Isi Minyak Lebih Mudah Dengan Aplikasi Setel Daripada Petronas
Salah satu habit orang muda sekarang, mereka lebih cenderung untuk melakukan urus niaga secara online. Ini kerana melalui cara ini, ia tidak memerlukan mereka membawa sejumlah wang didalam dompet sekaligus merendahkan risiko wang tercicir.
Melihat kepada senario ini, Petronas adalah diantara nama besar dalam negara yang bertindak untuk mengambil inisiatif untuk menyediakan sokongan pembayaran secara cashless terhadap penjualan petrol di stesyen minyak Petronas mereka apabila kini secara rasminya telah mengeluarkan sebuah aplikasi telefon pintar yang dinamakan Setel.
Menggunakan aplikasi ini, apa yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah dengan memautkan kad kredit/debit dan juga kad Mesra (sekiranya ada) kepada aplikasi ini terlebih dahulu. Kemudian melaluinya pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membeli petrol di beberapa stesen yang mengambil bahagian dengan mudah tanpa perlu membayarnya di kaunter.
Hanya dengan membuka aplikasi, memilih nombor pam, serta memasukkan berapa amaun pembelian petrol yang diinginkan, seterusnya pengguna boleh membuat pengisian minyak ke kenderaan atau motorsikal masing-masing selain turut boleh memantau dan menyimpan resit secara terus kedalam aplikasi itu.
Disebabkan ia masih dalam fasa pengenalan, maka penggunaan Setel buat masa ini hanya boleh digunakan di sejumlah stesyen mintak Petronas di sekitar Lembah Klang, termasuklah PETRONAS Bukit Antarabangsa, PETRONAS Cheras Perdana, PETRONAS Manjalara, PETRONAS Penchala Link, PETRONAS NPE Taman Desa, PETRONAS Damansara Jaya 1, PETRONAS Koperasi UPM Serdang Raya, PETRONAS Puncak Jalil, PETRONAS Federal Highway (KM12.3), PETRONAS Kesas Highway juga PETRONAS Bukit Rahman Putra.
Bagi anda yang berminat untuk menggunakannya, anda boleh memuat-turun sama ada menggunakan peranti Android ataupun iOS melalui pautan yang telah disediakan.
Muat-Turun Setel untuk Android
Muat-Turun Setel untuk iPhone
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/isi-minyak-lebih-mudah-dengan-aplikasi-setel-daripada-petronas/