Islam Syiah Dan Perlembagaan




BARU-BARU ini, kita dikecohkan dengan serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor di markas Syiah Hauzah ar-Ridha di Gombak, Selangor dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor di markas Syiah di sebuah rumah agam di Taman Bukit Kempas, Johor.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) adalah antara salah satu badan yang telah mengecam tindakan jabatan agama yang menyerbu markas-markas Syiah di samping beberapa badan bukan kerajaan yang lain.
Suhakam berpandangan bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan apa yang dimaksudkan sebagai Islam serta tidak menetapkan mazhab atau aliran pemikiran tertentu dalam amalan Islam di Malaysia.
Sebagai pengamal undang-undang, saya berpendapat pandangan Suhakam sedikit tersasar dan kurang tepat. Memang benar, Perkara 3 Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di negara ini. Walaupun Perlembagaan adalah diam dan tidak mendefinisikan secara spesifik mazhab yang perlu diikuti oleh orang Islam di Malaysia, namun terdapat beberapa peruntukan perundangan negeri-negeri yang menyentuh aspek ikutan dan rujukan mazhab bagi negeri-negeri di Malaysia.
Kuasa sultan
Memandangkan agama Islam di bawah bidang kuasa sultan dan negeri, jadi amat wajar untuk Perlembagaan Persekutuan dibaca secara bersama dengan Perlembagaan Negeri serta peruntukan undang-undang syariah negeri.
Secara umumnya, mazhab yang menjadi rujukan di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berpandukan kepada peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan negeri. Contohnya, Perlembagaan negeri Kedah, Kelantan dan Perlis secara khusus menyatakan bahawa agama Islam bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah agama rasmi negeri dan sultan mesti bermazhab tersebut. Perlembagaan Negeri Perak pula menyatakan agama Islam adalah agama rasmi negeri dan bermazhab Shafi’i.
Selain itu, hampir kesemua enakmen negeri mentafsirkan hukum syarak sebagai undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang muktabar dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Daripada aspek fatwa, khususnya perkara berkaitan fiqh dan akidah, enakmen negeri memperuntukkan rujukan pada mazhab apabila sesuatu keputusan fatwa hendak dibuat iaitu dengan merujuk kepada mazhab Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
Kedudukan mazhab Ahli Sunaah Wal Jamaah turut disokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996 bahawa ia adalah mazhab yang diiktiraf dan merangkumi aspek syariah, akhlak dan akidah.
Selain itu, mahkamah sivil dan syariah di Malaysia juga secara tidak langsung mengiktiraf mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai rujukan dalam kerangka undang-undang di Malaysia.
Kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah secara jelas merujuk kepada mazhab Ahli Sunaah Wal Jamaah sebagai asas kepada penghakiman.
Dalam kes Pendakwa menentang Abd Talib Harun dan Lain-lain (1995), mahkamah syariah memutuskan hukum syarak yang diamalkan di Johor (dan Malaysia) merujuk kepada mazhab Shafi’i dan tertuduh yang kononnya mengaku bermazhab Syiah Imamiah tertakluk dengannya.
Malah, mahkamah sivil turut mengiktiraf perkara itu dalam beberapa kes yang diputuskan. Contohnya, dalam kes sivil T Saravanan menentang R Subashini (2007), Mahkamah Rayuan Sivil menjelaskan mazhab yang diiktiraf di negara ini adalah merangkumi mazhab Shafi’i, Hanafi, Hanbali dan Maliki.
Jadi sudah jelas walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan mazhab yang perlu diamalkan oleh orang Islam di Malaysia, namun Perlembagaan Negeri serta peruntukan-peruntukan syariah negeri mempunyai pendefinisian spesifik terhadap pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.
Jika pertubuhan dan penganut Syiah ingin mempertahankan hak mereka, saya berpendapat ada satu cara untuk berbuat demikian iaitu dengan mencabar semua peruntukan undang-undang anti-Syiah di Malaysia sebagai tidak berperlembagaan di Mahkamah Persekutuan.
Kes itu bakal menjadi satu ‘pertempuran’ yang sangat menarik untuk dilihat.* Haeme Hashim ialah pengamal undang-undang di Kuala Lumpur dan pemerhati senario politik negara
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/48147/KOLUMNIS/Islam-Syiah-dan-perlembagaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/17/islam-syiah-dan-perlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajaran Syiah Sekatan Jais Tepati Syariat Dan Perlembagaan

