850 Ribu Penerima Penghargaan Sara Belanja Lebih Rm50 Juta Pada Hari Pertama


850 Ribu Penerima Penghargaan SARA Belanja Lebih RM50 Juta Pada Hari Pertama
Hari pertama pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan.
Sehingga jam 9.30 malam tadi, sekitar 850,000 penerima telah berbelanja melebihi RM50 juta.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa sambutan tinggi pada hari pertama menyebabkan sistem pembayaran melalui rangkaian MyKasih mengalami transaksi mendadak. Keadaan itu menjejaskan prestasi di beberapa lokasi.
“Sambutan tinggi daripada penerima Penghargaan SARA hari ini telah menyebabkan sistem mengalami transaksi mendadak.
“Susulan daripada itu, sistem terminal pembayaran yang dikendalikan melalui rangkaian MyKasih telah mengalami penurunan prestasi yang ketara di beberapa lokasi,” jelas MOF menerusi satu kenyataan.
Meskipun begitu, MOF menjelaskan bahawa walaupun sistem telah beroperasi dengan lebih perlahan, transaksi masih diterima dan diproses.
“Kementerian Kewangan (MOF) dan MyKasih telah mengambil langkah untuk meningkatkan kapasiti sistem supaya pada esok hari, 1 September 2025, rakyat dapat terus membuat pembelian melalui SARA dengan lancar tanpa gangguan.
“Bagi memastikan sistem kembali stabil dan bersedia untuk rakyat meneruskan perbelanjaan melalui SARA pada 1 September 2025, pihak MyKasih akan melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem pada malam ini,” tegas MOF.
Dalam pada itu, MOF turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna serta memberi jaminan untuk terus memantau pelaksanaan inisiatif ini.
Difahamkan, bilangan transaksi pada hari ini adalah jauh lebih tinggi berbanding pengalaman sebelum ini. Sehingga 30 Ogos 2025, pelaksanaan bulanan SARA hanya mengendalikan purata sekitar 600,000 transaksi harian.
Kementerian itu juga mengingatkan bahawa kredit RM100 one-off Penghargaan SARA masih sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
Sumber: Kementerian Kewangan BACA: Penghargaan SARA Gagal Diproses, Ini Penjelasan MyKasih Foundation
Sumber: Kementerian Kewangan
The post 850 Ribu Penerima Penghargaan SARA Belanja Lebih RM50 Juta Pada Hari Pertama appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/01/850-ribu-penerima-penghargaan-sara-belanja-lebih-rm50-juta-pada-hari-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna

Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1250 hits
Lee Chong Wei Imbau Gelanggang Pertama Ucapan Hari Merdeka Sarat Makna Setiap kali tiba 31 Ogos semangat kemerdekaan sentiasa menjadi titik penyatuan rakyat Malaysia Tahun ini sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sekali lagi meriah de...
Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 5450 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi mencatat sejarah apabila lebih 100 000 pengunjung hadir sejak awal pagi untuk bersama sama meraikan detik bersejarah negara Sambutan Hari Kebangsaan meriah Memetik laporan daripad...
Penghargaan Sara Gagal Diproses Ini Penjelasan Mykasih Foundation

Penghargaan Sara Gagal Diproses Ini Penjelasan Mykasih Foundation

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 939 hits
Penghargaan SARA Gagal Diproses Ini Penjelasan MyKasih Foundation Beberapa pasar raya dilaporkan kecoh hari ini apabila ramai pelanggan terpaksa meninggalkan troli penuh dengan barangan selepas sistem pembayaran MyKasih gagal berfungsi Masa...
Sejahtera Madani Kumpul Rm120 Juta Atasi Sasaran Awal Rm50 Juta

Sejahtera Madani Kumpul Rm120 Juta Atasi Sasaran Awal Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1441 hits
KUALA LUMPUR 24 Julai Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI berjaya meraih sumbangan hampir RM120 juta Jumlah itu melebihi lebih dua kali ganda sasaran awal RM50 juta dan ia sekali gus menunjukkan sokongan padu sektor swasta terhad...
Mykasih Boosts System As Sara Recipients Cash Out Rm50 Million

Mykasih Boosts System As Sara Recipients Cash Out Rm50 Million

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2509 hits
Overwhelming response on the first day of disbursement caused slowdowns of the payment terminal system the finance ministry said System capacity will be increased to ensure the MyKasih payment terminal system will operate smoothly from tomo...
Sweet Intan Najuwa Dedah Suami Sentiasa Lindungi Sayangi Sejak Hari Pertama Kahwin

Sweet Intan Najuwa Dedah Suami Sentiasa Lindungi Sayangi Sejak Hari Pertama Kahwin

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 504 hits
Setiap pasangan pasti ada cerita cinta mereka yang tersendiri begitu jugalah dengan perjalanan hidup Intan Najsuna dan suami tercinta Dari awal perkenalan hingga diijabkabulkan sebagai suami isteri setiap detik yang dilalui terasa begitu be...
Bekas Pelajar Saman Mantan Guru Lebih Rm1 Juta

Bekas Pelajar Saman Mantan Guru Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3393 hits
KOSMO GAMBAR Sekolah Menengah Compassvale Singapura Foto Google MapsSINGAPURA Seorang lelaki berusia 27 tahun di Singapura menyaman bekas guru sekolah menengahnya di mahkamah atas tuduhan fitnah dan kecuaian sebagai seorang pendidik lapor p...
Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sempena Cuti Hari Kebangsaan

Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sempena Cuti Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3840 hits
PLUS Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sempena Cuti Hari Kebangsaan KUALA LUMPUR 28 Ogos PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2 2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya esok dan 1 Sept ini sempena sambutan Hari Ke...
Penghargaan Sara Bukan Penyelesaian Tunggal Tambahan Kepada Str Mysara Pm Anwar

Penghargaan Sara Bukan Penyelesaian Tunggal Tambahan Kepada Str Mysara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1085 hits
Penghargaan SARA Bukan Penyelesaian Tunggal Tambahan Kepada STR MySARA PM Anwar KUALA LUMPUR 7 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian Sumbangan Asas Rahmah RM100 secara sekali beri kepada individu berumur 18 tahun k...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Beef Recipe Italian

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam