Ismail Sabri Tidak Hasrat Cabar Permohonan Sprm Lucut Hak Wang Lebih Rm169 Juta


Ismail Sabri Tidak Hasrat Cabar Permohonan SPRM Lucut Hak Wang Lebih RM169 Juta
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Setiausaha Politiknya Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mahadi berkata kedua-dua responden (Ismail Sabri dan Mohammad Anuar) melalui peguam mereka telah menghantar surat bertarikh 28 Ogos lepas kepada mahkamah bagi menyatakan pendirian terbabit.
“Pihak kami memohon supaya satu warta pihak ketiga di bawah Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009 dikeluarkan untuk permohonan ini dan kami akan cuba untuk menyegerakan proses tersebut,” katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri dan Mohammad Anuar mengesahkan kandungan surat berkenaan.
Suzana kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang tunai berkenaan dan menetapkan 1 Okt depan untuk sebutan lanjut.
“Saya benarkan warta dikeluarkan kepada pihak ketiga sekiranya pihak berkenaan ada kepentingan terhadap harta-harta yang disenaraikan. Saya kekalkan tarikh bicara (untuk pihak ketiga hadir di mahkamah) pada 1 Okt depan,” katanya.
Amer Hamzah turut memohon supaya kehadiran kedua-dua responden dikecualikan pada tarikh itu dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.
Dalam pada itu, Mahadi ketika dihubungi Bernama berkata sekiranya tiada pihak ketiga hadir pada prosiding 1 Okt, wang berkenaan (RM169 juta) akan dilucutkan hak kepada kerajaan.
Pada 7 Julai lepas, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang didakwa milik Ismail Sabri, yang disita daripada Mohammad Anuar kepada kerajaan Malaysia.
Jumlah itu meliputi RM14,772,150; SG$6,132,350; US$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.
Permohonan dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 setelah berpuas hati bahawa wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan berkait dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.
SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahli Parlimen Bera itu.
Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan Februari lepas.
BACA: Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air? Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat Sumber: Bernama
The post Ismail Sabri Tidak Hasrat Cabar Permohonan SPRM Lucut Hak Wang Lebih RM169 Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/ismail-sabri-tidak-hasrat-cabar-permohonan-sprm-lucut-hak-wang-lebih-rm169-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Sah Hak Milik Kerajaan

Rm170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Sah Hak Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 3113 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan wang berjumlah kira kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sah menjadi hak milik kerajaan
Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1702 hits
SPRM Sita Barang Kemas RM1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter KUALA LUMPUR 14 Sept Barang kemas seberat 3 2 kilogram bernilai RM1 6 juta antara pelbagai barangan berharga disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor daripada enam in...
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 7644 hits
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih RM60 Juta Pampasan Kepada Pemilik PUTRAJAYA 12 Sept Pihak pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur telah membayar RM62 57 juta pampasan kepada pemilik dan pihak berkepentingan ...
850 Ribu Penerima Penghargaan Sara Belanja Lebih Rm50 Juta Pada Hari Pertama

850 Ribu Penerima Penghargaan Sara Belanja Lebih Rm50 Juta Pada Hari Pertama

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3945 hits
850 Ribu Penerima Penghargaan SARA Belanja Lebih RM50 Juta Pada Hari Pertama Hari pertama pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan Sehingga jam 9 3...
Pageviews Blog Cecah 60 Juta Lebih Perjalanan Panjang Seorang Blogger

Pageviews Blog Cecah 60 Juta Lebih Perjalanan Panjang Seorang Blogger

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 6238 hits
Lama eh tak update pageviews blog ni Dulu agak rajinlah juga update pencapaian seorang blogger Tapi lepas pageviews menjunam sejak berubah ubah algorithm hujung tahun 2023 sampailah sekarang terus malas dah nak ambil peduli Kenapa entah dia...
Bekas Pelajar Saman Mantan Guru Lebih Rm1 Juta

Bekas Pelajar Saman Mantan Guru Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3439 hits
KOSMO GAMBAR Sekolah Menengah Compassvale Singapura Foto Google MapsSINGAPURA Seorang lelaki berusia 27 tahun di Singapura menyaman bekas guru sekolah menengahnya di mahkamah atas tuduhan fitnah dan kecuaian sebagai seorang pendidik lapor p...
Ismail Sabri May Still Be Charged Despite Forfeiting Monies Agc

Ismail Sabri May Still Be Charged Despite Forfeiting Monies Agc

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1140 hits
The Attorney General s Chambers has confirmed receiving the full MACC probe report on a case involving RM170 million linked to former prime minister Ismail Sabri Yaakob and his former political secretary Anuar Yunus In a statement today the...
Penerangan Tentang Ismail Sabri

Penerangan Tentang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1007 hits
Zulqarnain Lokman Ramai orang tidak puas hati kenapa DS Ismail Sabri tidak didakwa di Mahkamah Baru baru ini Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Adlan Adam Muhammad juga telah dilepaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubaha...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik