Bukan Salah Kerajaan Pn Rundingan Ambil Alih Sesb Tertangguh Kata Bekas Pembantu Menteri Sabah




KOTA KINABALU: Bekas anggota pentadbiran negeri Sabah mendakwa kerajaan negeri harus dipertanggungjawabkan atas terhentinya rundingan pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Bekas pembantu menteri kewangan Sabah Kenny Chua berkata, kegagalan kerajaan membuat keputusan menyebabkan rundingan itu berlanjutan terlalu lama.
Beliau memberi respons terhadap dakwaan Ketua Menteri Shafie Apdal bahawa pengambilalihan SESB terganggu selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan awal tahun ini.
Rabu lepas Shafie berkata, rundingan itu bermula semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan ia berjalan lancar sehingga berlakunya perubahan kerajaan.
Katanya, beliau diberitahu bahawa Putrajaya memutuskan untuk menangguhkan rancangan pengambilalihan itu.
Chua berkata, tindakan Shafie menyalahkan kerajaan PN adalah salah.
Katanya, pengambilalihan itu sepatutnya sudah berlaku sekiranya kerajaan negeri mengendalikan rundingan itu dengan baik dan lancar.
Beliau berkata, rundingan masih berjalan sewaktu Shafie mengadakan mesyuarat Kabinetnya yang terakhir.
“Beberapa syarat yang perlu ditangani oleh kerajaan belum diselesaikan,” katanya.
“Tidak mungkin TNB tidak melepaskan SESB sekiranya anda boleh menyelesaikan perkara itu atau jika anda memenuhi syaratnya. TNB adalah sebuah syarikat persendirian walaupun ia dimiliki oleh kerajaan. Terdapat terma dan syarat yang perlu dipenuhi.
“Jadi kenapa anda kata ia tertangguh kerana Perikatan Nasional?”
Chua berkata, beliau tidak gembira dengan pentadbiran Shafie kerana ia “tidak konsisten” dalam membuat keputusan.
Beliau merupakan naib pengerusi PKR Sabah sebelum dipecat kerana berpihak kepada bekas ketua menteri Musa Aman dalam usahanya menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Warisan.
Chua berkata, beliau percaya kerajaan negeri perlu menghentikan rancangan pengambilalihan itu pada ketika ini kerana kewangan negeri terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19.
Selain isu pampasan yang perlu diselesaikan dengan TNB beliau berkata, terdapat juga hutang yang ditanggung oleh SESB sejak sekian lama yang perlu diwarisi oleh kerajaan negeri.
Katanya Sabah tidak mampu menanggung syarikat yang berhutang tanpa sokongan dan penyertaaan kerajaan pusat.
Pada Januari tahun lepas, Yeo Bee Yin, yang merupakan menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim pada masa itu berkata, Kabinet pusat bersetuju untuk memulakan proses mengembalikan pemilikan SESB kepada kerajaan Sabah.
Katanya, proses itu akan mengambil tempoh 2 tahun untuk disempurnakan.
Susulan itu Shafie berkata, satu pasukan petugas khas yang dianggotai wakil kerajaan negeri dan pusat akan ditubuhkan bagi mempercepatkan proses tersebut.
#Sumber : FMT   

 








............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/bukan-salah-kerajaan-pn-rundingan-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wooiiittt Kerajaan Pn Serbaboleh Penipuan Besar Menteri Kewangan Pn Kata Guan Eng

Wooiiittt Kerajaan Pn Serbaboleh Penipuan Besar Menteri Kewangan Pn Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 480 hits
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah taktik jahat oleh kerajaan Perikatan Nasional Peluang rakyat menilai
Sprm Tahan Bekas Pembantu Kanan Kepada Bekas Menteri Pelancongan

Sprm Tahan Bekas Pembantu Kanan Kepada Bekas Menteri Pelancongan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 316 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang bekas pembantu kanan kepada bekas menteri pelancongan Mohamaddin Ketapi kata sumber Menurut sumber itu pihak berkuasa mencari individu berusia 29 tahun itu sejak 10 Jun la...
Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 229 hits
Kerajaan akan membentangkan rang undang undang Suruhanjaya Bebas Aduan Polis di Dewan Rakyat bagi menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang ditangguhkan tahun lepas kata Hamzah Zainuddin Menteri Dalam Negeri itu berkata...
Kerajaan Teruskan Program Mybrain Bantu Mahasiwa Sambung Pengajian Kata Menteri

Kerajaan Teruskan Program Mybrain Bantu Mahasiwa Sambung Pengajian Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 265 hits
Kerajaan Perikatan Nasional melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan kembali program program MyBrain15 yang ditangguh ketika pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini Menterinya Noraini Ahmad berkata program itu akan dilaksanak...
Rundingan Terus Dibenar Walaupun Bertentangan Manifesto Ph Kata Timbalan Menteri

Rundingan Terus Dibenar Walaupun Bertentangan Manifesto Ph Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 244 hits
August 26 2020 12 11 PMAbdul Rahim Bakri berkata rundingan terus dilarang dalam manifesto PH KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri berkata pemberian projek secara rundingan terus dibenarkan walaupun ia bertentangan manife...
Laksana Tempoh Sekatan Pkp Lebih Lama Kata Bekas Timbalan Menteri

Laksana Tempoh Sekatan Pkp Lebih Lama Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 260 hits
Bekas menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kerajaan mungkin perlu menguatkuasakan peraturan pemakaian pelitup muka dan langkah lain sehingga wabak Covid 19 tamat PETALING JAYA Putrajaya perlu melanjutkan tempoh pelaksanaan perintah ka...
Kerajaan Pandang Serius Pelanggaran Oleh Menteri Tan Sri Muhyiddin

Kerajaan Pandang Serius Pelanggaran Oleh Menteri Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 214 hits
Panas baru baru ini apabila berlaku pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu Tindakan beliau itu menyebabkan belia...
Pelancaran Pn Boleh Satukan Pembangkang Sabah Menjelang Pilihan Raya Kata Penganalisis

Pelancaran Pn Boleh Satukan Pembangkang Sabah Menjelang Pilihan Raya Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 469 hits
KOTA KINABALU Seorang penganalisis menjangka kehadiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Sabah untuk melancarkan gabungan Perikatan Nasional hujung minggu ini sebagai kunci untuk menyatukan pembangkang di negeri itu menjelang pilihan raya...
Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri You Know Kena Cekup Sprm

Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri You Know Kena Cekup Sprm

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 290 hits
PUTRAJAYA 15 Ogos 2020 Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3 7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan Seni...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis