Kami Tiada Kaitan Dalam Isu Kuil Bekas Pengarah Mct Penduduk One City


Diterbitkan 27 Nov 2018, 9:01 malam

Bekas pengarah MCT Berhad Tong Seech Wi berkata beliau tidak terlibat dalam isu pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman yang mencetuskan rusuhan.

Beliau mengeluarkan kenyataan selepas gambarnya dengan seorang lagi eksekutif tersebar di media sosial. Gambar itu diiringi dengan hantaran yang mendakwa mereka mengupah samseng untuk mendesak pemindahan itu.

"Saya mendapat tahu gambar saya disebar di media sosial, mengaitkan saya dengan tanah di mana Kuil Sri Maha Mariamman terletak.

"Saya menafikan seabrang penglibatan dengan kejadian yang berlaku mutakhir ini.

"Saya berhenti dari MCT Bhd pada Februari 2018 ketika saya menjual majoriti saham dalam syarikat itu. Saya sudah tidak menjadi pengarah sejak letak jawatan pada 28 Februari 2018.

"Maka saya tidak lagi ada sebarang perhubungan dengan pengurusan atau operasi MCT Berhad atau subsidiarinya, One City Development Sdn Bhd," katanya.

One City Development adalah pemilik tanah tapak kuil itu.
Tong berkata beliau terkejut dengan insiden yang berlaku sejak Isnin lalu.

"Saya menggesa semua pihak untuk kekal bertenang dan menyelesaikan perkara ini secara baik."

Awal tahun ini, MCT dibeli oleh syarikat Filipina, Ayala Corporation.

'Sky Park tiada kaitan'

Sementara itu, penduduk di Sky Park@One City berkata mereka juga tiada kaitan dengan isu pemindahan kuil yang berusia lebih seratus tahun itu.

Ia selepas perusuh menyerang dan merosakkan bangunan MCT Tower awal pagi tadi, yang merupakan sebahagian daripada Sky Park@One City.

Jawatankuasa pengurusannya berkata bangunan itu dibina oleh One City Properties Sdn Bhd, yang tiada kaitan lagi dengan MCT Bhd atau subsidiarinya One City Development Sdn Bhd.

"One City Properties Sdn Bhd dijual oleh MCT pada Disember 2017. MCT Bhd atau One City Development Sdn Bhd bukan pemilik Sky Park@One City.

Menurut laporan, MCT Bhd menjual One City Properties Sdn Bhd kepada Bra Ventures Sdn Bhd.

Kata jwatankuasa itu lagi, MCT Tower juga menempatkan syarikat lain.

"Semua hartanah dan unit di One City di USJ25 adalah milik individu, dan diuruskan oleh tiga badan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam Akta Hakmilik Strata 2013," katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/kami-tiada-kaitan-dalam-isu-kuil-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
One City Unit Owners Distance Themselves From One City Development And Mct

One City Unit Owners Distance Themselves From One City Development And Mct

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 435 hits
File photo of armed police guarding MCT Tower in Subang Jaya BernamaSUBANG JAYA The joint management bodies for the OneCity USJ 25 complex held a press conference stating that the early Tuesday morning attack on the building by rioters was ...
Ex Mct Director One City Residents Disassociate From Temple Matter

Ex Mct Director One City Residents Disassociate From Temple Matter

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 623 hits
Former MCT Bhd director Tong Seech Wi today clarified that he was not involved in the Seafield Sri Maha Mariamman temple relocation issue which had triggered rioting This was after a photograph of him and another executive was circulated on...
Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City

Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Menteri Industri Utama Teresa Kok digesa untuk membuat laporan polis mengenai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pemaju One City Development Sdn Bhd yang terbabit dalam penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Sub...
Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 964 hits
Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK 26 NOVEMBER 2018 SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menan...
Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 497 hits
Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150 000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya kelmarin Menteri Dalam Negeri Tan Sri...
Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

Gambar Perusuh Merosakkan Bangunan One City Kawasan Kuil Sri Maha Mariammam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 786 hits
Tindakan kumpulan perusuh merosakkan bangunan yang dipercayai milik pemaju One City Development Sdn Bhd disifatkan sesuatu yang melampau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau kecewa dengan apa yan...
Saya Rayu Pdrm Siasat Siapa Berucap Di Kuil Sebelum Rusuhan Di One City Presiden Mic Tan Sri Vigneswaran

Saya Rayu Pdrm Siasat Siapa Berucap Di Kuil Sebelum Rusuhan Di One City Presiden Mic Tan Sri Vigneswaran

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 516 hits
Kes rusuhan di bangunan pemaju One City yang berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman Foto MalaysiaDateline Serangan ke atas bangunan milik pemaju One City Development Sdn Bhd dan kecederaan dialami seorang anggota Bomba tempohari dipercayai ter...
Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 330 hits
MARANG PAS menegaskan bahawa perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tiada kaitan langsung dengan isu perbalahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Selangor Sebaliknya ...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda