Makan Malam Anniversary Di Cafe Racer
Assalamualaikum..
KONONNYA, semasa hari ulangtahun perkahwinan Sk yang lepas, Sk bercadang untuk memasak sendiri sesuatu yang istimewa sebagai hidangan makan malam kami tiga beranak. Walapun hari bekerja dan hari pergi ke Senai, namun Sk bertekad untuk singgah ke pasaraya Aeon Taman U bagi mencari kepingan daging steak atau kambing yang telah siap diperap. Di rumah sebenarnya ada stok sirloin yang Pak Inche beli di pasaraya NSK tetapi kepingan dagingnya terlalu nipis sehingga ia agak kering bila telah masak
Namun, niat baik Sk itu telah dibangkang sekeras-kerasnya oleh Iman
"Kan anniversary, takkanlah bonda nak masak. Suruhlah babah belanja," rungut Iman
Eleh, Sk tahu, sebenarnya dia malaslah tu nak kena kemas dan cuci pinggan mangkuk lepas makan, alasan! Tapi dalam masa yang sama, fikir jugak. Bila dah penat memasak tu memang dah tak ada selera nak makan. Bukan sahaja tak ada selera nak makan, malah nak senyum pun dah tak larat, hahahahahahaha
Jadi, tempat pilihan Sk ialah Cafe Racer
Ini kali ketiga kami datang ke sini, kali pertama semasa sambut anniversary ke 18. Kali kedua, semasa sambut hari jadi Sk tahun 2018, jadi ini kali ketigalah
Baru sedar tak pergi café ni tahun lepas
Nampak tak begitu istimewanya tempat ini sehingga tidak boleh datang selalu, hahahahahahaha
SAMBUT ANNIVERSARY DI CAFE RACER
SAMBUT BIRTHDAY DI CAFE RACER
Huiiiiii.. kerusi baruuuuu. Mula nak duduk dekat sini, rasa macam duduk dalam barber shop ko, hahaha. Sekali, kaki tak boleh masuk bawah meja sebab meja tu dari tayar lori yang disusun bertingkat-tingkat, jadi rasa tak selesa, mahu cramp peha kalaa duduk di situ, hahaha
Hiasan dalamannya bertambah tapi masih mengekalkan konsep dunia permotoran sesuailah dengan namanya Café Racer. Kali ini kami duduk di tingkat bawah. Mungkin kerana hari bekerja, tidak ramai pelanggan hanya kami tiga beranak dan sepasang pasangan pakwe makwe, huhuhu. Tak pastilah kalau di tingkat atas ada pelanggan, tapi rasanya memang tak ada
Kalau dulu, ada air botol kosong (sky juice) diberi percuma tapi sekarang dah tak ada. Paling koman ada Hot Lemon tanpa gula macam yang Sk pesan ni, haha. Pak Inche ambil Root Beer Float dan Iman macam biasa kegemarannya kalau di sini ialah Ice Cream Milk Shakes
Comel giler tengok hiasan atas Milk Shakes tu. Ada tiga pilihan MS di sini iaitu, Grease Monkey iaitu campuran mentega kacang, ais krim dan pisang, Chocolocco Oreo (cips coklat, ais krim dan biskut oreo) dan Strawberry Cheese Cake. Pilihan Iman setiap kali ke mari tentunya iaitu campuran buah strawberry, ais krim dan cheese cake, wallaweiiii
Dua pilihan Finger Snacks sebab Iman kata dia tak nak menu berat sebab dah dua kali makan hari tu. Tengahari, Spaghetti Bolognese Meatball dan petang tu pulak makan nasi lauk asam pedas ikan selar di rumah nenek. Macam biasa, wajib ambil Fried Onion Blossom yang kembang setaman tu, hahah. Dulu pencicahnya ada tiga, sekarang ada satu jer pulak. Tapi memang kami suka dip dengan sos putih ni pun
Yang bulat-bulat macam kuih cucur badak tu, Ozzy's Fried Cheese. Hurmmm, dahlah minum cheese cake, makannya pulak fried cheese. Ada segala macam keju dalam tu iaitu cheddar, mozzarella, cream cheese, parmesan dan pomodoro. Pomodoro tu cheese jugak ke?? Entahhh.. hahaha
Sk agak, nama sos pencicah tu la...sebab dia ala ala sos tomato
Hidangan anniversary untuk Pak Inche, Grill Chicken Chop yang dihidang bersama sayur campuran, kentang putar dan sos, sos apa, lupa nak tanya, hehehe
Rasa ayam tu sedap, kentang putar tu pun rasa original bukan rasa tepung, adalah rasa kentang kasar-kasar sikit
Last but not least, wajib ada pasta
Pilihan Sk, seafood.. sekali dia guna sotong NSK laaaaaaaaaa
Seafood yang ada sotong ring frozen dan udang kicik-kicik
Pastanya sedap rasa creamy dan sedikit pedas gitu
Nak ke sini lagi?? Tunggu 2021 pulak, hahahahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/02/makan-malam-anniversary-di-cafe-racer.html