Shafie Berbohong Demi Kekal Berkuasa Kata Musa




KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman membidas Presiden Warisan, Shafie Apdal yang mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinannya memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada orang tertentu.
Musa berkata, Shafie semakin terdesak sehingga sanggup “menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa”.
Beliau mendakwa Shafie, menerusi ucapan ala kempen baru-baru ini, tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar dan sanggup “memanipulasi isu perkauman” untuk mengelirukan masyarakat.
“Menyebarkan berita palsu kini sudah menjadi ‘resam’ baru kepada Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Baru-baru ini, Shafie menuduh pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.
“Terang lagi bersuluh, niat Shafie itu amat meragukan kerana sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada Yayasan Sabah tidak boleh diberikan kepada pihak ke-3.
“Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ke-3 mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan dilesenkan secara kontrak.
“Saya beranggapan mungkin bagi sesetengah ahli politik, berita palsu, penipuan, kempen kotor dan pembunuhan karakter adalah satu-satunya jalan untuk mereka dilantik.”
Minggu lalu, seorang ahli perniagaan Sabah menolak dakwaan Shafie mengenai kehilangan tanah milik Yayasan Sabah.
Ahli perniagaan, Mohemad Amin Azizurahman @ Amin Khan, dilaporkan berkata pelbagai pihak menuduhnya pencuri dan perompak, selepas Shafie membuat dakwaan itu dalam ucapannya sebelum itu, yang dikongsi secara meluas.
Amin berkata, Shafie mendakwa beliau menerima 30,000 ekar tanah di Kalabakan daripada Yayasan Sabah dan kira-kira 600,000 hingga 700,000 ekar tanah milik yayasan itu “hilang”.
Beliau berkata: “Saya tidak pernah menerima 30,000 ekar tanah daripada Yayasan Sabah pada bila-bila masa sekali pun.
“Sejauh yang saya tahu, tanah konsesi yang dipegang Yayasan Sabah berada di bawah satu lesen dan mustahil ia ‘hilang’ atau diberikan kepada pihak ke-3. Tanah itu kekal di bawah Yayasan Sabah.”
Dalam kenyataan hari ini, Musa mempersoalkan motif Shafie membuat dakwaan itu yang segelintir komuniti dijadikan “anak emas” oleh kerajaan terdahulu berkaitan pemberian tanah.
“Seseorang tidak boleh dipersalahkan, sekiranya beranggapan ucapan Shafie sarat dengan elemen perkauman.
“Tidak banyak kejayaan yang ditempa Warisan sejak mereka secara tidak berperlembagaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan yang dibentuk selari perundangan, pasca PRU14.
“Dengan hanya berbekalkan pertumbuhan KDNK berkadar 0.5%, terendah di Malaysia untuk 2019, Shafie dan barisan menterinya tampak gembira tatkala menghabiskan masa menghadiri keramaian dan majlis potong reben untuk merasmikan projek serta program yang dirintis pentadbiran kerajaan sebelum ini,” dakwa Musa.
Musa berkata, Warisan pakar dalam mengumumkan projek berbilion ringgit yang sehingga kini tidak nampak bayang langsung.
“Harus saya katakan, KPI Warisan dalam menabur janji kosong dan menyebarkan berita palsu semakin menjadi-jadi, tetapi saya risau dengan nasib Sabah, sekiranya ini saja yang mampu ditawarkan.”
#Sumber :   FMT 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/shafie-berbohong-demi-kekal-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Ideologi Ekstrem Iktiraf Budaya Berbeza Demi Perpaduan Kaum Kata Tok Mat

Tolak Ideologi Ekstrem Iktiraf Budaya Berbeza Demi Perpaduan Kaum Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 287 hits
Menolak ideologi ekstrem bertoleransi dan mengiktiraf perbezaan budaya serta agama ialah resepi untuk mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menjelang Hari Kebangsaan ke 63 esok B...
Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 450 hits
Surat permohonan tanah seluas 20 000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa Aman pada 1997 yang tersebar di media sosial KOTA KINABALU Bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal menafikan beliau pernah melulusk...
Jangan Suka Hati Halang Sabah Ada Kuasa Imigresen Sendiri Kata Shafie

Jangan Suka Hati Halang Sabah Ada Kuasa Imigresen Sendiri Kata Shafie

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 717 hits
Kerajaan Persekutuan diingatkan agar tidak membuat keputusan sesuka hati dalam menghalang mana mana individu memasuki Sabah demikian menuruy Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal Ini kerana katanya kerajaan Sabah mempunyai kuasa Imigr...
Manila Tak Pernah Tuntut Sabah Ketika Bn Berkuasa Kata Najib

Manila Tak Pernah Tuntut Sabah Ketika Bn Berkuasa Kata Najib

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 280 hits
Najib Razak menasihatkan kerajaan tidak melayan tuntutan secara tiba tiba oleh Filipina ke atas Sabah Beliau berkata Manila tidak pernah membuat tuntutan ke atas Sabah pada zaman pemerintahan Barisan Nasional Masa saya jadi PM negara Filipi...
Akhirnya Musa Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar Shafie

Akhirnya Musa Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar Shafie

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 278 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akhirnya dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2018 Setelah berbalas huj...
Mic Kekal Dengan Pn Jika Bn Umno Juga Kekal Kata Vigneswaran

Mic Kekal Dengan Pn Jika Bn Umno Juga Kekal Kata Vigneswaran

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 276 hits
Presiden MIC S Vigneswaran berkata parti itu kekal komited sebagai sebahagian daripada Perikatan Nasional selagi Barisan Nasional dan Umno kekal dalam gabungan kerajaan itu Kita tahu di peringkat akar umbi ada yang mempersoalkan sama ada Um...
Mahkamah Dapati Shafie Hilang Majoriti Di Dun Kata Peguam

Mahkamah Dapati Shafie Hilang Majoriti Di Dun Kata Peguam

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 231 hits
Peguam yang mewakili 33 Adun Sabah dalam saman terhadap Yang di Pertua Negeri berkata Mahkamah Tinggi di sini mendapati Ketua Menteri Shafie Apdal hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sabah Tengku Fuad Ahmad berkata Pesuruhjaya...
Guan Eng Bebas Masuk Sabah Kata Shafie

Guan Eng Bebas Masuk Sabah Kata Shafie

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 307 hits
Beliau berkata kuasa untuk menghalang sesiapa dari memasuki negeri itu masih pada kerajaan negeri
Jangan Keluar Kenyataan Cetus Perpecahan Kata Shafie Apdal

Jangan Keluar Kenyataan Cetus Perpecahan Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 295 hits
Jangan keluar kenyataan cetus perpecahan kata Shafie Apdal Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Aug 2020 4 41
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega