It S Ok Belajar Redha Dan Tenang Dengan Kehidupan


Dalam hidup ini, kadang-kadang kita terlalu sibuk kejar kesempurnaan sampai lupa yang tak semua benda perlu jadi sempurna. Kita lupa bahawa hidup ini bukan tentang siapa paling hebat, siapa paling kaya atau siapa paling berjaya. 
Hidup ini lebih kepada macam mana kita belajar terima diri sendiri, orang lain dan keadaan yang adakalanya tak berpihak pada kita. Dan di situlah hadir satu ayat yang ringkas tapi penuh makna, iaitu “it’s ok”

Ayat ini mungkin nampak cam biasa je, tapi sebenarnya ia boleh jadi ubat untuk hati yang galau. Bayangkan bila kita buat silap atau gagal capai sesuatu yang kita nak, kita akan mula salahkan diri sendiri. Hati jadi kacau, fikiran jadi serabut. 
Padahal kadang-kadang apa yang kita perlukan hanyalah berbisik pada diri sendiri, “tak apa… it’s ok.” Itu tanda kita sedang belajar melepaskan beban dan menerima hakikat bahawa kita manusia biasa yang tak akan lari daripada salah dan silap.
It’s ok juga mengajar kita tentang sabar. Bila ada orang sakiti hati kita, bila rezeki tak seperti yang kita harapkan, bila usaha kita tak nampak hasilnya, kita mungkin rasa kecewa. 

Tapi dengan mengatakan “it’s ok”, kita sebenarnya sedang yakinkan hati bahawa sesuatu yang lebih baik akan datang. Kita sedang melatih diri untuk percaya bahawa semua perkara ada hikmah yang tersimpan

Dalam hubungan sesama manusia pun sama. Kita tak boleh kawal cara orang lain berfikir atau bertindak. Ada orang mungkin tak suka kita, ada orang mungkin salah faham. Kalau kita terus fikir apa yang orang lain rasa, kita akan letih. 
Di sinilah pentingnya untuk kita kata pada diri, “it’s ok, aku tak perlu puaskan hati semua orang.” Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan rasa bersalah atau terlalu cuba jadi sempurna depan orang lain

Yang lebih penting, it’s ok juga boleh jadi tanda kasih pada diri sendiri. Ia mengingatkan kita bahawa kita berhak untuk rehat, berhak untuk menangis, berhak untuk buat silap dan berhak untuk cuba lagi. 
Bukan setiap hari kita kena jadi kuat. Kadang-kadang kita hanya perlu berhenti sekejap, tarik nafas panjangbdan cakap pada hati sendiri, “aku dah cuba yang terbaik, it’s ok.”
Jadi, kalau hari ini korang rasa kecewa, rasa gagal, atau rasa tak mampu, ingatlah satu perkara, hidup ini bukan tentang selalu menang, tapi tentang bagaimana kita bangkit setiap kali jatuh. 
Jangan paksa diri jadi sempurna, sebab jadi manusia pun dah cukup istimewa. Senyum sikit, tarik nafas dan katakan perlahan-lahan, “it’s ok.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/09/its-ok-belajar-redha-dan-tenang-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Redha Ucapkan It S Ok Pada Diri Sendiri

Belajar Redha Ucapkan It S Ok Pada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 824 hits
Belajar Redha Ucapkan It s Ok Pada Diri Sendiri Belajar Redha Ucapkan It s Ok Pada Diri Sendiri Kadang kadang kita terlalu sibuk mengejar sempurna Hingga lupa hidup bukan tentang siapa paling hebat paling kaya atau paling berjaya Hidup tent...
Monolog Jiwa Kenal Trigger Diri Belajar Tenang Dengan Emosi

Monolog Jiwa Kenal Trigger Diri Belajar Tenang Dengan Emosi

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3248 hits
MONOLOG JIWA Kenal Trigger Diri Belajar Tenang Dengan Emosi Kadang kadang kita sendiri pelik Kenapa ada masa kita mudah sangat naik angin Padahal perkara kecil Baru ditegur sedikit hati sudah panas Baru tersilap sedikit suara sudah meninggi...
Amir Raja Lawak Reda Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang Sepanjang Abah Sakit Saya Puas Hati Apabila

Amir Raja Lawak Reda Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang Sepanjang Abah Sakit Saya Puas Hati Apabila

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1183 hits
Amir Raja Lawak berkata dia berpuas hati kerana dapat menemani dan menjaga bapanya Azmi Deris 67 sehingga ke akhir hayatnya Ketika ditemu bual selepas selesai pengebumian pelawak berusia 36 tahun itu berkata arwah bapanya menghembuskan nafa...
Ibu Zara Tenang Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat Doktor

Ibu Zara Tenang Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat Doktor

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1041 hits
Ibu Zara Tenang Diberi Masa Cukup Buat Keputusan Bedah Siasat Doktor KOTA KINABALU 17 Sept Seorang pegawai perubatan hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa ibu kepada Zara Qairina Mahathir diberi masa secukupnya untuk membuat ...
Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2081 hits
Hidup sebagai suami isteri di akhir zaman ini bukan sesuatu yang mudah Cabarannya datang dari pelbagai sudut Ujian dunia bisikan syaitan malah kelemahan diri sendiri Sebab itulah penting untuk kita kembali kepada agama Bila kita belajar aga...
Tenang Walau Digoncang

Tenang Walau Digoncang

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 587 hits
Tenang Walau Digoncang MONOLOG JIWA Tenang Walau Digoncang Alhamdulillah Ada tenang yang tak dapat digoncang walau dunia cuba menguji Ada damai yang hanya lahir bila hati kembali pada Allah Kerana hakikatnya yang menenangkan itu bukan keada...
Tekanan Kian Hebat Amorim Tetap Tenang Biarpun Tewas Di Brentford

Tekanan Kian Hebat Amorim Tetap Tenang Biarpun Tewas Di Brentford

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 355 hits
Tekanan kian hebat Amorim tetap tenang biarpun tewas di Brentford RIAK Amorim yang kecewa selepas United dikecewakan Brentford FOTO Reuters Manchester Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim menegaskan beliau tidak bimbang mengenai k...
Tenang Itu Pilihan

Tenang Itu Pilihan

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1755 hits
Monolog Jiwa Tenang Itu Pilihan MONOLOG JIWA Tenang Itu Pilihan Ada waktunya aku hanya mahu diam Bukan kerana malas tapi kerana tidak ingin terbeban dengan perkara yang tidak perlu Aku hanya ingin buat apa yang sepatutnya Ikut arahan seadan...
Bila Hati Tak Tenang Parti Lain Namakan Calon

Bila Hati Tak Tenang Parti Lain Namakan Calon

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1352 hits
Bila orang yang bersuara PAS kata boleh cari 3 4 lari yang macam DS Anwar Sah sah dia ni Kalau tak nyanyuk sendiri tak reti memerintah Dia jadi MB Terengganu sepenggal je Tak ada satu apa pun yang boleh dikenang dan Pak lawak je sorang tu K...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Beza Coklat Putih Coklat Hitam Dan Coklat Biasa Mana Satu Yang Paling Sedap

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je

Top 19 By May 26 Pokbet 68

Kesulitan Teknologi Kisah Telefon Rosak Semalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

Lirik Lagu Luka Awie Riez

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Peluang Usaha Pontianak 2026 10 Usaha Modal Minim Yang Paling Menguntungkan

Resepi Tauhu Berlauk

Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone