Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah


FMT ReportersSurat permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa Aman pada 1997 yang tersebar di media sosial.KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, Osman Jamal menafikan beliau pernah meluluskan permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod kepada sebuah syarikat yang didakwa milik bekas ketua menteri, Musa Aman ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah pada 1997.
Beliau turut menyifatkan dakwaan Corak Nahkoda Sdn Bhd yang memohon tanah itu dimiliki Musa sebagai fitnah.
Katanya, syarikat itu sebenarnya dimiliki 3 dewan perniagaan, iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang diwakili Musa sebagai pengerusi, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun yang diwakili Ajit Galun serta Dewan Perniagaan Cina Sabah yang diwakili Mohamad Sari Tan Anuar.
“Untuk makluman, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur tidak mempunyai kuasa meluluskan permohonan tanah seluas 20,000 ekar, sebaliknya kuasa sedemikian adalah hak Kabinet negeri.
“Surat yang saya tandatangani juga bukan kelulusan, tetapi arahan pentadbiran memproses permohonan tanah yang lazimnya ditujukan kepada penolong pemungut hasil tanah di daerah berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, surat permohonan tanah seluas 20,000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa pada 1997 ketika beliau menjadi pengerusi Yayasan Sabah tersebar di media sosial.
Surat itu turut mendedahkan syarikat yang memohon tanah itu mempunyai 3 pengarah, iaitu Musa, Ajit dan Sari.
Osman berkata, permohonan tanah itu diluluskan kerajaan negeri menerusi Kabinet, dengan geran tanah turut dikeluarkan dan didaftarkan.
Katanya, tanah itu diukur oleh jurukur berlesen yang dilantik Corak Nahkoda Sdn Bhd dan semua tanah adat penduduk kampung sudah dikeluarkan daripada kawasan syarikat terbabit.
Beliau yang juga Adun Balung berkata, Musa tidak pernah marah atau cemburu dengan tindakan Ketua Menteri, Shafie Apdal mengeluarkan geran tanah kepada penduduk kampung.
“Apa yang dibangkitkan Musa dan pihak pembangkang adalah teguran kerana Shafie mengaku dan mengelirukan rakyat bahawa semua itu adalah hasil usaha kerajaan Warisan.
“Kerajaan Warisan sekali lagi berbohong dan mengaku kononnya merekalah yang prihatin terhadap nasib penduduk kampung dalam menyegerakan pengeluaran geran kepada mereka dalam masa 2 tahun dan menuduh Barisan Nasional yang memerintah selama 23 tahun gagal menangani isu geran.”
Beliau berkata, hakikatnya geran yang diberikan Shafie ialah legasi kerajaan BN di bawah pimpinan Musa menerusi kaedah pemberi milikan tanah terancang “Fast Track” untuk pengeluaran geran komunal di bawah pindaan Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada 2009.
Katanya, kerajaan BN menerusi penubuhan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) pada 2011 mengeluarkan hak milik tanah adat kapada penduduk kampung dan menjalankan pengukuran “sub division” geran komunal di bawah Seksyen 77 Ordinan Tanah untuk penerima yang mahu membangunkan sendiri lot mereka.
“Perbelanjaan untuk kos pengukuran dan pengurusan Pantas dibiayai peruntukan kerajaan persekutuan, oleh itu wajar bagi Musa menegur Shafie yang mendakwa semua geran kepada orang kampung adalah hasil usaha mereka.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/itu-bukan-syarikat-musa-saya-tak-lulus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uas Bikin Kita Ngerti Kenapa Bekas Air Liur Anjing Harus Dicuci Pakai Tanah

Uas Bikin Kita Ngerti Kenapa Bekas Air Liur Anjing Harus Dicuci Pakai Tanah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 279 hits
Dalam Islam air liur anjing dan babi masuk dalam kategori najis berat Maka itu apabila terkena jilatannya umat muslim diminta untuk membersihkan dan mensucikannya dengan air dicampur tanah Lantas apa maksud dan kegunaannya Dalam hal ini pen...
Mahkamah Rayuan Dengar Permohonan Musa Aman 7 Sept Ini

Mahkamah Rayuan Dengar Permohonan Musa Aman 7 Sept Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 315 hits
Permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran DUN di negeri itu akan didengar Mahkamah Rayuan pada 7 September ini Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hak...
Bukan Salah Kerajaan Pn Rundingan Ambil Alih Sesb Tertangguh Kata Bekas Pembantu Menteri Sabah

Bukan Salah Kerajaan Pn Rundingan Ambil Alih Sesb Tertangguh Kata Bekas Pembantu Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 425 hits
KOTA KINABALU Bekas anggota pentadbiran negeri Sabah mendakwa kerajaan negeri harus dipertanggungjawabkan atas terhentinya rundingan pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd daripada Tenaga Nasional Bhd Bekas pembantu menteri kewangan Saba...
Bila Muka Safiey Illias Bernanah Mujurlah Kos Itu Cuma Rm4 000

Bila Muka Safiey Illias Bernanah Mujurlah Kos Itu Cuma Rm4 000

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 563 hits
Pada awalnya saya membuat prosedur pemindahan lemak ke wajah dengan kos RM4 000 Namun dua bulan lepas saya membuang semula dengan empat kali ganda kos pemindahan termasuk lima kali sesi suntikan bagi mencairkan lemak source
Balu Tuntut Rumah Tanah Rm300 000 Toyota Vellfire Rm300 000 Motorsikal Lc Rm10 000 Ali Puteh

Balu Tuntut Rumah Tanah Rm300 000 Toyota Vellfire Rm300 000 Motorsikal Lc Rm10 000 Ali Puteh

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 635 hits
Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga ma...
2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 271 hits
Willie Mongin dan Ali Biju adalah antara 10 bekas ahli PKR yang menyertai PPBM PETALING JAYA Dua ahli Parlimen yang keluar PKR untuk menyertai PPBM tersilap langkah kerana PPBM tidak memperjuangkan komuniti Dayak kata pembantu seorang pemim...
Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 369 hits
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bahawa pelan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur tidak dapat diteruskan kerana 60 pemilik tanah tidak bersetuju menjual hak milik mereka merupakan satu alasan yang tidak bertanggun...
Permohonan Pembiayaan Aspirasi Assist Sehingga Rm20 000

Permohonan Pembiayaan Aspirasi Assist Sehingga Rm20 000

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 268 hits
Bagi usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana Axiata Group Berhad bersama anak anak syarikatnya iaitu Axiata Digital Celcom Axiata dan edotco Group telah menawarkan pembiayaan perniagaan sehingga RM20 000 yang dinamakan Aspirasi Assist Progr...
Shafie Berbohong Demi Kekal Berkuasa Kata Musa

Shafie Berbohong Demi Kekal Berkuasa Kata Musa

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 369 hits
KOTA KINABALU Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman membidas Presiden Warisan Shafie Apdal yang mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinannya memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada orang tertentu Musa berkata Shafie semakin ter...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Tok Nenek Opah

Apa Kes Anak Menteri Besar Perlis Ditahan Sprm Buat Tuntutan Palsu Rm600 Ribu

Euro Gagal Mengira Kekuatannya

Bergambar Ootd Di Tasik Londa Naga Seri Menanti Kuala Pilah Ns

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Terima Kasih En Suami