Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan


malaysiakini.com
Zarrah Morden
Diterbitkan: Jun 24, 2024 8:21 PM
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kewujudan kilang berkaitan Blackrock di Kedah dan Kelantan tidak boleh disamakan dengan perancangan pengambilalihan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Menurutnya, pelaburan Blackrock di Malaysia adalah kecil dan bersifat pasif, berbeza dengan rancangan penjualan MAHB yang akan membolehkan Global Infrastructure Partners (GIP) - syarikat yang akan diambilalih Blackrock - memiliki pengaruh dalam pengurusan 39 lapangan terbang di seluruh negara.

"Kerisauan yang kami bangkitkan berkenaan (urus niaga) MAHB adalah atas dasar strategik, melangkaui soal kewangan.

"Ia tentang kemampuan kawalan GIP dan Blackrock ke atas lapangan terbang kita untuk suatu tempoh masa, khususnya apabila berkaitan hal-hal pengurusan dan teknikal lapangan terbang kita," katanya yang juga ketua Pemuda Bersatu kepada Malaysiakini.

Hari ini, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mencabar PN untuk menutup kilang-kilang berkaitan Blackrock di Kedah dan Kelantan - dua negeri yang ditadbir gabungan itu.

Nik Nazmi tidak menyebut secara khusus kilang yang dimaksudkannya, namun Boeing - di mana Blackrock memiliki pegangan di dalamnya - ada kilang di Kedah manakala subsidiarinya, Agnico Eagle Mines ada pegangan dalam sebuah syarikat perlombongan di Kelantan.

Blackrock menjadi tumpuan selepas Khazanah Nasional pada 15 Mei lalu mengumumkan ia akan menubuhkan konsortium dengan Abu Dhabi Investment Authority dan GIP - menerusi GIP Aurea Pte Ltd - untuk membeli saham MAHB.

Pengaruh Amerika Syarikat

Selain kawalan yang bakal diperoleh GIP ke atas lapangan terbang di Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal turut menyuarakan kebimbangan urus niaga itu memiliki kesendengan politik terhadap Amerika Syarikat.

Dia merujuk laporan Reuters pada 6 Jun lalu, berkenaan hasrat Amerika Syarikat untuk meningkatkan pengaruhnya di rantau Asia Pasifik menerusi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik Bagi Kemakmuran (Ipef), di tengah ketegangan dengan China.

"Kami hanya mahu kerajaan membatalkan urus niaga itu yang boleh melepaskan aspek pengurusan dan teknikal dalam pengurusan lapangan terbang kepada GIP dan Blackrock, yang ditampilkan sebagai pemacu untuk Ipef dalam mendepani Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China di Malaysia dan Asean," katanya lagi.

[Baca berita asal]View Synonyms and Definitions

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/isu-saham-mahb-tak-sama-dengan-kilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Nazmi Dares Pn To Close All Blackrock Owned Factories In Kedah Kelantan

Nik Nazmi Dares Pn To Close All Blackrock Owned Factories In Kedah Kelantan

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 320 hits
According to Nik Nazmi BlackRock is not only one of the biggest investors in the Malaysian stock market but also operates many factories in Kedah and Kelantan PKR vice president Nik Nazmi Nik Ahmad has challenged Perikatan Nasional to close...
Jualan Saham Mahb Dedah Maklumat Pertahanan Negara

Jualan Saham Mahb Dedah Maklumat Pertahanan Negara

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 240 hits
PADA 25 Jun 2024 semasa sesi soal jawab di Parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan saham Malaysia Airport Holdings Bhd sebanyak 30 akan dijual kepada Syarikat BlackRock GIP sebuah syarikat pelaburan berpengkalan di Amerika Syarik...
Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 337 hits
LANGSUNG DARI PARLIMENSEPANJANG sidang dewan berlangsung pagi ini khususnya ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab dan memberi penjelasan berhubung isu penjualan saham Malaysia Aiport Holdings Berhad kepada Global Insfrastructure Par...
Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara

Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 319 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 25 2024 5 05 PMPembangkang tidak pernah membantah pemilikan ekuiti firma firma tempatan yang diperolehi oleh Blackrock melalui pasaran terbuka Sebaliknya setiausaha akhbar Menteri Besar Kedah Muhamad Mat Yaki...
Rentasan 1612 Ini Sebabnya Saham Mahb Dijual Kepada Gip

Rentasan 1612 Ini Sebabnya Saham Mahb Dijual Kepada Gip

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 218 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1612 1 LAPANGAN TERBANG KEKAL MILIK KERAJAAN KATA PMX 2 SIAPA YANG HIPOKRIT 3 TUHAN ADA BUKAN UNTUK PAS SAHAJA
Benarkah Ada Kepentingan Blackrock Dalam Syarikat Perlombongan Di Kelantan

Benarkah Ada Kepentingan Blackrock Dalam Syarikat Perlombongan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 1661 hits
Kerajaan Pas Kelantan perlu menjawab dakwaan di media sosial bahawa sebuah syarikat perlombongan dari Singapura yang beroperasi di negeri itu mempunyai kaitan dengan syarikat pengurus dana terkemuka dunia BlackRock Menurut Setiausaha Majlis...
Anwar Bidas Pihak Guna Isu Blackrock Untuk Kepentingan Politik

Anwar Bidas Pihak Guna Isu Blackrock Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 298 hits
Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi dulu bidas PM AnwarHarapandailyDatuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak tertentu yang menunggang isu penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank