Isi Ruang Rahmat Allah




oleh Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
ALLAH Taala menegaskan matlamat utama penciptaan manusia ialah untuk membangunkan kehidupan, memakmurkan dunia di samping tugas sebagai khalifah untuk menegakkan Islam di permukaan bumi ini.
Untuk itu, segala isi alam semesta ciptaan Allah ini diamanahkan kepada umat manusia untuk dimajukan, dibangunkan dan dimanfaatkan demi kebaikan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Seiringan dengan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap manusia, maka setiap manusia berkewajipan untuk bekerja iaitu melaksanakan berbagai-bagai bidang tugas mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing dengan matlamat untuk memanfaatkan segala sumber kekayaan alam semesta yang terhampar di seluruh pelosok permukaan bumi Allah ini.
Menurut perspektif Islam, melakukan apa-apa juga bentuk pekerjaan sebagai sumber mata pencarian hidup itu adalah satu kewajipan agama bagi setiap Muslim.
Ini bermakna apabila seseorang Muslim memenuhi tanggungjawabnya dengan bekerja mencari rezeki yang halal, dia bukan hanya memenuhi tugas ke atas dirinya dan keluarganya, malah dia juga menjunjung perintah Allah.
Lebih jelas lagi, sesuatu pekerjaan yang baik lagi halal tidak kira sama ada bekerja sendiri mahu pun bekerja makan gaji adalah satu amalan ibadat di sisi Allah.
Oleh itu, Allah memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukan pekerjaan yang halal demi menampung kehidupannya dan ahli keluarganya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan dikatakan lagi kepada mereka (ahli syurga): Inilah syurga yang diberikan kepada kamu untuk mewarisinya disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah al-Zukhruf, ayat 72)
Dalam konteks ini, Islam tidak menentukan apakah jenis pekerjaan yang seharusnya dilakukan setiap Muslim, sebaliknya Islam mengharuskan apa-apa sahaja jenis pekerjaan yang dilakukan asalkan pekerjaan terbabit baik dan diredai Allah.
Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Maksud ayat suci menjelaskan pekerjaan yang baik lagi halal amat penting dalam meraih keredaan Allah kerana hasil daripada pekerjaan yang dilakukan itu bukan hanya dinikmati dalam kehidupan duniawi, malah ia terus berlangsung hingga hari akhirat.
Begitulah konsep pekerjaan dalam Islam yang memandang jauh ke hadapan sehingga merangkumi kedua-dua tuntutan duniawi dan ukhrawi, sekali gus selaras perintah Allah lewat firman-Nya yang bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluanmu dan bekalanmu) dari dunia. (Surah al-Qasas, ayat 77)
Bagaimanapun, amat menyedihkan ada segelintir umat Islam yang tersalah faham konsep pekerjaan yang sebenarnya menurut Islam.
Mereka rata-rata menggariskan matlamat utama mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan ialah untuk mengejar kemewahan dan mengumpul sebanyak mungkin harta kekayaan untuk kepentingan dirinya dan keluarganya sehingga mengetepikan hak-hak Allah yang wajib ditunaikan dan mengabaikan kewajipan sosial sesama masyarakat.
Dalam konteks ini, tidak salah bagi seseorang Muslim mencari harta kekayaan dalam hidupnya, tetapi perlu diinsafi harta itu pada hakikatnya adalah amanah Allah kepadanya untuk digunakan dan dimanfaatkan menurut jalan yang diredai-Nya.
Dalam hal ini, manusia hanya sebagai pemelihara amanah, bukan sebagai pemilik yang sebenarnya terhadap harta terbabit kerana segala harta kekayaan yang terhampar di sepanjang permukaan bumi Allah ini hanya dipinjamkan Allah kepada umat manusia.
Justeru, sebagai pemelihara amanah dan peminjam, manusia mempunyai tanggungjawab agama dan sosial terhadap harta yang dikurniakan kepada mereka.
Demikian nilai sejagat yang dihembuskan Islam mewarnai konsep pekerjaan yang baik dan persaingan yang sihat dalam kehidupan ummah.
Pekerjaan yang dilakukan seseorang Muslim biar dengan matlamat untuk mengisi ruang rahmat yang dilimpahkan oleh Allah ke atas sekalian hamba-Nya di samping memelihara adab dan etika kerja supaya dia tetap berada di atas landasan yang diredai-Nya, bukan mengikut desakan hawa nafsu, ketamakan dan pesona harta dunia yang melalaikan.
Penulis adalah Profesor
di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/06/isi-ruang-rahmat-allah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=isi-ruang-rahmat-allah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersabarlah Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Dosa Manusia

Bersabarlah Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Dosa Manusia

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 354 hits
Dalam hidupnya manusia tidak pernah luput dari kesusahan Tidak selamanya hal hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal hal yang tidak menyenangkan dalam hidupnya sebagai p...
Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

Suami Lumpuh Anak Oku Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 444 hits
Suami Lumpuh Anak OKU Ujian Ini Tanda Allah Sayang Rosnah Walad Jika ada anugerah khas buat wanita ini dia paling layak untuk menerimanya Ini kerana pengorbanan dan ketabahannya menjaga suami yang lumpuh sejak 12 tahun dan anak bongsu yang ...
Kematian Ketika Membaca Kalam Allah

Kematian Ketika Membaca Kalam Allah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 692 hits
AgensiAnkara Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al Quran terkenal di Nazilli Turki Mehmed Ali Seflek Hodja 96 yang m...
Walapun Amal Dan Ilmunya Sedikit Empat Golongan Ini Darjatnya Diangkat Disisi Allah

Walapun Amal Dan Ilmunya Sedikit Empat Golongan Ini Darjatnya Diangkat Disisi Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 309 hits
Ada 4 perkara yang dapat mengangkat seseorang untuk menuju kedudukan tertinggi di sisi Allah meskipun amal dan ilmunya sedikit iaitu kemurahan hati kerendahan hati kedermawaan dan keluhuran budi pekerti Imam Junaid Al Baghdadi
6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 472 hits
1 Makan harta anak yatim secara haramUntuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya b...
Rezeki Itu Rahsia Allah Sedekah Subuh Dan Doa

Rezeki Itu Rahsia Allah Sedekah Subuh Dan Doa

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 526 hits
Rezeki Itu Rahsia Allah Sedekah Subuh Dan Doa Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Malik Ya Rashid Ya Aziz Ya Khaliq Syukur Alhamdulillah Ya Allah KAU kurniakan aku nafas untuk hari ini dan hari hari mendatang Dengan nafas yang KAU kurniakan ini ...
Mesut Kurtis Asma Allah Alhusna

Mesut Kurtis Asma Allah Alhusna

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum dan selamat malam semua Naim harap semua baik baik belaka bersama keluarga tercinta Sebelum terlena sebentar lagi Naim nak share satu nasyid dari Mesut Kurtis yang bertajuk Asma Allah Alhusna Di dalam tempoh PKP Fasa Keempat...
Rugi Rm2 4 Bilion Sehari Semasa Pkp Bangkit Semula Insya Allah

Rugi Rm2 4 Bilion Sehari Semasa Pkp Bangkit Semula Insya Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 356 hits
Negara mengalami kerugian RM2 4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan PKP Foto hiasanSikit Tazkirah Ekonomi KUALA LUMPUR Negara mengalami kerugian RM2 4 bilion setiap hari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Perdana Menteri...
Empat Amalan Mendapatkan Ridha Allah

Empat Amalan Mendapatkan Ridha Allah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 332 hits
Pertama Bila kamu melihat semut maka janganlah kamu membunuhnya Carilah dengan itu ridha Allah semoga Allah mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihaninya Kamu ingatlah bahwa ia bertasbih kepada Allah maka jangan engkau hentikan tasbih in...
Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Mural By The One Academy

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Pulanglah Wahai Sahabat

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Things To Ponder Self Reflection 7


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore

Kebakaran Los Angeles Ingatkan 3 Ayat Ini

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Petronas Downsizing Catches Fire On Social Media

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse

Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer