seorang wanita berusia 27 tahun dilaporkan...
Wajah Tua Ketika Hamil Wanita Ini Kembali Berseri Selepas Bersalin

Wajah Tua Ketika Hamil Wanita Ini Kembali Berseri Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 389 hits
Bila berbicara tentang kehamilan ramai membayangkan momen indah wajah berseri dan kulit glowing Tapi hakikatnya tidak semua ibu bertuah melalui fasa itu Ada yang diuji dengan perubahan drastik pada tubuh dan lebih menyedihkan perubahan keta...
Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 519 hits
Saya memang jenis tak reti duduk diam Kalau boleh semua nak buat sendiri sebab saya tahu itu tanggungjawab saya Tak ramai lelaki yang mampu tampil jujur dan terbuka berkongsi peranan mereka sebagai suami dan bapa di rumah Namun pelakon ters...
Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 336 hits
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak kanak Dalam situasi ini peranan ibu ba...
Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 530 hits
Sebelum ini pernah tular dakwaan yang mengatakan seorang penyanyi nasyid telah berlaku curang dengan isterinya tetapi identiti lelaki terbabit tidak diketahui Penyanyi nasyid dikenali ramai berlaku curang Terbaru melalui laporan penyanyi na...
Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA Saya beritahu yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengan majistret kerana telah dipaksa dan digertak Demikian pengakuan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini Is...
Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

Boleh Ke Jika Kita Ambil Aspirin Glycide Selepas Makan Dan Jaga Pemakanan Tanpa Perlu Ambil Pantaprazole

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 723 hits
BOLEH KE JIKA KITA AMBIL ASPIRIN GLYCIDE SELEPAS MAKAN DAN JAGA PEMAKANAN TANPA PERLU AMBIL PANTAPRAZOLE Jom dapatkan info bermanfaat mengenai kesihatan dan ubat ubatan di Dr Zubaidi Hj Ahmad Ya dalam kes tertentu adalah MUNGKIN untuk tidak...
Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 275 hits
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia Kini si ibu Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes peng...
Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 584 hits
Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa Dalam budaya Melayu cara ...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Lirik Lagu Cinta Abadi The Truth

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Monolog Hati Doa Untukmu Saudara Tanpa Darah