Israelkoyak Mampukah Kita Menghadapi Serangan Mereka


Israel koyak atau Malaysia yang koyak?

PETALING JAYA: Seorang aktivis Israel, Emily Schrader melalui penulisannya di The Jerusalem Post baru-baru ini menyentuh mengenai Malaysia, khususnya tentera bawang atau bawang rangers, dalam konflik Israel-Palestin.

Dalam videonya di Twitter juga, Schrader menyebut beberapa laman facebook termasuk Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) dan Cinta Gaza Malaysia kelolaan Nadir Al-Nuri ‘mengetuai’ serangan siber terhadap rejim Zionis.

TTKM yang memiliki jutaan pengikut dakwanya, telah mengajak ahli kumpulannya untuk mencabuli, godam dan ‘membunuh’ suara digital pro-Israel.

“Dalam kes saya, saya menerima lebih daripada 100,000 sebutan di Twitter dari Malaysia. Kumpulan lain yang bekerjasama dengan TTKM adalah Cinta Syria Malaysia (CSM), dengan 300,000 pengikut, dan organisasi saudaranya, Cinta Gaza Malaysia, yang dikendalikan oleh seorang rakyat Malaysia di Gaza, Nadir al-Nuri.

“Nadir sendiri memiliki jaringan Telegram yang mempunyai lebih 256,000 pengikut, yang diaktifkannya selama operasi untuk melakukan buli siber, memberikan senarai akaun pro-Israel untuk digodam dan ditutup,” dakwanya dalam tulisan tersebut.

Tulisan beliau bertajuk The cyber threat the Hamas-Malaysia front poses to Israel – opinion itu turut mempersoalkan sama wujud ‘barisan hadapan digital’ antara pergerakan Hamas dan Malaysia.

Dakwanya, bukti menunjukkan ada kemungkinan.

“Semasa operasi pada Mei lalu, IDF (Israel Defense Force) mengumumkan sasaran mereka terhadap aktivis Hamas di mana sahaja, termasuk, khususnya, Malaysia. Kita tahu Malaysia telah terbukti menjadi ‘kawan baik’ kepada Hamas,” dakwanya.

Dalam penulisan itu, Schrader menyebut Hamas sebagai ‘Hamas terrorists’ (pengganas Hamas).

“Sejak 10 Mei lalu, ‘troll’ anti-Israel dari Malaysia melancarkan serangan buli siber yang teratur dan terkoordinasi untuk mengancam, menutup suara dan mengganggu kehidupan harian penduduk Israel.

“Dengan menggunakan tanda pagar #IsraelKoyak, aktivis ini bertindak menyebarkan akaun peribadi dan awam Israel secara besar-besaran untuk menutup suara-suara pro-Israel.

“Lebih membimbangkan, aktivis ini juga mengadakan kempen yang diselaraskan untuk menggodam akaun media sosial dengan suara pro-Israel (termasuk saya) dan mengunci akaun mereka. Ini bukan hanya ‘hacktivisme’ atau buli siber, ini perang – dan mempunyai akibat yang mendalam,” katanya.

Sebagai contoh dakwanya, ‘troll’ dari Malaysia memperoleh nombor telefon peribadi Jurucakap Arab IDF, Avichay Adraee, dan ‘mengundi’ akaun WhatsAppnya semasa operasi ketenteraan berkenaan.

Selain itu tulisnya, mereka memperoleh nombor telefon seorang pegawia kanan kerajaan dari Kementerian Hal Ehwal Strategik, memaksanya menukar nombor telefon.

“Dari segi mengganggu tokoh awam, rakyat Malaysia meninggalkan ribuan komen kebencian pada kenyataan Gal Gadot (bintang Hollywood warga Israel) di media sosial, yang akhirnya mendorongnya menutup semua komen,” katanya.

Gadot menerusi satu hantaran di media sosial berkata, dia kecewa kerana ‘negaranya’ kini di dalam peperangan.

Gadot dikatakan pernah berkhidmat sebagai anggota tentera IDF selama dua tahun.

Menurut Schrader, kumpulan-kumpulan yang disebutkan itu menggunakan platform media sosial untuk menyerang pengguna di paltform tersebut ‘secara jahat’.

