Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri


Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia. Kini, si ibu, Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes pengabaian yang mengaitkan dirinya dengan kehilangan dan kematian anak syurganya itu.
Hari ini, 24 Julai 2025, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu bahawa mesej WhatsApp yang pernah mencetuskan kecaman ramai — “Lantaklah nak hidup ke nak mati” — sebenarnya bukanlah ditujukan kepada anaknya, Zayn Rayyan, sebaliknya luahan tekanan yang sedang dialami oleh dirinya sendiri ketika detik kehilangan itu berlaku.

Luahan Terpendam Seorang Ibu Yang Panik Menurut laporan Harian Metro, Ismanira tampil menjelaskan perkara sebenar di hadapan mahkamah. Mesej tersebut dihantar kepada suaminya pada 5 Disember 2023, hari yang sama Zayn dilaporkan hilang dari kawasan kediaman mereka di Damansara Damai.
“Saya sangat cemas hari itu, kelam-kabut dan sedih mencari anak. Saya perlukan suami cepat pulang untuk bantu saya. Ayat itu bukan ditujukan kepada anak, tapi lebih kepada luahan diri saya sendiri,” katanya sewaktu prosiding hari keempat pembelaan.
Pernyataan tersebut dibuat selepas peguam bela, Haresh Mahadevan, meminta penjelasan mengenai mesej yang ditandakan sebagai bukti dalam perbualan WhatsApp bersama suaminya. Ismanira menjelaskan bahawa pada waktu itu, emosinya berada di tahap yang sangat tidak stabil bercampur panik, takut dan terdesak.

Netizen Terus Bersuara, Ada Yang Tidak Percaya Walaupun kenyataan itu dibuat di mahkamah, reaksi masyarakat di media sosial tetap berbelah bahagi. Ada yang bersimpati, namun ramai juga yang terus mencurigai dan menganggap ia sebagai alasan untuk membersihkan nama.
Namun begitu, kita sebagai masyarakat perlu sedar bahawa seorang ibu yang tertekan secara emosi boleh mengalami letusan perasaan yang sukar dikawal. Mungkin bagi orang luar ia tampak keterlaluan, namun buat si ibu yang sedang ‘terbenam’ dalam keresahan  kata-kata itu adalah jeritan dari dalam jiwa yang lelah.
Proses Mahkamah Masih Berjalan Sebagai makluman, Ismanira kini sedang membela diri atas tuduhan mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Suaminya, Zaim Ikhwan, telah dilepaskan dan dibebaskan lebih awal.
Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia 6 tahun, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemui tidak bernyawa di anak sungai berhampiran rumah mereka keesokan harinya. Negara masih ternanti-nanti jawapan sebenar atas kematiannya.
*Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan tiada lagi putar belit yang berlaku…
The post “Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati” – Ismanira Luah Bukan Untuk Anak, Tapi Diri Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lantaklah-nak-hidup-ke-nak-mati-ismanira-luah-bukan-untuk-anak-tapi-diri-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

Kes Zayn Rayyan Ismanira Akui Tidak Cari Anak Di Kawasan Kebun Tempat Mayat Ditemui

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 220 hits
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin Ismanira Abdul Manaf 30 hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini Foto Bernama PETALING JAYA Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan hari ini membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mencari an...
Ambil Balik Duit Diseleweng Kita Bukan Nak Hukum Orang Mati Kata Anwar

Ambil Balik Duit Diseleweng Kita Bukan Nak Hukum Orang Mati Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana menteri berkata masih ada pihak termasuk pembangkang yang pertahan individu kaut kekayaan melalui cara meragukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pembangkang yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan individu memung...
Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 216 hits
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak kanak Dalam situasi ini peranan ibu ba...
Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 188 hits
PETALING JAYA Mereka ibu bapa yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi Zayn Itu penegasan bapa mentua Ismanira Abdul Manaf Zahari Mohd Reba 57 ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa menantunya dan anak lelak...
Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 162 hits
Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan namun personaliti media sosial Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu meraka...
Kenapa Bukan Diri Sendiri

Kenapa Bukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 237 hits
17 Julai 2025 Khamis Update BlogSiapakah tiga orang yang paling kau sayang Soalan tu kedengaran senang je Otak terus ligat berfikir dan pantas memberikan jawapan Mak ayah anak Hubby adik kawan baik Jawapan macam tu biasa takde salah pun tap...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis

Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah