Isi Masa Yang Terluang Dengan Solitaire Org
Assalamualaikum,
Semenjak Pendemik Covid-19 melanda negara, bermacam-macam aktiviti di dalam rumah yang Fiza cuba wujudkan dengan anak-anak. Bila rasa bosan bertandang, sesekali kami ambik peluang yang ada untuk bermain permainan video online bersama-sama. Fiza lebih suka cari laman web yang menyediakan video game online secara percuma, tak perlu download dan kalau boleh lansung takde satu iklan pun dalam website tersebut. Hah! Demand kan. Siapa macam Fiza, kita geng. 😜
Sebenarnya, Leceh! La kan... Bila kita tengah seronok bermain, tiba-tiba pop-up iklan muncul sampai five second. Masa menunggu tu la... Boleh menghilangkan mood untuk teruskan permainan tau. Tu bagi Fiza la ye... Sebab Fiza sejenis yang tak penyabar, terutamanya melibatkan permainan video. Memang tak suka kalau kena ganggu.
Tapi... Ada ke website yang menawarkan permainan atas talian secara percuma, tanpa iklan dan tak perlu download lansung seperti yang Fiza nak?
Ada... Je!
Sendiri tanya, sendiri jawab! 😅🤣
PERMAINAN VIDEO ONLINE SECARA PERCUMA TANPA IKLANYa! Solitaire.org adalah salah satu website yang menawarkan permainan secara atas talian tanpa perlu dimuatturun, percuma je... Dan tidak ada sebarang iklan pun di dalamnya.
Korang pernah tak main solitaire? Seingat Fiza, Fiza pernah main sekali 16 tahun yang lepas... Masa tu pinjam laptop kawan. Dah lama tak main... Entah reti ke tak nak main balik. Kan?
Tapi... Tak perlu risau, walaupun dah lama tak main permainan solitaire... Di website ini jugak turut menyediakan cara bagaimana untuk bermain. Maknanya, kalau tak reti nak main... Tapi teringin nak mencuba... Boleh je rujuk caranya pada bahagian bawah permainan.
Selain itu, apa yang menariknya jugak mengenai website solitaire.org ni... Permainan dia takdelah semuanya berkaitan dengan card deck je. Tak!...
Sebaliknya, ia jugak turut menyediakan pelbagai jenis permainan mengikut kategori. Antaranya...
Card Games yang mana mempunyai berpuluh-puluh jenis permainan seperti hearts, Russian, Jungle, Spider, Taj Mahal dan sebagainya. Pendek kata, korang boleh main bermacam-macam jenis card deck yeah!.Terdapat jugak permainan dari kategori Mahjong solitaire tiles games yang mana terdiri daripada beberapa jenis Mahjong solitaire seperti Daily Mahjong, Cooking Mahjong, Mahjong 3D dan banyak lagi.Kemudian, terdapat juga permainan dari kategori hidden objects seperti China Temple, Hidden kitchen, Hidden Princess dan sebagainya. Memang banyak.Terdapat jugak permainan dari kategori match 3 games seperti candy crush, Zuma. Malah ada permainan seperti Tennis, Daily Soduka dan bermacam-macam lagi disediakan di solitaire.org.
Pendek kata, laman ini bukan sahaja menawarkan permainan solitaire, sebaliknya turut menawarkan berpuluh-puluh jenis permainan yang lain... Jadi, kita berpeluang untuk memilih permainan apa yang kita suka.
PERMAINAN YANG PALING FIZA SUKA DI WEBSITE SOLITAIRE.ORGDalam banyak-banyak permainan yang terdapat di dalam website solitaire.org ni, Fiza suka ajak anak-anak Fiza main permainan daily word search puzzle.
Bagi Fiza, permainan ini memberi banyak manfaat kepada anak-anak. Antaranya :-
Pertama, ia melatih kesabaran dan ketabahan anak-anak untuk menyelesaikan puzzle tersebut.Kedua, ia mampu meningkatkan pengetahuan anak-anak tentang perkataan yang mereka cari. Kekadang ada jugak perkataan yang mereka tak tahu maksudnya.Kemudian, ia jugak melatih koordinasi mata dan tangan anak-anak sekaligus meransang motor halus mereka untuk berusaha memadankan word puzzle tersebut.Akhir sekali, ia merupakan peluang yang baik untuk kita as a parents berbual dengan anak-anak dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama-sama. Seronok sangat! Walaupun hanya dengan bermain daily word search puzzle.
Cara main pun sangat mudah.
Selain daily word search puzzle, anak-anak Fiza jugak suka main permainan hidden objects... Iaitu, Permainan mencari benda yang tersembunyi. Ada bermacam-macam objek yang perlu kita cari. Kekadang ambik masa jugak untuk mencarinya.
Pernah jugaklah hadapi situasi di mana lansung tak dapat nak cari objek yang tersembunyi. Mencabar jugak! Tapi tetap boleh diselesaikan... Sebab permainan ini jugak menyediakan 'hints' ok. Kiranya jalan terakhir la untuk kita tahu jawapannya. Jadi, sebab tu takde istilah bosan bila bermain permainan ni.
Kali ni kami try permainan hidden objects dari kitchen. Yelah! Anak-anak Fiza semuanya perempuan. Jadi, kita try dorang alert tak dengan peralatan dapur. Hehe...
So far so good! Dalam masa lebih kurang 3 minit 38 saat, dorang boleh score 40 markah. Not bad untuk usia anak-anak 7 tahun ke 9 tahun.
Nak main permainan ni, tersangatlah mudah. Actually, dia ada 10 level. Walaupun objects yang dicari agak kecik, tapi tak perlu risau sebab bila kita double tap pada objects... Ia akan automatik zoom in atau zoom out imej tersebut. So, senang. Kan?
Kemudian, setiap level dia pulak ada had masa untuk cari objects yang tersembunyi. Bila kita tersalah tekan pada objects, 5 saat dari masa yang ditetapkan akan ditolak. So, kena hati-hati ok... Kalau tak nak kena tolak masa. 😅🤣
Lepas tu, bila kita gagal selesaikan dalam satu-satu level mengikut masa yang telah ditetapkan... Tak perlu risau. Boleh try semula, tapi dengan items yang berbeza. Sekiranya kita quit dari permainan ini... Kita akan start balik dari first level.
Mudah kan?
Apa-apa pun, masa untuk anak-anak bermain permainan online jugak perlu dihadkan. Bagi Fiza kena ada peraturan. Ini penting agar anak-anak tidak ketagihan gajet. That it's perkongsian Fiza kali ni tentang bagaimana Fiza dan anak-anak mengisi masa terluang... Di mana sesekali, kita layan online games di solitaire.org.
Korang pulak, bagaimana? Pernah main permainan atas talian seperti di solitaire.org?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/09/isi-masa-yang-terluang-dengan.html