“Sejauh ini, platform media sosial tidak melakukan apa-apa untuk menutupnya. Bagaimana Facebook boleh membenarkan platform mereka sendiri untuk menampung kumpulan yang terdiri daripada setengah juta orang yang menggunakan kumpulan itu untuk tujuan menyerang kumpulan lain?

“Bagaimana kempen setengah juta tweet yang semuanya digunakan secara eksklusif untuk mengganggu satu kumpulan orang tertentu tidak disedari oleh Twitter? Ia tidak boleh diterima,” katanya.

Katanya, syarikat media sosial mesti mengambil tindakan secara aktif memantau gangguan yang disasarkan daripada saluran-saluran Malaysia dan menutupnya.

“Twitter, Facebook, Telegram dan WhatsApp mesti mengelakkan penyalahgunaan platform mereka dan pengguna lain di dalamnya. Sudah tiba masanya untuk menutup ‘barisan hadapan’ Hamas-Malaysia,” katanya. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/israelkoyakmampukah-kita-menghadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksis Di Industri Hiburan 10 Artis Ini Ternyata Kuliah Di Jurusan Yang Berbeda Dengan Karier Mereka

Eksis Di Industri Hiburan 10 Artis Ini Ternyata Kuliah Di Jurusan Yang Berbeda Dengan Karier Mereka

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 315 hits
Dari jurusan yang mempelajari kinerja otak manusia hingga jurusannya belum ada Indonesia Ada yang bisa menebak
Hiburan Kita Berbulan Berkurung Tapi Mereka Chef Wan Kesal Warga Asing Bebas Berkumpul

Hiburan Kita Berbulan Berkurung Tapi Mereka Chef Wan Kesal Warga Asing Bebas Berkumpul

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 264 hits
Selebriti chef terkenal Chef Wan meluahkan rasa tidak senang hati dan bimbang melihat kebebasan warga asing untuk berkumpul dan beriadah ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan penularan COVID 19 Adve...
Kitajaga Co Hubungkan Mereka Yang Memerlukan Dengan Bantuan Yang Ingin Diberikan Secara Maya

Kitajaga Co Hubungkan Mereka Yang Memerlukan Dengan Bantuan Yang Ingin Diberikan Secara Maya

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 351 hits
Tersentuh nasib segelintir masyarakat dibelenggu masalah hingga mengalami kesempitan hidup dalam situasi pandemik COVID 19 ketika ini sekumpulan pakar perisian dan teknologi maklumat tempatan tampil membangunkan aplikasi padanan bantuan Apl...
Kenapa Mereka Benci Sangat Dengan Muhyiddin

Kenapa Mereka Benci Sangat Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 278 hits
Pakatan Harapan benci Muhyiddin Yassin sebab mereka hilang kuasa selepas memerintah hanya selama 660 hari sahaja dan mereka menyalahkan Muhyiddin kerana kejatuhan kerajaan Pakatan Orang orang tertentu dalam Umno pula benci pada Muhyiddin di...
Jika Gps Cerdik Mereka Tawar Menawar Jawatan Tpm

Jika Gps Cerdik Mereka Tawar Menawar Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 272 hits
Episod penarikan sokongan oleh parti terbesar yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional iaitu Umno telah secara teknikalnya menumbangkan pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin Bagi KEADILAN Sarawak dalam keadaan yang berkecam...
Bila Mereka Nak Ke Penjara Khas

Bila Mereka Nak Ke Penjara Khas

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 144 hits
MOHD MUKHLISSemalam Menteri Wilayah boleh syok menziarah mantan PM di rumah siap berjamu jamuan lagi Sedangkan rakyat biasa nak balik ziarah ibu bapa pun tak boleh dia ini memang tiada rasa empati dalam hati Ini bukan kali pertama dia langg...
Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 442 hits
SHAH ALAM Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada telah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid 19 sehingga kini Menurutnya tidak ada juga negara yang berputus asa ...
Wan Rosdy Musang King Pekebun Yang Mahu Ambil Barangan Mereka Perlu Kebenaran Jpnp

Wan Rosdy Musang King Pekebun Yang Mahu Ambil Barangan Mereka Perlu Kebenaran Jpnp

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diperlukan sekiranya pekebun pekebun haram durian musang king di Hutan Simpanan Kekal Batu Talam Raub mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik m
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023