Bila Suami Baik Dengan Isteri Insyaallah Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka



Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya. Kena ganti absorber. Macam-macam kena ganti. Yerlah dah sampai waktunya. Teruk dah rasanya. Ya Allah, kasihan bidadari dan anak-anak selalu guna kereta ni. Tak bagitahu apa-apa pun. Senyap jer

Begitulah sifat wanita. Selagi boleh tak nak susahkan suami. Semua mereka buat sendiri. Ya Allah… Sebab tu jika isteri kita dah minta sesuatu. Dah sampai dia cakap, maknanya tak boleh tangguh dah. Mereka sebahagian dari diri kita. Mereka tanggungjawab kita. Kita kalau nak sesuatu terus dapatkan. Charger phone takde je terus cari. Isteri kita? Kadang-kadang mereka nak sesuatu yang tak mahal pun, tapi berbulan baru dapat

Fahami mereka dan sayangilah mereka kerana Allah. Jangan kdekut. Jangan pentingkan diri sendiri. Seorang wanita pergi mana-mana bawa anak berderet-deret dalam nak beli barang atau ambil anak sekolah. Mereka senyap je. Ikhlas je kerana Allah. Saya ni pun tak mampu nak buat macam tu

Termenung juga sebenarnya. Pasti ada rahmat dan kebaikan Allah nak bagi ni. Takdir Allah. Terdiam fikir dan saya ambil kertas tulis apa lagi yang patut saya ikram dan mudahkan isteri saya. Ya Allah ampunkan saya. Sedang tulis apa saya nak buat untuknya kerana Allah


Hadiah kita kepada isteri dapat pahala sedekah. Bahkan sedekah yang besar pahalanya dan utama. Bila kita sedekah Allah tambah rezeki dan beri kesihatan dan beri kematian yang baik

Takdir Allah, tiba-tiba sekejap tadi seorang Haji datang servis kereta. Tak kenal pun. Saya beri salam dan berbual dengannya. Cerita betapa penting setiap orang buat dakwah. Hidupkan Islam. Di mana pun kita duduk Allah hantar kita untuk kenalkan manusia pada Allah. Seluruh penyelesaian masalah sikap manusia ialah Islam. Sunnnah Nabi SAW

Dia tengok je saya. Dan kata;
“Ustaz Ebit Lew kan? Saya rasa macam kenal sangat tapi tak tahu di mana. Saya dah lama nak cari ustaz. Saya nak buat empat siri program team building atau motivasi untuk syarikat saya. Biasa tiga hari dua malam macam tu. Staf saya tengah cari konsultan. Saya fikir dah selalu buat yang aktiviti dan biasa-biasa. Ini memang program tahunan

Saya teringin yang menerapkan jiwa agama. Saya rasa bersalah dan kasihan tengok staf kadang-kadang solat pun tidak. Curi tulang. Masuk kerja lambat. Dan macam-macam lagi ustaz. Ramai juga ada masalah keluarga. Ya Allah teringin biar mereka ada sedikit risau akhirat. Saya yakin bila kita jaga agama, Allah jaga kita. Ustaz memang buat program macam tu kan?”
“Yer tuan haji. Syukur pada Allah. Kerja training dan motivasi ini semenjak dulu. Yang penting saya doa semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan keampunan buat diri saya dan keluarga dan manusia seluruh alam.”
“Boleh ustaz bagi nombor telefon. Nanti staf saya telefon”
“Baik tuan haji”
“Ustaz free tak tarikh sekian-sekian”
“InsyaAllah haji. Allah bantu dan mudahkan”
Saya terus mesej bidadari saya dan kata terima kasih sayang. Terus kata terima kasih Allah. Ya Allah tak sampai 5 minit sebak kenangkan kebaikan isteri kerana Allah. Allah terus beri rezeki tak sangka-sangka

Sumber: Ustaz ebit lew

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/bila-suami-baik-dengan-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak Anak Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 538 hits
Gambar Sekadar HiasanPesanan buat para suami janganlah terlalu berkira dengan anak anak dan isteri Selagi boleh berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri Ini kerana ...
Rezeki Datang Tidak Putus Putus Ikuti Amalan 7 Suami Isteri Ini Sehingga Menjadi Kaya Raya

Rezeki Datang Tidak Putus Putus Ikuti Amalan 7 Suami Isteri Ini Sehingga Menjadi Kaya Raya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 723 hits
Gambar HiasanJika sebelum ini kita rasa rezeki kita macam tak cukup ada saja yang tak kena Salahnya mungkin ada pada kita sendiri Memang betul kita kena bersyukur tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah Namun ...
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 520 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 399 hits
Isteri bekerja isteri berniaga isteri ada pendapatan sendiri NAFKAH TETAP KENA BAGI Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri tak kis...
Salah Satu Punca Rezeki Sempit Sebab Suami Suka Menipu Isteri

Salah Satu Punca Rezeki Sempit Sebab Suami Suka Menipu Isteri

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 875 hits
Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak balik selepas beberapa tahun bersama Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja Terlalu menjaga d...
Isteri Mengandung Suami Sama Sama Tambah Bonus Ibadah Baik Untuk Kandungan

Isteri Mengandung Suami Sama Sama Tambah Bonus Ibadah Baik Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 392 hits
Ketika sedang hamil emosi seorang isteri tidak stabil Mudah tersentuh hatinya juga senang terusik Tahu tahu menangis Itu adalah normal suami harus sabar menanganinya Menurut terdapat beberapa amalan yang sangat bagus diamalkan oleh suami is...
Suami Isteri Saling Muafakat Amalkan Potong Kuku Urut Pasangan

Suami Isteri Saling Muafakat Amalkan Potong Kuku Urut Pasangan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 285 hits
Apabila masing masing sibuk bekerja dan sebagainya masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan Paling malang sekali jika langsung tiada masa yang boleh dicuri untuk menghabiskan masa bersama sama Menurut terdapat 10 aktiviti yang ...
Bila Suami Isteri Enggan Lagi Lakukan Seks

Bila Suami Isteri Enggan Lagi Lakukan Seks

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 1060 hits
Pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka Antara soalan yang sering diajukan ialah adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama sedangkan mereka baru berkahwin Gambar hiasan ...
Seni Asmara Panduan Suami Isteri

Seni Asmara Panduan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 729 hits
Tips dan Panduan Suami Isteri Berikut adalah tips tips panduan suami isteri yang boleh diamalkan oleh suami isteri untuk menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga Tips supaya suami lebih disayangi isteri dan begitu juga sebaliknya Selain it...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game