Ajaran Syiah Sekatan Jais Tepati Syariat Dan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 236 hits
Dr Mohd Soberi Awang Umat Islam perlu sekat fahaman Syiah bagi perkasa rahmatan lil alamin1 MAJLIS Ulama ISMA menyokong tindakan tegas JAIS yang menyekat sebarang doktrin bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama ah yang cuba dipaksa ke atas...
Islam Is Islam Constitution Does Not Specify Sunni Or Syiah Islam Ex Judge Warns Against Bully Raids

Islam Is Islam Constitution Does Not Specify Sunni Or Syiah Islam Ex Judge Warns Against Bully Raids

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 255 hits
Former Court of Appeal judge Hishamudin Yunus said it was wrong for the authorities to detain Syiah Muslims as Article 3 of the Federal Constitution does not state which branch of Islam was official I will just approach this issue as a form...
Perlembagaan Tidak Takrifkan Islam Sunni Atau Shiah

Perlembagaan Tidak Takrifkan Islam Sunni Atau Shiah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 198 hits
Dilaporkan semalam mantan Hakim Mahkamah Rayuan Hisyamuddin Yusnus berkata dalam satu majlis di Suhakam bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mentakrifkan Islam yang menjadi agama bagi persekutuan di negara ini sebagai Sunni atau Shi...
Suara Melayu Islam Lebih Dominan Suara Kabinet Minoriti

Suara Melayu Islam Lebih Dominan Suara Kabinet Minoriti

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 396 hits
Kalau nak boikot saya tidak boleh buat apa apa NadzimKempen beli produk muslim BMFNADZIM JOHANHasnurul Mohamed05 September 2019KUALA LUMPUR Kempen ini sebenarnya mudah sahaja Sokong peniaga yang bayar zakat Itu pandangan Ketua Aktivis Persa...
S Nurhaliza Terima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 Wajarkah

S Nurhaliza Terima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 Wajarkah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 344 hits
HALAMAN HIBURANSiti diiktiraf selebriti Islam berpengaruhKL Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 pada sebuah majlis di ibu negara malam tadi Siti Nurhaliza Tarudin 40 menerima anuger...
Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 457 hits
Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita Mungkin itu antara kata kata yang biasa kedengaran bagi mereka yang masih bujang Lebih lebih apabila usianya sudah menjangkau 30 an Sudah pasti hal tersebut sedikit menggusarkan hatinya...
Penyanyi Nothing Compares 2u Akhirnya Memeluk Islam Undur Dari Industri Muzik

Penyanyi Nothing Compares 2u Akhirnya Memeluk Islam Undur Dari Industri Muzik

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 313 hits
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2 U dan The Pogues Rainy Night in Soho Gambar Twitter RTEOne HALAMAN HIBURANMengejutkan Penyanyi Nothing Compares 2U Akhirnya Memeluk Islam Be...
Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

Utamakan Produk Muslim Jalan Bantu Bangunkan Ekonomi Islam

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 359 hits
DR AHNAD SANUSI AZMI Utamakan produk muslim jalan bantu bangunkan ekonomi IslamRASULULLAH memuji kaum al Asy ariyyin yang mempunyai sikap yang sangat istimewa Kaum al Asy ariyyin ini adalah bangsa yang suka membantu kaumnya sendiri Sabda Ra...
Jual Anak Di Wechat Bagaimana Dari Sudut Islam

Jual Anak Di Wechat Bagaimana Dari Sudut Islam

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 312 hits
ZHAO dilihat membawa anaknya yang baru dilahirkan keluar dari sebuah hospital bersalin di timur China FOTO Jiangsu Public ChannelBEIJING Seorang bapa di bandar Suqian China menjual anak perempuannya yang baru dilahirkan kepada pasangan yang...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris