Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 25, 2024 5:05 PM
Pembangkang tidak pernah membantah pemilikan ekuiti firma-firma tempatan yang diperolehi oleh Blackrock melalui pasaran terbuka

Sebaliknya, setiausaha akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata isu sebenar yang dibantah pembangkang ialah cadangan kerajaan untuk menjual pegangan yang begitu besar dalam Malaysia Airline Holding Bhd (MAHB).

MAHB katanya mengawal 39 lapangan terbang dan dilihat sebagai aset strategik negara.

Dia berkata demikian ketika mengulas cabaran Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa kerajaan Kedah dan Kelantan menutup kilang-kilang milik Blackrock di dua negeri itu.

"Nik Nazmi sudah tentu memahami bahawa sebarang urusan termasuk keputusan dan tindakan dalam pentadbiran adalah berlandaskan tatacara, tatakelola dan undang-undang yang termaktub dalam satu sistem pentadbiran yang konkrit.
"Justeru, tindakan menutup kilang yang sudah diluluskan untuk beroperasi tidak boleh dilakukan begitu sahaja.

"Isu sebenar di sebalik bantahan oleh pembangkang tidak ada kaitan dengan pemilikan ekuiti firma-firma tempatan yang diperolehi oleh Blackrock melalui pasaran terbuka," katanya dipetik portal HarakahDaily.

Katanya, lapangan terbang bagi mana-mana negara termasuk dalam senarai aset strategik.

"Lapangan terbang juga adalah lokasi yang sangat sensitif. Ia adalah pintu masuk dan keluar bagi sesebuah negara melalui perjalanan udara. Ia juga adalah pintu kedaulatan dan keselamatan sesebuah pemerintahan.

"Memberi milikan kepada pihak luar yang jika tidak sampai 30 peratus sekalipun, boleh dikira suatu langkah yang sumbang, apatah lagi dengan ekuiti sebanyak itu yang akan memberikan mereka kuasa mengawal.

"Ia tetap sumbang, pelik, janggal lagi membahayakan jika pihak yang bakal mengambil alih pegangan 30 peratus itu bukan Blackrock sekalipun. Keputusan ini seumpama memberi hak untuk menjaga pintu rumah kita kepada seseorang yang dicurigai," katanya.

Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam mencabar PN menutup semua kilang milik Blackrock di Kedah dan Kelantan yang dipimpin oleh pakatan pembangkang.

Nik Nazmi mengkritik pihak yang menurutnya mempolitikkan isu berkaitan Blackrock Inc, dan menyorot bahawa isu itu tidak ditimbulkan ketika PN berkuasa.

"Jadi saya nak cabar kalau ada orang PN yang nak minta kita tidak berurusan dengan mereka (Blackrock) langsung, maka mereka juga kena cepat cepat tutup kilang-kilang tersebut.

“Biar pekerja-pekerja tu hilang kerja. Dan kita boleh bincang,” kata nya semasa kempen PH di Sungai Bakap.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/blackrock-isu-sebenar-jual-pegangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 380 hits
LANGSUNG DARI PARLIMENSEPANJANG sidang dewan berlangsung pagi ini khususnya ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab dan memberi penjelasan berhubung isu penjualan saham Malaysia Aiport Holdings Berhad kepada Global Insfrastructure Par...
Isu Blackrock Adalah Perangkap Buat Pembangkang Mereka Terperangkap

Isu Blackrock Adalah Perangkap Buat Pembangkang Mereka Terperangkap

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 191 hits
Hujung Mei bulan lepas GM dah ulas isu Blackrock dan beberapa syarikat multi mega yang lain sebagai pengurus aset Kami berdiam diri lihat gelagat masing2 di kalangan pembangkang Seperkara yang kalian tak tahu yang mencanangkan isu Blackrock...
Info Pegangan Blackrock Dalam Ekonomi Malaysia

Info Pegangan Blackrock Dalam Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 508 hits
INFO ABU MISKHATNo Pegangan Ekuiti BlackRock Kepentingan Nilai Ringgit1 Public Bank 2 75 2 349 bilion2 Maybank 1 88 2 162 bilion3 CIMB 2 07 1 426 bilion4 TNB 1 32 860 juta5 Press Metal Aluminium Holdings 1 62 625 juta6 CelcomDigi 1 03 526 j...
Anwar Bidas Pihak Guna Isu Blackrock Untuk Kepentingan Politik

Anwar Bidas Pihak Guna Isu Blackrock Untuk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 325 hits
Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi dulu bidas PM AnwarHarapandailyDatuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak tertentu yang menunggang isu penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport...
Kj Adalah Egen Blackrock Enable Yang Sebenar

Kj Adalah Egen Blackrock Enable Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 304 hits
Dia ingat bila dia taktau orang lain semua pun taktau The world does not revolve around you lah Amboi Khairy Jamaluddin terpaling sangat dah rupanya kantoi dia lah ejen BlackRock enabler yang sebenar Pertama sekali genocide di sana tu dari ...
Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan

Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 644 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kewujudan kilang berkaitan Blackrock di Kedah dan Kelantan tidak boleh disamakan dengan perancangan pengambilalihan Malaysia Airport Holdings Berhad Menurutnya pelabura...
Tak Berdiam Diri Azizulhasni Awang Bersuara Isu Baju Sukan Olimpik Negara

Tak Berdiam Diri Azizulhasni Awang Bersuara Isu Baju Sukan Olimpik Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 355 hits
Sejak kebelakangan ini peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati terhadap design pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan agak ketinggalan dan membosankan Tidak terkecuali jaguh berbasikal trek negara...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B