Isu Kuil Mekanik Dipenjara 2 Bulan Gagal Patuhi Arahan Polis


THE MALAYSIAN TIMES 

PETALING JAYA: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai oleh pihak polis pada Rabu lalu, iaitu dua hari selepas kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shamis Samsuri, 29, selepas dia mengaku bersalah berada dalam perhimpunan yang menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan gagal mematuhi arahan bersurai pihak polis.

Kejadian itu didakwa dilakukan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Usaha, Subang Jaya pada 1.15 pagi, 28 Nov lalu mengikut Seksyen 151 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitannya pada hari ini.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, pengadu, Inspektor M. Ganesh melihat sekumpulan lelaki Melayu berkumpul di hadapan kuil sebelum pihak polis mengeluarkan arahan bersurai sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, selepas arahan diberikan, tertuduh didapati masih berada di kawasan itu sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tujuan siasatan.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, R.M Pavethren, 19, seorang juruteknik yang terlibat dalam kes sama turut dijatuhi hukuman denda RM4,800 atas dua pertuduhan mengabaikan perintah pihak polis yang bertugas mengawal lalu lintas serta gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan dijalankan dan mengabaikan perintah anggota polis, Koperal Riza Ahmad Abdul Khalid yang bertugas mengawal dan menyelia lalu lintas di kawasan kuil iaitu di Jalan Harmoni, Putra Heights, di sini, pada 1.15 pagi, 28 Nov lalu.

Bagi kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan, dia didenda RM3,500 atau empat bulan penjara manakala bagi kesalahan mengabaikan perintah polis, remaja itu dikenakan hukuman denda RM1,500 atau dua bulan penjara, sekiranya denda gagal dibayar.

Pertuduhan bagi gagal mengemukakan kad pengenalan dilakukan mengikut Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Sementara itu, bagi kesalahan mengabaikan perintah polis, dia didakwa mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib @ Hamid, Shafiq Hasim, Amir Nasruddin dan Fairuz Johari manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.– Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/isu-kuil-mekanik-dipenjara-2-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 681 hits
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil SeafieldPihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield
Isu Kuil Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula Beri Kuasa Penuh Kepada Polis

Isu Kuil Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula Beri Kuasa Penuh Kepada Polis

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 335 hits
SUBANG JAYA Kabinet bersetuju menarik semula moratorium ke atas beberapa akta yang sedang dikaji semula susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Seafield di sini Isnin lalu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata per...
Polis Ambil Keterangan Exco Selangor Berkaitan Isu Kuil Petang Ini

Polis Ambil Keterangan Exco Selangor Berkaitan Isu Kuil Petang Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 242 hits
Polis ambil keterangan exco Selangor berkaitan isu kuil petang ini Dikemas kini 27 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3
Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 618 hits
Diterbitkan 26 Nov 2018 3 53 petangLima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi melibatkan dua kumpulan bangsa India...
Kami Tiada Kaitan Dalam Isu Kuil Bekas Pengarah Mct Penduduk One City

Kami Tiada Kaitan Dalam Isu Kuil Bekas Pengarah Mct Penduduk One City

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 379 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 9 01 malamBekas pengarah MCT Berhad Tong Seech Wi berkata beliau tidak terlibat dalam isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman yang mencetuskan rusuhan Beliau mengeluarkan kenyataan selepas gambarnya dengan seorang lag...
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 409 hits
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas
Mp Bn Ph Bersatu Sokong Usul Tergempar Isu Rusuhan Kuil

Mp Bn Ph Bersatu Sokong Usul Tergempar Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 332 hits
Diterbitkan 27 Nov 2018 9 18 malamAnggota parlimen Malaysia hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik masing masing dan bersatu hati menyampaikan usul tergempar bagi membincangkan insiden rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman di...
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Bukan Isu Perkauman Tun M

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Bukan Isu Perkauman Tun M

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman sebaliknya ia berkaitan pemindahan kuil Perdana Menteri berkata polis sudah diarahkan untuk ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta