Isteri Banyak Berdikari Suami Jangan Pula Lepas Tangan Di Kemuncak Depresi Isteri Anak Boleh Jadi Mangsa


Isteri suka berdikari memang tidak dinafikan memudahkan pelbagai urusan rumah tangga. Tapi para suami jangan pula ambil kesempatan dan lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan.
Encik Akhtar Syamir @ Bro Ohsem, berkongsi ada di kalangan warganet bergelar ibu pernah meninggalkan komen yang amat menyedihkan pada posting Facebook beliau. Desakan depresi yang melampau, wanita itu cuba melemaskan anak. Ada juga yang bertindak memukul anak, takut untuk tidur malam & meracau. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kes 1. “Saya pernah cuba lemaskan dia dalam besen…Hampir hilang dah dia…”
Kes 2. “Saya rasa saya ada penyakit meroyan. Sampai tahap pukul anak – anak saya. Saya takot sangat, tido malam pun sampai meracau…”
Itu antara kata – kata dua orang Ibu kepada saya.

Kes 1 sudah di tahap genting, kes 2 pula adalah adalah permulaan kepada depresi yang teruk. Jika kita masih ingat, pada bulan Jun 2018 negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu mengelar anaknya yang berumur 1 tahun sehingga meninggal dunia.
Apa sebenarnya depresi? Depresi ialah satu penyakit yang serious tetapi biasa terjadi. Ia akan memberi kesan terhadap perasaan seseorang, cara berfikir dan perilakunya. Depresi akan menyebabkan perasaan sedih yang teruk dan seperti kehilangan harapan.
Tanda – tanda depresi Perasaan sedih dan tertekan Hilang perasaan seronok kepada sesuatu yang pernah disukai Perubahan selera makan (berat naik atau turun) Masalah untuk tidur atau tidur yang berlebihan Kehilangan tenaga dan kepenatan Sentiasa membuat pergerakan tangan seperti kegelisahan atau mundar mandir. Pergerakan dan percakapan menjadi perlahan sehingga disedari oleh orang lain Rasa bersalah atau rasa tidak berguna. Mempunyai masalah untuk berfikir, memberi tumpuan atau masalah untuk membuat keputusan. Ada memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri. Jika anda sering mengalami tanda – tanda seperti ini lebih dari jangkamasa 2 minggu, cepat – cepatlah dapatkan bantuan pakar.
Menurut kajian, depresi lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki.
Di sini datangnya bahaya depresi seorang isteri dan ibu. Kerana ianya dikhuatiri akan membahayakan anak – anak. Di dalam konteks kaum Melayu, kita namakan ini sebagai meroyan.
Selain genetik dan personaliti asal, faktor persekitaran juga menyumbang kepada terjadinya depresi. Sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Mari kita fokus kepada faktor di rumah. Di samping karenah anak – anak, tidak dinafikan depresi boleh berpunca dari suami sendiri.
Gambar hiasan. SAYA TIDAK BUAT APA PUN! Bila seseorang ibu mengalami depresi, jika ditanya kepada si suami mengapa isteri begitu, pasti jawapannya “saya tak buat apa pun !”. Sebenarnya itulah antara penyebabnya. Tidak buat apa – apa pun.
Ini pendedahan sikap suami yang boleh menyumbang kepada penyebab depresi.
TIADA KERJASAMA URUS RUMAH Pinggan makan sendiri jarang sekali dibasuh. Dapur pun jarang usik. Berat tangan untuk bantu kosongkan sinki selepas isteri penat memasak.
Tandas tidak terjaga. Sentiasa si isteri yang akan mencucinya. Kalau 3 bulan, 3 bulan la kotor macam tu.
Rumah pula dibiarkan bersepah tidak bersapu dan berkemas sehinggalah isteri yang selesaikan semuanya. Bila ada tetamu nak datang pun masih santai dan biar isteri terbongkok – bongkok mengemas demi menjaga maruah keluarga.
Ada yang sehingga anak ke 5 baru belajar menggunakan mesin basuh. Itu pun kerana terpaksa. Lipat kain pastu satu perkara yang sangat asing.
Jangan cerita bab tanggungjawab. Kerja – kerja rumah ini bukan 100% terletak kepada isteri. Berhenti jadikan ia alasan murahan untuk menjadi lelaki yang pemalas.
Gambar hiasan. TIDAK PEDULI PELAJARAN ANAK           Ada juga yang mengadu kepada rakan – rakan bagaimana suami mereka langsung tidak ambil peduli mengenai pembelajaran anak dan membiarkan si isteri menguruskan segalanya. Ini sememangnya akan menambahkan beban mental kepada isteri. Ini bukan lagi soal membuka aib, tetapi ini telah masuk ke kategori mendapatkan bantuan dan nasihat.
KEPERLUAN ROHANI ISTERI Masuk pula bab “Keperluan Rohani” pula. Ini bukan keperluan asas seperti makan dan pakai. Tetapi keperluan dalam diri isteri. Keperluan supaya suami menjadi seorang suami kepadanya.
Contoh keperluan rohani isteri adalah seperti menjaga isteri, membelai isteri, meneman isteri, menjadi penglipur lara isteri, ada bila saat diperlukan, memeluk isteri bila semangatnya jatuh dan lain – lain lagi. Nampak macam banyak kan? Tapi ketahuilah yang isteri sentiasa sedia untuk buat lebih dari ini.
Gambar hiasan. ALANGKAH BAGUS KALAU SUAMI ADA DISISI Saya pernah nampak dengan mata saya sendiri bagaimana seorang ibu membawa 3 orang anak termasuk 1 bayi untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan. Dengan hujan yang agak renyai, hanya yang bayi berada di dalam stroller yang tertutup tetapi tidak sepenuhnya manakala dua lagi anak kecil beliau rapat mengikuti di belakang berjalan kaki sendikit mendaki untuk ke pintu klinik kesihatan. Saya hanya sempat mengangkat stroller bayi beliau sahaja.
Betul, ibu dan isteri ini pandai berdikari. Tetapi alangkah bagusnya jika ada suami di sisi untuk membantu? Kita boleh bersangka baik, mungkin suaminya outstation dan sebagainya. Tetapi kesusahan itu tetap si isteri perlu tanggung seorang diri. Pandai berdikari tak semestinya perkara semua jadi senang bagi mereka.
Percayalah, kalau suami buat atau sekurang – kurangnya cuba untuk memenuhkan gelas keperluan rohani si isteri, usah kata depresi, berkerut kening dan mengeluh pun akan sukar terjadi.

SUAMI BOLEH JADI SALAH SATU PUNCA DEPRESI ISTERI Jadi, adakah suami boleh menjadi punca isteri atau ibu menghidap depresi? Jawapannya YA.
Namun begitu, suami juga boleh menjadi punca kepada isteri yang bahagia, yang penyayang, yang setia dan yang menjadi ibu yang baik untuk anak – anak.
Anda sebagai suami nak pilih menjadi punca yang mana satu? Punca depresi atau punca kebahagiaan? Pilihan di ego masing – masing. Jangan sesekali memandang ringan depresi isteri.
Kepada yang tidak melalui pengalaman – pengalaman yang tidak baik sebegini diharap jangan mengecam mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini setiap hari. Kita tidak berada di tempat mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa.
Semoga keluarga kita dilindungi dari kejadian – kejadian yang buruk.
Jika mahu, tinggalkan kata – kata semangat buat Puan yang pm saya ni supaya dia boleh baca dan tenangkan hatinya. Saya sudah pm link artikel ini kepada beliau.
Sumber: Akhtar Syamir @ Bro Ohsem
The post Isteri Banyak Berdikari, Suami Jangan Pula Lepas Tangan. Di Kemuncak Depresi Isteri, Anak Boleh Jadi Mangsa ! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/isteri-banyak-berdikari-suami-jangan-pula-lepas-tangan-di-kemuncak-depresi-isteri-anak-boleh-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sentap Tangan Anak Sentapan Kuat Boleh Menyebabkan Siku Teralih

Jangan Sentap Tangan Anak Sentapan Kuat Boleh Menyebabkan Siku Teralih

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 366 hits
Ia mungkin tidak banyak berlaku tetapi kecuaian boleh mengundang keadaan ini Pulled elbow atau sendi siku teralih boleh terjadi tanpa disengajakan Pulled elbow kerap terjadi pada kanak kanak yang berusia lima tahun ke bawah Ia adalah keadaa...
Kepada Suami Jagalah Isteri Anda Masa Berpantang Jika Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak Dara

Kepada Suami Jagalah Isteri Anda Masa Berpantang Jika Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak Dara

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 880 hits
Selesai saja tempoh berpantang suami complaint isteri tak lagi cantik macam dulu Wah Bukan main suami ya isteri sebenarnya boleh jadi lebih cantik dari anak dara kalau suami pandai jaga sepanjang isteri melalui tempoh berpantang Nak suami l...
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 753 hits
Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Jangan Sakiti Isteri Anak Anak Kerana Doa Mereka Ajaib Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup dikelilingi hutang dan rezeki seolah olah tersekat cuba renung renungkan diri anda A...
Anak Banyak Ragam Tanda Mereka Stres Jangan Marah Tapi Faham Dulu Perasaannya

Anak Banyak Ragam Tanda Mereka Stres Jangan Marah Tapi Faham Dulu Perasaannya

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 486 hits
Membesarkan anak pada masa ini tidak semudah ketika kita sewaktu kecil dahulu Ini kerana terdapat pelbagai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa Dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya sedikit sebanyak mendatangkan tekanan ata...
Suami Tergamak Bela Sah Isteri Hanya Kerana Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah

Suami Tergamak Bela Sah Isteri Hanya Kerana Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 516 hits
KUALA TERENGGANU Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan kepada seorang peniaga atas pertuduhan memukul dan mengugut bunuh isterinya Difahamkan kejadian berpunca hanya disebabkan isterinya menyur...
Suami Kalau Betul Ikhlas Sayang Isteri Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Akhir Hayat

Suami Kalau Betul Ikhlas Sayang Isteri Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Akhir Hayat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 572 hits
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika Memang awal pernikahan kita mengharapkan sgt kehadiran zuriat Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang perio...
Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 542 hits
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh Bayi dan kanak kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari Sama s...
Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 968 hits
Selalu ibu ibu bila ada anak kecil tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan kawan Puan dan suami berkongsi cara solat dengan bayi sebagai panduan untuk ibu bapa lain yang mempunyai anak ...
Suami Isteri Maut Dua Anak Cedera Kereta Langgar Pokok

Suami Isteri Maut Dua Anak Cedera Kereta Langgar Pokok

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 624 hits
02 Februari 2019 2 51 PM KANGAR Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas kereta yang dipandu anak lelaki pasangan itu terbabas sebelum melanggar sebatang poko
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii