Isu Kuil Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula Beri Kuasa Penuh Kepada Polis


SUBANG JAYA: Kabinet bersetuju menarik semula moratorium ke atas beberapa akta yang sedang dikaji semula susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield di sini, Isnin lalu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu bagi memberi kuasa penuh kepada polis melaksanakan undang-undang sedia ada.
Katanya, perkara itu diusulkan sendiri oleh beliau dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
“Moratorium sebelum ini membabitkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan 1948.
“Ini juga termasuk beberapa undang-undang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jemaah Menteri bersetuju tarik semula moratorium semua undang-undang berkenaan, Jumaat lalu,” katanya pada sidang media ketika melawat kuil Sri Maha Mariamman Seafield, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.
Ini katanya, moratorium sedia ada menyekat pihak berkuasa dan keselamatan daripada melaksanakan undang-undang berkenaan kerana ia dalam proses dikaji semula atau dihapuskan.
“Tetapi dalam keadaan semasa dengan apa yang sedang dan berlaku sekarang, terutama yang berkaitan dengan kes kuil ini, Kabinet bersetuju membenarkan polis bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Ini kerana kita ada instrumen undang-undang yang cukup berkesan dan pihak polis memerlukan satu panduan untuk mereka melaksanakan tugas menjaga keamanan dan keselamatan awam,” jelas beliau.
Tambah beliau, jika undang-undang berkenaan masih pada status moratorium, polis terpaksa mengambil tindakan yang terlalu berhati-hati sehingga membayangkan polis tiada kuasa dan boleh mendorong pihak tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan.
The post Isu Kuil: Status Moratorium Beberapa Akta Ditarik Semula, Beri Kuasa Penuh Kepada Polis appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/isu-kuil-status-moratorium-beberapa-akta-ditarik-semula-beri-kuasa-penuh-kepada-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kuil Mekanik Dipenjara 2 Bulan Gagal Patuhi Arahan Polis

Isu Kuil Mekanik Dipenjara 2 Bulan Gagal Patuhi Arahan Polis

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 381 hits
THE MALAYSIAN TIMES PETALING JAYA Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai oleh pihak polis pada Rabu lalu iaitu dua hari selepas kejadian rus...
Polis Tangkap Siapa Tular Berita Palsu Rusuhan Kuil Siasat Bawah Akta Hasutan

Polis Tangkap Siapa Tular Berita Palsu Rusuhan Kuil Siasat Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 388 hits
Polis membuka empat kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 berkaitan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman USJ 25 Subang Jaya Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya menerima empat laporan polis yang menerima kesan aki...
Insiden Kuil Polis Buka 4 Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

Insiden Kuil Polis Buka 4 Kertas Siasatan Di Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 296 hits
December 2 2018 7 49 AMKetua Polis Selangor Mazlan Mansor berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang cuba pecahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini SHAH ALAM Polis membuka 4 kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1...
Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

Menteri Tegur Cara Polis Tangani Isu Rusuhan Di Kuil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 740 hits
Diterbitkan 26 Nov 2018 3 53 petangLima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi melibatkan dua kumpulan bangsa India...
Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

Hakam Gesa K Jaan Tak Guna Akta Hasutan Isu Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 401 hits
Diterbitkan 2 Dis 2018 11 33 malam Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusi Lim Wei Jiet berkata pihaknya bimbang dengan keputusan kerajaan membenarkan penggunaan Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Kuil Seafield Sri Mah...
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir L Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 764 hits
Pihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil SeafieldPihak Polis Menjelaskan Isu Vir l Seorang Polis Terlibat Dalam Rusuuhan Kuil Seafield
Muhyiddin Akta Hasutan Boleh Digunakan Dalam Isu Kuil

Muhyiddin Akta Hasutan Boleh Digunakan Dalam Isu Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 443 hits
Beliau berkata kabinet juga setuju dengan penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
Polis Ambil Keterangan Exco Selangor Berkaitan Isu Kuil Petang Ini

Polis Ambil Keterangan Exco Selangor Berkaitan Isu Kuil Petang Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 341 hits
Polis ambil keterangan exco Selangor berkaitan isu kuil petang ini Dikemas kini 27 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 3
Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 412 hits
Anggota polis mengarahkan kumpulan berada berhampiran kuil untuk beredar Sinar Harian
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Why Dr M Was Right About Anwar

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu