Mp Bn Ph Bersatu Sokong Usul Tergempar Isu Rusuhan Kuil


M Fakhrull Halim & Ng Xiang YiDiterbitkan 27 Nov 2018, 9:18 malam

Anggota parlimen Malaysia hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing dan bersatu hati menyampaikan usul tergempar bagi membincangkan insiden rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Dalam sidang media di parlimen petang ini, kira-kira 20 anggota parlimen dari kerajaan, pembangkang dan bebas sama-sama menyatakan sokongan terhadap usul itu.

Usul di bawah peraturan mesyuarat perkara 18(1) itu dihantar secara berasingan oleh wakil BN iaitu Anggota Parlimen Beluran Dr Ronald Kiandee dan wakil Pakatan Harapan (PH) Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, usul yang dihantarnya telah diterima oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan akan dipertimbangkan untuk dibahas pada Khamis ini.

“[...] Kami telah berkumpul sebagai satu tanda solidariti tanpa kepartian untuk menunjukkan bahawa semua ahli parlimen menganggap perkara ini perlu diberi penekanan khusus dan perlu kita rungkai bersama dalam suasana keharmonian dan kita perlu bergerak ke hadapan.

“[...] Kami meminta semua rakyat Malaysia bersabar dalam keadaan ini dan tidak menyebar maklumat yang tidak sahih dan tidak benar. [...] Pastikan kita tidak membantu menyebar di media sosial maklumat palsu dan tidak benar yang cuma akan memburukkan keadaan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen BN, PH dan bebas antaranya Johari Abdul (PH PKR-Sungai Petani), Ramkarpal Singh (PH DAP-Bukit Gelugor), Alice Lau Kiong Yieng (PH DAP-Lanang), Abdullah Sani Abdul Hamid (PH PKR-Kapar), Noh Omar (BN Umno-Tanjong Karang) dan Shahidan Kassim (BN Umno-Arau).

Selain itu, Noor Azmi Ghazali (bebas-Bagan Serai), Mas Ermieyati Samaudin (Bebas-Masjid Tanah), Charles Anthony Santiago (PH DAP-Klang), P Prabakaran (PH PKR-Batu), SN Rayer (PH DAP-Jelutong) dan Maria Chin Abdullah (PH PKR-Petaling Jaya) turut hadir sidang media itu.

Terdahulu, sidang media oleh anggota parlimen BN turut diadakan bagi menghebahkan tentang usul serupa yang dihantar lebih awal.

Sidang media itu dihadiri oleh wakil-wakil BN antaranya Ismail Sabri Yaakob (Umno- Bera), Halimah Sadique (Umno- Kota Tinggi), M Saravanan (MIC- Cameron Highlands) dan Dr Shamsul Anuar Nasarah (Umno- Lenggong).

Ismail ketika bercakap kepada pemberita menyuarakan kebimbangannya bahawa insiden rusuhan itu berpotensi untuk merebak ke seluruh negara sekiranya tidak dikawal dengan segera.

“Ini tidak baik untuk masa depan negara. Selama ini kita kekal bertoleransi dan aman, kita bimbang perkara ini diambil kesempatan oleh pihak tertentu dan menjadikan sebagai isu perkauman.

“Perkara ini perlu dibincangkan di parlimen oleh semua pihak sama ada pembangkang atau kerajaan, kerana semuanya tidak boleh menerima perkara ini berlaku,” tambahnya lagi.

Rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman yang bermula pagi Isnin lalu dan berlarutan hingga ke awal pagi tadi menyebabkan 23 kenderaan rosak dan dibakar.

Sebuah lori bomba turut dirosakkan, sementara seorang anggota bomba perubatan cedera parah dipukul perusuh.

Setakat ini polis telah menahan 21 individu bagi membantu siasatan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/mp-bn-ph-bersatu-sokong-usul-tergempar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 780 hits
Diterbitkan 26 Nov 2018 3 53 petangLima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi melibatkan dua kumpulan bangsa India...
Memahami Isu Rusuhan Kuil Viral Di Usj Selangor

Memahami Isu Rusuhan Kuil Viral Di Usj Selangor

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1557 hits
Memahami Timeline isu Sri Maha Mariamman Temple Hicom 1 Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil...
Lelaki Melayu Ini Kongsi Kisah Sayu Apabila Menyapa Jiran Berbangsa India Ketika Isu Rusuhan Kuil

Lelaki Melayu Ini Kongsi Kisah Sayu Apabila Menyapa Jiran Berbangsa India Ketika Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1171 hits
Artikel ini telah diambil dari fb Insiden yang berlaku ini memberi kesan mendalam buat ramai pihak seperti perkongsian kali ini Pada awalnya dia hanya menegur jirannya berbangsa India seperti biasa namun respon diterima sungguh tak disangka...
Jangan Sibuk Share Melulu Di Fb Group Whatsapp Isu Rusuhan Kuil

Jangan Sibuk Share Melulu Di Fb Group Whatsapp Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 432 hits
Mana mana pihak seharusnya tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh 8216 membakar 8217 sentimen perkauman serta menjejaskan ketenteraman awam dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Su...
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 512 hits
Terkini Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Isu Kuil Seafield Dalang Rusuhan Tidak Akan Terlepas
Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 413 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 11 33 malam Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusi Lim Wei Jiet berkata pihaknya bimbang dengan keputusan kerajaan membenarkan penggunaan Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Mah...
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Bukan Isu Perkauman Tun M

Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Bukan Isu Perkauman Tun M

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 459 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman sebaliknya ia berkaitan pemindahan kuil Perdana Menteri berkata polis sudah diarahkan untuk ...
Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 394 hits
DEWAN RAKYAT Usul tergempar mengenai insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor Pembentangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin Amira Othman

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa