Isteri Mangsa Tetak Tak Sangka Makan Malam Berakhir Tragedi


DUNGUN, 12 Feb (Bernama) — Isteri kepada buruh yang maut ditetak awal pagi tadi tidak menyangka niat suaminya untuk menemani suspek berakhir dengan tragedi yang memilukan.
Rosnah Muhamed, 34, berkata suspek sering mengadu kepada suaminya, Mohd Zukanain Abdul Aziz, 39, bahawa dia kesepian kerana tinggal berseorangan di rumah.
“Jadi suami bawa saya dan lima anak ke rumah suspek untuk menemaninya makan malam, malah saya yang memasak hidangan,”katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun di sini hari ini.
“Selepas makan malam, saya dan suami serta dua anak duduk dalam kereta kerana saiz rumah suspek kecil manakala tiga lagi anak saya duduk di beranda rumah sebelum suspek menebas belukar di bukit berdekatan rumahnya dalam pukul 11 malam,” tambahnya.
Rosnah berkata tidak lama selepas itu suspek bercerita kepada suaminya yang dia boleh bercakap dengan tuhan, boleh nampak dajjal, dan macam-macam lagi benda ghaib, yang menyebabkan suaminya bertanya kepada suspek sama ada dia mempunyai masalah untuk dikongsikan.
“Tetapi dia kata tak ada masalah…suami saya tak sedap hati panggil anak untuk balik. Tiba-tiba dia jadi macam semakin pelik, suami ada pegang parang dia pun ada pegang parang…dia meluru ke arah suami dan libas parang di tengkuk
“…saya terus hubungi sepupu nak minta tolong tapi dia meluru ke arah saya pula namun sempat tahan dengan tangan,” katanya yang turut menerima beberapa jahitan di pergelangan tangan kirinya akibat tetakan itu.
Dalam kejadian 2.45 pagi tadi, Mohd Zukanain maut manakala Rosnah cedera akibat ditetak rakan kenalan mereka yang juga buruh warga Indonesia dalam kejadian di rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Beril dekat Paka.
Suspek yang berusia 29 tahun berjaya diberkas polis kurang dari enam jam selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Dungun, pagi esok bagi siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA
The post Isteri Mangsa Tetak Tak Sangka Makan Malam Berakhir Tragedi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/12/isteri-mangsa-tetak-tak-sangka-makan-malam-berakhir-tragedi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Anniversary Di Cafe Racer

Makan Malam Anniversary Di Cafe Racer

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 477 hits
Assalamualaikum KONONNYA semasa hari ulangtahun perkahwinan Sk yang lepas Sk bercadang untuk memasak sendiri sesuatu yang istimewa sebagai hidangan makan malam kami tiga beranak Walapun hari bekerja dan hari pergi ke Senai namun Sk bertekad...
Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 789 hits
Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Yang Segar Dan Sedap Jom tengok lauk makan malam kita orang makan makan santai dengan family tersayang Lepas ambil si kecil balik sekolah menengah masa dah dekat pukul 7 00 malam Anak bongsu saya ni kuat...
Makan Malam Di Mr Kb Cyberjaya

Makan Malam Di Mr Kb Cyberjaya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 674 hits
Letihnya badan Tedi bangun awal pagi pun masih keletihan Tapi Tedi tetap mengambil peluang ini untuk mencoret sesuatu kerana pengalaman semalam rugi jika dibiarkan begitu sahaja Kisah bermula apabila kami kelaparan dan mengisi minyak di Cyb...
Bila Suami Baik Dengan Isteri Insyaallah Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka

Bila Suami Baik Dengan Isteri Insyaallah Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 656 hits
Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya Kena ganti absorber Macam macam kena ganti Yerlah dah sampai waktunya Teruk dah rasanya Ya Allah kasihan bidadari dan anak anak selalu guna kereta ni Tak bagitahu apa apa ...
Majlis Makan Malam Syed Sadiq Siapa Punya Angkara

Majlis Makan Malam Syed Sadiq Siapa Punya Angkara

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 861 hits
Teloq sapa sangkut kat pagaq Majlis makan malan Syed saddiq di Ulu Tiram telah di ganggu lebih 200 orang Hmmmpphh salah siapa yek Ada pro dan kontra di sini Tetapi ini lebih kepada usaha pihak pihak tertentu untuk menunjukkan kelemahan pent...
Akibat Salah Sangka Walaun Orang Gila Jadi Mangsa

Akibat Salah Sangka Walaun Orang Gila Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 343 hits
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki Mohd Zulkifli Ali 33 yang videonya tular kerana dilihat memijak Al Quran supaya dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental Perintah itu dikeluarkan oleh ...
Bakal Bergelar Isteri Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood

Bakal Bergelar Isteri Malam Berinai Zahirah Macwilson Bertemakan Bollywood

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 686 hits
Spekulasi berkenaan majlis pernikahan pelakon cantik yang Zahirah Macwilson dengan aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza seakan menemui jawapan apabila majlis malam berinai Zahirah berlangsung meriah malam ini Bertemakan Bollywood Zahirah c...
Coronavirus Pesakit Diberikan Makan Malam Sup Kura Kura

Coronavirus Pesakit Diberikan Makan Malam Sup Kura Kura

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 333 hits
CHINA Para pesakit yang dikuarantin di sebuah hospital di Wuhan dihidangkan dengan daging kura kura untuk jamuan malam Hidangan hari ini termasuk daging labi labi kata seorang pesakit yang diasingkan dalam rakaman video yang dikeluarkan ole...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Belajar Menerima Pandangan Mereka

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Lama Tak Update Blog

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Jemputan Dihantar Kepada Kepemimpinan Tinggi Pas Namun Tiada Wakil Yang Hadir Dakwa Bersatu

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet