Bn Gagal Ph Berjaya Turunkan Kadar Tol 18 Tony Pua


The Reporter


Penstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan, sekali gus mewujudkan penjimatan RM26 bilion yang boleh memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan pembangunan ekonomi

Ia merupakan “triple win” apabila pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus dengan tiadanya peningkatan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat pada 2038, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Tony Pua

Tegasnya apa yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) selama ini bakal ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Sambil mengingatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dasar lebuh raya PLUS di bawah kerajaan BN yang sering menyaksikan peningkatan kadar tol, Pua berkata pada zaman BN kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM3 bilion kepada konsesi untuk membekukan kadar tol

"Nampaknya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pening dan hilang akal memikirkan bagaimana nak pertahankan dasar lebuh raya bertol kerajaan BN yang menganiayai rakyat,” katanya

Menurut Pua, di bawah kerajaan PH juga kadar tol tidak akan meningkat mengikut perjanjian sehingga tamat konsesi, yang antaranya menyaksikan kadar tol bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar kekal RM45.50 pada tahun 2038, hampir separuh daripada harga yang terpaksa dibayar pengguna jika mengikut formula Najib iaitu RM82 pada tahun yang sama

Pada zaman BN kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya lima peratus setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi, katanya sambil memberi contoh pada 1999 tempoh konsesi PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 hingga 2030, dengan kenaikan kadar tol 26 peratus setiap tiga hingga lima tahun sehingga 2016

Pada 2005 pula, tempoh konsesi lebuh raya PLUS dilanjutkan sekali lagi selama lapan tahun dari 2030 sehingga 2038, dengan kadar tol akan meningkat 10 peratus setiap tiga tahun manakala pada 2011, kadar tol lebuh raya PLUS distruktur semula supaya kadar tol meningkat lima peratus setiap tiga tahun

Selain itu kesemua konsesi lebuh raya lain bawah kumpulan PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), Lebuhraya Laluan Kedua Johor-Singapura (LINKEDUA) dan Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) – dilanjutkan sehingga tahun 2038 dan juga dikenakan jadual kenaikan masing-masing

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Jan mengumumkan kadar tol PLUS akan diturunkan 18 peratus mulai 1 Feb tahun ini melibatkan semua lebuh raya kendalian PLUS dengan hasrat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat

Pua berkata langkah kerajaan PH itu akan membolehkan rakyat seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak menerima manfaat bernilai lebih RM26 bilion hasil penjimatan bayaran pampasan, dan pada masa sama, hak serta kepentingan pemegang saham syarikat PLUS - Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - tidak terjejas

“Bawah kerajaan BN, walaupun konsesi dilanjutkan beberapa kali, tidak pernah sekali pun kadar tol menurun, malah kadar tol masih akan meningkat setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi,” katanya

"Ini bermaksud nilai aset PLUS tidak akan merosot dalam penstrukturan ini, dan bayaran dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada pihak pekerja Malaysia tidak akan terjejas," katanya

Menyelar tindakan Najib yang kini rajin memutar-belitkan isu lebuh raya bertol, Pua berkata pemansuhan kutipan tol di tiga plaza tol PLUS mulai 2018 yang sering diungkit bekas perdana menteri itu sebagai "pencapaiannya”, sebenarnya telah mengikat kerajaan dengan bayaran pampasan sebanyak RM856 juta yang masih terhutang kepada PLUS

“Nasib baik dengan pelan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, ‘hutang’ ini daripada kerajaan kepada PLUS akan dilupuskan dan tidak perlu lagi dibayar

“Ini secara langsung membolehkan kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan semula jumlah ini kepada lain-lain perbelanjaan yang lebih memanfaatkan rakyat seluruh Malaysia,” katanya

Sumber: Bernama

January 22, 2020 at 02:05PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2020/01/bn-gagal-ph-berjaya-turunkan-kadar-tol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Pua Kata Melanjutkan Tol Menguntungkan Rakyat

Tony Pua Kata Melanjutkan Tol Menguntungkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 222 hits
Rakyat seluruh negara akan menerima manfaat bernilai melebihi RM26 bilion dengan penjimatan pampasan yang tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS Tony Pua FMT Najib Razak kini rajin memutar belitkan isu lebuhraya bertol kerana ap...
Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

Manifesto Ph Mansuh Tol Atau Lanjut Tempoh Konsesi Najib Soal Tony Pua

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 194 hits
Najib Razak membalas kritikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua berhubung isu pengurangan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan mempersoalkan apakah manifesto Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol atau melanjutkan tempoh konsesi Najib ...
Pernah Digelar Kanak Kanak Paling Besar Di Dunia Arya Permana Berjaya Turunkan Berat 110kg

Pernah Digelar Kanak Kanak Paling Besar Di Dunia Arya Permana Berjaya Turunkan Berat 110kg

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 512 hits
Pernah digelar sebagai kanak kanak paling gemuk di dunia Arya Permana yang kini telah berusia 13 tahun pernah mengalami obesiti yang teruk sehingga berat badannya mencecah 193 kilogram Akibat berat badannya yang berlebihan Arya tidak mampu ...
Isu Tol Ph Berjaya Cipta Win Win Situation

Isu Tol Ph Berjaya Cipta Win Win Situation

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 234 hits
ULASAN Najib Razak kini rajin memutar belitkan isu lebuhraya bertol kerana apa yang Barisan Nasional gagal capai selama ini akan ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan Nampaknya bekas perdana menteri Najib sudah pening dan hilang akal mem...
Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 603 hits
Sebelum ini ada ura ura mengatakan kerajaan bakal menjual Lebuh Raya PLUS dan sekarang keputusan itu ditangguhkan dan akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan KWSP Kerajaan turut mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 bermula p...
Beza Pemikiran Orang Yang Berjaya Dan Gagal

Beza Pemikiran Orang Yang Berjaya Dan Gagal

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1067 hits
Assalamualaikum Pagi ni nieyl nak share sedikit motivasi pagi untuk diri nieyl dan juga yang membaca Tidak kira dalam apa juga yang kita buat dalam hidup ini Pemikiran kita sekarang ini yang mana Orang yang berjayaatauOrang yang gagal Jika ...
Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

Dina Nadzir Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 6kg Selepas Jalani Rawatan Pelangsingan Di Ssklinik

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 927 hits
Dina Nadzir Hilang 6 kg Selepas Rawatan SSSlim Siapa yang tak kenal dengan Dina Nadzir merupakan seorang penyanyi penyampai radio di Era Fm dan juga pernah menjadi Juara Musim Pertama Malaysia Idol tahun 2004 Mama pun suka dengar suara dia ...
Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 390 hits
Najib Razak membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana menjadikan hutang 1MDB sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menghaouskan tol Dalam satu kenyataan di Facebook Najib merujuk kepada kegagalan Guan Eng menyebut tentang be...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage