Ajaran Syiah Sekatan Jais Tepati Syariat Dan Perlembagaan


Dr Mohd Soberi Awang Umat Islam perlu sekat fahaman Syiah bagi perkasa rahmatan lil 'alamin

1. MAJLIS Ulama ISMA (MUIS) menyokong tindakan tegas JAIS yang menyekat sebarang doktrin bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang cuba dipaksa ke atas umat Islam di Malaysia, khususnya dalam isu serbuan terhadap penganut sesat ajaran Syiah di Gombak baru-baru ini

2. Tindakan tegas itu selaras dengan antara peranan serta tanggungjawab utama ulil amri iaitu memelihara umat Islam daripada sebarang fahaman bid’ah atau sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat 41:
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُور
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Oleh itu, mencegah fahaman sesat antaranya seperti ajaran Syiah adalah memenuhi tanggungjawab nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah

3. MUIS ingin menegaskan bahawa perbezaan antara kita (Sunni) dan ajaran Syiah bukanlah pada perkara-perkara furu’ (cabang), tetapi ia membabitkan berkaitan perkara-perkara usul (asas) dalam akidah seorang Muslim. Bagaimana mungkin kita boleh menerima mereka yang langsung tidak menghormati bahkan menghina sahabat Nabi ﷺ

Bagaimana mungkin kita mengiktiraf mereka yang menokok tambah serta menyelewengkan isi kandungan al-Quran? Bagaimana mungkin kita menerima mereka yang mengangkat manusia (imamah Syiah) melebihi para Rasul sendiri? Inilah antara fahaman akidah sesat ajaran Syiah yang cuba diserap ke dalam diri umat Islam

4. Fahaman kononnya negara Malaysia tidak menentukan bentuk Islamnya berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (PP) adalah suatu tuduhan tidak berasas. Memahami Islam di Malaysia menurut PP bukanlah sekadar merujuk teks berkenaan, tetapi perlu juga melihat kepada undang-undang negeri kerana secara umumnya perkara berkaitan Islam adalah di bawah kuasa Negeri(Jadual Kesembilan, PP)

Di sebut dalam Seksyen 2, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 bahawa yang dimaksudkan ‘Hukum Syarak’ ialah “mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali” atau yang disebut dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagai “mazhab yang diiktiraf”

5. Selain itu juga, autoriti berkaitan tafsiran Islam di Malaysia adalah di bawah kuasa mufti-mufti atas perkenan Sultan. Mufti Selangor pada 24 September 1998 dan terbaru pada Oktober 2013 telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Syiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang perlu disekat sepenuhnya

Fatwa itu berdasarkan penyelewangan yang dibawa oleh ajaran ini pada sudut akidah, Syariah dan lain-lain. Oleh itu, serbuan yang dilakukan JAIS adalah berperlembagaan merujuk kepada Seksyen 12(C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Maka ajaran Syiah bukanlah salah satu daripada mazhab pegangan Islam di Malaysia

6. Seruan mereka supaya Malaysia mengikuti ‘The Amman Message’ yang dikeluarkan pada tahun 2004 juga adalah satu seruan yang mengelirukan. Bukankah mereka sendiri yang menyeru supaya Islam di Malaysia diamalkan berdasarkan keadaan, suasana dan adat masyarakat yang tersendiri atau disebut sebagai Fiqh Malizi

Tiba-tiba pada hari ini, mereka pula menyeru supaya diambil bulat-bulat fahaman luar untuk dipaksakan ke atas umat Islam Malaysia. Sepatutnya jika mereka benar ingin memperkasakan Fiqh Malizi, mereka perlu memperkasakan institusi Mufti kerana merekalah badan yang paling berautoriti dalam hal ehwal Islam di Malaysia

7. Maka MUIS menyeru kepada seluruh umat Islam pada semua peringkat sama ada pemimpin atau masyarakat awam bersama-sama dalam memelihara Islam di Malaysia daripada sebarang fahaman sesat yang boleh merosakkan fahaman asal Islam. Jika kita benar jujur ingin melihat perpaduan umat Islam tercapai, antaranya adalah dengan menyekat doktrin seperti ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan dikalangan umat Islam

Jika kita bersungguh-sungguh ingin memperkasa gagasan rahmatan lil ‘alamin adalah dengan menyekat ajaran ini kerana ia boleh merosakkan gambaran Islam yang sebenar untuk dipersembahkan pada seluruh manusia

Moga Allah memelihara umat Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia daripada sebarang finah yang menghancurkan

Memandu masyarakat, mendaulat Syariat
*Dr Mohd Soberi Awang,  Pengerusi MUIS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/ajaran-syiah-sekatan-jais-tepati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Syiah Dan Perlembagaan

Islam Syiah Dan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 293 hits
BARU BARU ini kita dikecohkan dengan serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor di markas Syiah Hauzah ar Ridha di Gombak Selangor dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor di markas Syiah di sebuah rumah agam di Taman Bukit Kempas ...
Jais Tahan Lebih 20 Pengikut Syiah Di Gombak

Jais Tahan Lebih 20 Pengikut Syiah Di Gombak

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 300 hits
MALAYSIAKINI Jabatan Agama Islam Selangor menahan lebih 20 individu termasuk wanita dan kanak kanak yang disyaki pengikut Syiah dalam serbuan di Gombak malam tadi Individu individu berkenaan dikatakan berkumpul di sebuah rumah kedai bagi me...
Canggah Syariat T Ganu Tarik Diri Gimnastik Gimrama Wanita Tahniah

Canggah Syariat T Ganu Tarik Diri Gimnastik Gimrama Wanita Tahniah

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 452 hits
Pakaian atlet wanita Pusat mampu beri impak positifTAHNIAH diucapkan atas tindakan berani dan berprinsip Exco Sukan Negeri Terengganu yang bersedia untuk menarik diri daripada sukan gimnastik dan gimrama wanita atas dasar tuntutan yang perl...
Pemain Gay Ragbi Wales Positif Hiv Perlunya Sukan Patuh Syariat

Pemain Gay Ragbi Wales Positif Hiv Perlunya Sukan Patuh Syariat

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 453 hits
Gareth Thomas yang kini hidup sebagai penghidap HIV selepas sembilan tahun bergelumang dengan kehidupan lelaki gay SUKANPemain gay ragbi Wales positif HIVLONDON 15 Sept Gara gara bergelumang dengan kehidupan seks songsang seorang pemain rag...
Jais Raids Shia Muslim Event At Gombak Arrests 23

Jais Raids Shia Muslim Event At Gombak Arrests 23

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 281 hits
Twenty three people including women and children were arrested by Selangor Islamic Religious Department officers at a Shia centre at Gombak last night The 25 officers went to the centre at about 9 45pm and arrested the 23 who included four ...
Perlembagaan Tidak Takrifkan Islam Sunni Atau Shiah

Perlembagaan Tidak Takrifkan Islam Sunni Atau Shiah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 273 hits
Dilaporkan semalam mantan Hakim Mahkamah Rayuan Hisyamuddin Yusnus berkata dalam satu majlis di Suhakam bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mentakrifkan Islam yang menjadi agama bagi persekutuan di negara ini sebagai Sunni atau Shi...
Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

Dong Zong Johor Diberi Tempoh Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 293 hits
Muhyiddin enggan ulas sebab utama RoS keluar surat pembatalanBANGI Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor sebuah persatuan yang bernaung di bawah Dong Zong diberi tempoh yang bersesuaian untuk meminda beberapa perkara berkaitan perl...
Rakyat Kekal Bersatu Jika Hormati Perlembagaan

Rakyat Kekal Bersatu Jika Hormati Perlembagaan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 253 hits
Pemimpin Melayu usah terlalu apologetik dalam perkara asas negaraBANGI Rakyat di negara ini digesa supaya menghormati peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan demi mengekalkan kesejahteraan dan kestabilan Malaysia Presiden Ikatan Muslim...
Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Fitnah Senjata Tertua Didunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai

Tertukar Di Hospital Selepas Dilahirkan Rani Mukerji Kongsi Bagaimana Ibunya Menemuinya Semula

Sjkc Boleh Bagi Tapi Putra Heights Citer Lain Kononnya Kerajaan Kedekut Samp

Tiada Individu Yang Terkorban Dalam Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights