Isu Tol Ph Berjaya Cipta Win Win Situation



ULASAN: Najib Razak kini rajin memutar-belitkan isu lebuhraya bertol kerana apa yang Barisan Nasional gagal capai selama ini akan ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Nampaknya bekas perdana menteri Najib sudah pening dan hilang akal memikirkan bagaimana nak pertahankan dasar lebuh raya bertol kerajaan BN yang menganiayai rakyat.
Biar saya ingatkan beliau mengenai dasar lebuh raya PLUS bawah kerajaan BN:
(i) Pada 1999, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 sehingga 2030 dengan peningkatan kadar tol 26% setiap 3-5 tahun sehingga 2016.
(ii) Pada 2005, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sekali lagi selama 8 tahun dari 2030 sehingga 2038, di mana kadar tol akan meningkat 10% setiap 3 tahun.
(iii) Pada 2011, kadar tol lebuh raya PLUS distruktur semula supaya kadar tol meningkat 5% setiap 3 tahun, manakala semua konsesi lebuhraya lain bawah kumpulan PLUS iaitu, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Laluan Ke-2 Johor-Singapura (Linkedua) dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) – dilanjutkan sehingga 2038 dan juga dikenakan jadual kenaikan masing-masing.
Bawah kerajaan BN, walaupun konsesi dilanjutkan beberapa kali, tidak pernah sekali pun kadar tol menurun, malah kadar tol masih akan meningkat setiap 3 tahun mengikut perjanjian konsesi.
Walaupun pengguna PLUS ada kalanya tidak dikenakan kenaikan kadar tol, tetapi kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi mengikut perjanjian yang dirunding oleh BN. Pada zaman BN, pampasan melebihi RM3 bilion terpaksa dibayar oleh kerajaan kepada pihak konsesi untuk membekukan kadar tol.
Sebaliknya, dengan penstrukturan yang baru daripada kerajaan PH, rakyat akan menikmati pengurangan tol untuk kali pertama dalam sejarah lebuh raya PLUS, iaitu diskaun 18% daripada kadar semasa.
Tambahan lagi, kadar ini tidak akan lagi meningkat mengikut perjanjian sehingga tamatnya konsesi, tak seperti semasa zaman BN di mana kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya 5% setiap 3 tahun mengikut perjanjian konsesi.
Sebagai contoh, kadar tol bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Alor Setar akan masih kekal pada RM45.50 pada 2038 berbanding dengan formula Najib iaitu RM82.00 pada tahun yang sama. Ini merupakan pengurangan sebesar 44.5%.
Dengan penstrukturan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan PH, kadar tol akan dibekukan sepanjang konsesi dengan diskaun 18% tanpa memerlukan 1 sen pampasan pun daripada pihak kerajaan.
Ini bermaksud pampasan sebanyak RM26 bilion dapat dijimatkan oleh kerajaan PH sepanjang konsesi berbanding dengan kadar tol zaman Najib. Jumlah yang besar ini akan diperuntukkan kepada rakyat serata Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak dalam bentuk kebajikan dan pembangunan ekonomi, dan bukannya kepada syarikat lebuh raya bertol.
Malah, pemansuhan kutipan tol di 3 plaza tol PLUS mulai 2018 yang sering diungkit oleh bekas perdana menteri sebagai “pencapaian” beliau pula mengikat kerajaan dengan bayaran pampasan sebanyak RM856 juta yang masih terhutang kepada PLUS.
Nasib baik dengan pelan yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini, “hutang” ini daripada kerajaan kepada PLUS akan dilupuskan dan tidak perlu lagi dibayar. Ini secara langsung membolehkan kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan semula jumlah ini kepada lain-lain perbelanjaan yang lebih memanfaatkan rakyat seluruh Malaysia.
Secara jelas, Najib gagal menunaikan janji manifesto BN pada 2013 untuk mengurangkan kadar tol. Saya ingin memperingatkan beliau BN menaikkan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya lain pada 2015.
Sekarang Najib pening dan gelisah kerana kerajaan PH berjaya mencapai “triple win” di mana:
(i) Pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun tol sebanyak 18% dengan tiadanya peningkatan kadar tol selama-lamanya;
(ii) Rakyat seluruh negara akan menerima manfaat bernilai melebihi RM26 bilion dengan penjimatan pampasan yang tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS;
(iii) manakala pada masa yang sama, hak dan kepentingan pemegang saham syarikat PLUS – Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – tidak terjejas.
Ini bermaksud nilai aset PLUS tidak akan merosot dalam penstrukturan ini, dan bayaran dividen dari KWSP kepada pekerja tidak akan terjejas.
________________________________________________________________________________
Tony Pua adalah setiausaha politik kepada menteri kewangan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26162

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Auta Dr Mahathir Dan Pakatan Harapan Dalam Isu Lanjutan Konsesi Tol

Auta Dr Mahathir Dan Pakatan Harapan Dalam Isu Lanjutan Konsesi Tol

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 315 hits
Ingat lagi tak mamat kat atas nie Masa kempen PRU 14 lepas dalam satu video klip berdurasi 2 minit 19 saat beriya iya mamat nie tuduh DS Najib dan kerajaan Barisan Nasional dahulu sengaja tak nak hapuskan tol sebab nak kayakan kroni Mamat n...
Bn Gagal Ph Berjaya Turunkan Kadar Tol 18 Tony Pua

Bn Gagal Ph Berjaya Turunkan Kadar Tol 18 Tony Pua

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 332 hits
The ReporterPenstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan sekali gus mewujudkan penjimatan RM26 bilion yang bol...
Jangan Cipta Isu Pecah Belahkan Keharmonian Kaum

Jangan Cipta Isu Pecah Belahkan Keharmonian Kaum

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 177 hits
Amalan tradisi meraikan perayaan tidak sepatutnya dijadikan isu sehingga memecah belahkan keharmonian antara kaum di negara ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata amalan menggantung tanglung sebagai dekoras...
Guan Eng Najib Perlu Berhenti Tipu Rakyat Isu Tol

Guan Eng Najib Perlu Berhenti Tipu Rakyat Isu Tol

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 230 hits
Diterbitkan Hari ini 4 38 petangBERITAMenteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Najib Razak untuk berhenti menipu rakyat dengan membandingkan keadaan konsesi tol di bawah BN dan PH Najib dalam kenyataan di Facebooknya seb...
Win Win Situation

Win Win Situation

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum salam sejahteraAdakah kau melihat apa apa perubahan pada blog ni Yeah good boy girl blog ZERO to HERO telah bertukar wajah full edited by Caersasuke Terima kasih dengan hasil kerja beliau yang berbaloi ini Kalau nak dapatkan...
Ekatarina Gadis Cantik Dari Ukraine Berjaya Jual Dara 1 Juta

Ekatarina Gadis Cantik Dari Ukraine Berjaya Jual Dara 1 Juta

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 577 hits
Seorang remaja Ekaterina yang baru berusia 19 tahun dilaporkan telah berjaya menjual daranya pada harga yang sangat lumayan 1 juta Pound Sterling menerusi laman sesawang sebuah agensi teman sosial Ekatarina Ekaterina berasal dari bandar Kha...
Naza Berjaya To Be Given Contract To Manage Government Fleet

Naza Berjaya To Be Given Contract To Manage Government Fleet

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 266 hits
The government is said to have picked the Naza Berjaya consortium for the long term contract to supply maintain and manage its huge fleet of official cars and police patrol vehicles after nearly a year of competitive bidding process It is b...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 450 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba disampa...
Kunyit Hitam Berjaya Sembuhkan Kanser Yang Mengejutkan Dunia Perubatan Moden

Kunyit Hitam Berjaya Sembuhkan Kanser Yang Mengejutkan Dunia Perubatan Moden

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 535 hits
Seorang pesara British yang bertarung nyawa menentang kanser selama lima tahun akhirnya berjaya sembuh daripada penyakit paling ditakuti itu dengan bantuan kunyit herba yang biasa digunakan sebagai rempah masakan di Asia Dieneke Ferguson Di...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Asal Usul Coca Cola

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

6 Pegawai Kanan Dan Anggota Polis Ditahan Semula Mengikut Sosma

Apple Dilaporkan Meminta Maaf Atas Iklan Kontroversial Ipad Pro Nya

Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara

Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Liyana Jasmay Bakal Keluar Dua Single Baharu Rakam Lagu Di Jakarta Saya Taknak Mv Biasa Biasa