Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya


Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya | Setiap surah dalam Al Quran mempunyai kelebihan  tersendiri jika kita sentiasa amalkan. Jadi sebagai umat islam kenalah ambil peluang untuk jadikan surah -surah dalam Al Quran untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Di antara banyak - banyak surah tersebut adalah surah 3 Qul, dah biasa dah kita dengar kan. Surah lazim yang pendek dan mudah nak ingat. Dan kita sentiasa diingatkan untuk baca surah 3 Qul ini sebelum tidur. 




Dah ramai pesanan ustaz dan ustazah pesan baca surah 3 Qul sebelum tidur. Kenapa surah 3 Qul ?. Kena tahu makna setiap surah 3 Qul yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW. Sebut surah 3 Qul ini untuk ringkasan saja disebabkan surah tersebut bermula dengan Qul. Surah 3 Qul terdiri daripada : 


1. Surah Al Ikhlas
2. Surah Al Falaq
3. Surah An Naas


Maksud Surah Al - Ikhlas 

Surah Al - Ikhlas adalah bermaksud tauhid yang sebersih - bersihnya. Surah ini adalah surah yang ke 112 dalam Al Quran dan mengandungi empat ayat saja. Kenapa dinamakan Ikhlas ? Ini kerana Rasulullah SAW diperintahkan untuk menegaskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandinganNya. 
Pengertian bagi surah Al - Ikhlas  adalah : 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. 4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia. 
Maksud Surah Al - Falaq

Surah Al Falaq yang bererti sekalian makhluk. Surah ini adalah surah yang ke 113 dan mengandungi lima ayat. 
Surah Al Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa terhadap kejahatan makhluk - makhluk Tuhan dan juga perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya. 
Pengertian bagi surah Al - Falaq adalah : 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 
1. Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Menguasai subuh
2. Dari kejahatan makhluk-Nya
3. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. 4. Dan dari kejahatan wanita - wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul - buhul
5. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. 
Maksud Surah An - Naas 


Surah An - Naas bermaksud manusia. Surah ini adalah surah yang ke 114 di dalam Al Quran dan mengandungi enam ayat. 
Surah An - Naas juga mengajar kita untuk memohon perlindungan dari Allah terhadap bahaya - bahaya yang batin seperti bahaya dari syaitan atau jin, tipu daya makhluk, perassan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah, amal ibadat dan cara hidup kita. 
Pengertian bagi surah An - Naas adalah : 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan manusia
2. Raja manusia
3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan ( bisikan ) syaitan yang biasa bersembunyi. 5. Yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia. 6. Dari jin dan manusia. 
Baca dan fahami maksud ketiga - tiga surah 3 Qul ni, baru faham kan. Tahu baca saja, maksud tak tahu apa tak boleh jugak. 
Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur Kenapa kita perlu amalkan baca surah 3 Qul ini sebelum tidur. Ini kerana supaya kita boleh tidur dalam keadaan tenang tanpa sebarang bentuk gangguan terutamanya gangguan syaitan dan jin

Di antara kelebihan membaca surah 3 Qul ini adalah : 
1. Menolak segala bentuk gangguan jin
2. Menolak segala bentuk gangguan syaitan. 3. Menghindarkan diri dari terkena sihir. 4. Menghindarkan diri dari terkena penyakit was - was
5. Menghindarkan diri dari segala bentuk kejahatan
6. Menghindar diri dari perkara - perkara buruk. 
Cara Untuk Baca Surah 3 Qul Sebelum tidur nak baca surah 3 Qul ada cara yang tertentu. 

1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, turutan bacaan 3 Qul bermula dari surah Al - Ikhlas, Al Falaq dan An - Naas, bacalah surah 3 Qul sehingga habis.

2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

3. Jika mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa, boleh sahaja membaca surah 3 Qul tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:

“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).
Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)

Kredit : https://kataustaz.com/kelebihan-membaca-surah-3-qul/

Mari kita sama - sama amalkan untuk membaca surah 3 Qul ini dan jangan lupa untuk amalkan sebelum tidur. Terasa rugi sangat sekiranya tak jadikan amalan. Tiada upaya kita selain daripada memohon perlindungan daripadaNya. 
Baca : Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/11/bacaan-surah-3-qul-sebelum-tidur-dan-kelebihannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Surah Al Mulk Rumi Dan Jawi

Bacaan Surah Al Mulk Rumi Dan Jawi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 904 hits
Bacaan Surah Al Mulk Rumi Dan Jawi Untuk mendapatkan manfaat bersama admin ingin kongsikan Bacaan Rumi Dan Jawi untuk anda Anda segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi Untuk itu admin ada kongsikan bacaan Surah Al Mulk rumi...
Muhyiddin Patut Runding Dengan Pembangkang Sebelum Isytihar Darurat

Muhyiddin Patut Runding Dengan Pembangkang Sebelum Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 265 hits
Perisytiharan darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peruntukan rasmi perisytiharan seperti itu di sisi Perlembagaan Persekutuan Menurut pakar Undang Undang Perlembagaan Dr Azi...
Impian Tercapai Sebelum Kahwin Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Dua Tingkat

Impian Tercapai Sebelum Kahwin Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Dua Tingkat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 471 hits
Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021 penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta Ayda 28 telah berkongsikan berita gembira itu menerus...
Kkm Perlu Dapatkan Hasil Data Ujian Klinikal Sebelum Beli Vaksin

Kkm Perlu Dapatkan Hasil Data Ujian Klinikal Sebelum Beli Vaksin

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 237 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada Taklimat Khas Isu Semasa Covid 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Malaysia sedang menunggu keputusan data ujian klinika...
Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 435 hits
Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi recond yang saya beli 2 tahun lepas Saya seb...
Pantang Maut Sebelum Ajal Tujuh Jam Berpaut Pelampung Pukat

Pantang Maut Sebelum Ajal Tujuh Jam Berpaut Pelampung Pukat

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 276 hits
KOTA TINGGI Seorang nelayan tempatan yang hilang selepas terjatuh dari bot semasa memancing di Tanjung Sedeli di sini ditemukan selamat semalam selepas berpaut pada pelampung pukat selama tujuh jam Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Mal...
Lima Faktor Di Ambil Kira Oleh Kkm Sebelum Syor Laksana Pkpb

Lima Faktor Di Ambil Kira Oleh Kkm Sebelum Syor Laksana Pkpb

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 212 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan penilaian risiko dengan mengambil kira lima faktor sebelum mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulla...
Ini Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Ini Yang Perlu Anda Fikir Sebelum Membeli Kereta Terpakai

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 533 hits
Siapa kat sini yang sedang merancang nak membeli kereta terpakai tapi risau sebab banyak risikonya Kalau hendak beli kereta baru pula mungkin kewangan tak berapa ok dan agak mahal Zaza sendiri pun guna kereta ayah je buat masa ni tapi meman...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan