Solitaire Org Uji Minda Dengan Permainan Klasik Kad Daun Terup



Solitaire. Dekat mana pernah dengar eh? Rupanya berbelas-belas tahun dahulu pernah main dekat komputer. Kalau sebut main kad daun terup, mesti ramai kaitkan dengan judi, tapi sebenarnya tak ada kaitan pun dengan judi.  Selalu tengok kad daun terup ini orang gunakan untuk pertunjukan silap mata jalanan dan sebagainya.  Okay, bukan nak cerita pasal daun terup, judi dan silap mata, tapi kali ini aku nak kongsikan tentang SOLITAIRE

PERMAINAN SOLITAIRE 
Kepada yang tak tahu, Solitaire merupakan sebuah permainan kad dimana kad itu perlu disusun mengikut turutan, K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. Permainan ini mula diperkenalkan apda abad ke 16 di utara Eropah dan lebih popular di seluruh dunia apabila tersedia secara percuma di Microsoft Windows. 
Sewaktu rangkaian internet belum meluas dan WiFi masih tidak tersedia, aku selalu main game-game percuma di komputer contohnya seperti 3D Pinball dan termasuklah Solitaire ini. Kalau dah lama sangat buat kerja di komputer, aku pasti akan cuba aktifkan fungsi otak dengan memikir strategi dalam permainan solitaire ini. Tapi, rupa-rupanya ada banyak jenis permainan Solitaire yang menarik dan antaranya aku baru cuba main beberapa hari lepas

JENIS-JENIS PERMAINAN SOLITAIRE
#1 KLONDIKE

Okay, kalau yang tak pernah main Solitaire mesti tak tau tentang nama-nama lain macam Klondike ni. Kalau nak tahu, sebenarnya Klondike Solitaire inilah versi asal atau versi klasik. Yang dimainkan dalam microsoft windows apa semua tu, inilah versinya

Cara permainannya mudah sahaja, kita kena susun kad mengikut turutan iaitu dari Ace sehingga ke King. Permainan akan berakhir apabila tiada pergerakan yang boleh dibuat. Kena ada strategi yang tepat bila nak main Klondike ni. Kadang-kadang ambil masa yang lama baru boleh nak menang. 
#2 SPIDER

Seterusnya adalah Spider Solitaire. Ini adalah permainan yang sangat mencabar minda. Cara permainan sediit berbeza dengan Klondike. Pertama, kena susun 10 kad dalam urutan, dari King sehingga ke Ace. Lengkapkan satu set, keluarkan dan sambung buat set kad yang lain. 
Yang menjadikan permainan Spider Solitaire 'tricky' adalah bila tiada gerakan boleh dibuat, kita perlu ambil kad dari deck. Disini boleh jadikan kad yang disusun lebih senang atau susah. Walaubagaimanapun, kelebihan nya adalah mana-mana kad boleh diletak pada row kosong, tidak seperti Klondike. Susunan kad juga mengikut satu warna sahaja

#3 FREE CELL

FreeCell Solitaire pula mempunyai 4 tempat kosong untuk menyimpan kad. Seperti biasa, kena susun kad mengikut turutan. Kad pula perlu disusun berselang seli mengikut warna. Kalau tempat kosong dan diguna semuanya, susah sikit nak gerakkan kad

FreeCell kelebihannya sebab semua kad dibuka dan kita boleh nampak dan menyusun strategi. Apa-apapun bagi aku FreeCell tidaklah sesukar Klondike dan Spider. 
#4 PYRAMID

Kalau anda sukakan matematik tahap UPSR, anda bolehlah main permainan Pyramid Solitaire ini. Nak menang sangat mudah. Kad disusun dengan bentuk piramid, selepas tu kita perlu membuang kad dengan gabungkan jumlah kad kepada nombor 13. Hanya dua kad sahaja yang boleh digabungkan kecuali King kerana nilainya adalah 13.  
#4 TRIPEAKS

Tripeaks Solitaire pula berbeza sedikit dengan Pyramid Solitaire. Tak perlu gunakan matematik, kita hanya boleh membuang kad dengan kad yang nilainya lebih tinggi atau rendah. Bila dah tiada kad yang boleh dibuang, ambil kad dari deck. 
Nampak mudah, tapi masih perlu gunakan strategi, pilih kad dan turutan yang boleh buang seberapa banyak kad yang boleh. 
#5 GOLF

Golf Solitaire pula lebih kurang sama dengan Tripeaks Solitaire. Kena buang kad dengan pilih kad yang lebih 1 nilai lebih tinggi atau rendah. Bezanya cuma susunan kad di dalam Golf tidak berbentuk piramid

Ada dua versi : Easy -  Ace dan King boleh bertindih.Hard - Ace dan King tidak boleh bertindihan. 
Tapi permainan ini tidaklah sukar. Hanya kena pandai guna strategi yang betul. Selain itu, masa juga diambil. Jadi mungkin korang boleh atasi masa-masa yang anda menangi bila main permainan ini

#6 MAHJONG

Mahjong Solitaire ni pula sangat mudah. Kena pilih tiles yang sama sahaja. Mesti dah pernah main kan permainan macam ni sebelum-sebelum ni? 
Kita boleh pilih susunan tiles yang kita nak dalam permainan ini. Kalau nak habiskan masa yang terluang tanpa perlu berfikir sangat atau tak nak sakitkan kepala boleh main mahjong ni. Apa yang penting adalah penglihatan yang tajam. 
Klondike, FreeCell, Spider, Pyramid, Tripeaks, Golf dan Mahjong ini merupakan antara versi Solitaire yang popular. Kalau anda nak cuba Solitaire yang lain, buka sahaja www.solitaire.org dan anda boleh lihat senarai Solitaire lain yang tersedia seperti 3 Keys, Egypt, Russian, Scorpion, Taj Mahal dan lain-lain. 
PERMAINAN PILIHAN : 
Jika disoal permainan mana yang aku suka dan akan syorkan? Susah ya nak pilih, tapi sejujurnya ada dua, Klondike dan Pyramid. Klondike sebab ini adalah permainan klasik Solitaire, dan strategi kena mantap dan selalu jugak aku menang. Pyramid pulak sebab tiap kali main, aku mesti menang. (Rezeki😜)

Tapi anda boleh je cuba main permainan lain dekat situ ya. Satu lagi yang menariknya, kalau tak tau cara nak main, anda boleh lihat di ruangan bawah, penuh dan lengkap dengan maklumat tentan permainan dan juga video. Semuanya ada dalam halaman permainan yang sama. Sangat mudah. ✌
TAK CUKUP LAGI PILIHAN PERMAINAN?
Jangan risau, ada lagi permainan lain yang tersedia seperti :-
Mahjong 🠊 (Seperti Mahjong 3D, Jungle Connect, Cooking Mahjong, Panda Mahjong etc)Hidden Object 🠊 (Seperti China Temple, Circus Adventure, Hidden Kitchen, etc)Card Games 🠊 (Seperti Gin rummy, Crazy eights, Euchre, Hearts, etc) Match 3 🠊  (Diinspirasikan seperti Candy Crush dan Zuma) Permainan lain 🠊 (Seperti Pacman, Tennis, etc.) 
Kepada anda yang nak cuba permainan Solitaire dan pelbagai lagi , boleh cuba di www.solitaire.org

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/09/solitaireorg-permainan-kad-daun-terup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Uji Minda Bersama Anak Dengan Permainan Menarik Di Solaitaire Org

Aktiviti Uji Minda Bersama Anak Dengan Permainan Menarik Di Solaitaire Org

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 415 hits
Kalau korang nak tahu aku pernah kena sound dengan cikgu sebab main permainan Solitaire atau daun terup dalam komputer di perpustakaan sekolah masa kat sekolah menengah dulu Katanya game daun terup ni macam main game judi Biasalah komputer ...
Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak

Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 496 hits
Hukum Main Permainan Daun Terup Solitaire Secara Online Boleh Atau Tidak Waktu pandemik banyak duduk kat rumah ni tak dinafikan ramai orang main permainan game online Game online ni pula ada bermacam jenis sampaikan tak tahu nak pilih yang ...
Permainan Dalam Talian Percuma Di Solitaire Org

Permainan Dalam Talian Percuma Di Solitaire Org

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 352 hits
Permainan Dalam Talian PERCUMA Di solitaire org Assalammualaikum semua Buat apa tu Masih ingat lagi permainan dalam komputer masa zaman sekolah dulu Solitaire tuuuu Ingat Nostalgia sangat apabila terjumpa permaian ini di laman web Ruby suda...
Main Game Zuma Legend Di Solitaire Org Teringat Zaman Dulu Dulu

Main Game Zuma Legend Di Solitaire Org Teringat Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 453 hits
Main Game Zuma Legend di Solitaire org teringat zaman dulu dulu Siapa tak kenal game Zuma memang tak legend la haha Semalam nak jadikan cerita busyra terjumpa satu laman website Solitaire org Wehhh game dalam ni semua best best tak sangka m...
Solitaire Org Website Game Mengimbau Kenangan Dulu Dulu Betul Ke

Solitaire Org Website Game Mengimbau Kenangan Dulu Dulu Betul Ke

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 246 hits
Akhirnya berjaya juga clear kan separuh daripada fail yang menimbung bawah meja tempohari ni Kalau tak alahai dari sehari bawa ke sehari umpama langsung tak tersentuh tapi sekarang dah lenang dah sikit Dah boleh tarik nafas panjang dah siki...
Isi Masa Yang Terluang Dengan Solitaire Org

Isi Masa Yang Terluang Dengan Solitaire Org

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum Semenjak Pendemik Covid 19 melanda negara bermacam macam aktiviti di dalam rumah yang Fiza cuba wujudkan dengan anak anak Bila rasa bosan bertandang sesekali kami ambik peluang yang ada untuk bermain permainan video online b...
Sajat Ditahan Imigresen Thailand Miliki Kad Unhcr

Sajat Ditahan Imigresen Thailand Miliki Kad Unhcr

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 320 hits
Ketika serbuan imigresen Thailand Sajat ditahan di kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita PETALING JAYA Selepas sekian lama menghilangkan diri usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kama...
7 Warga Asing Didenda Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Guna Ic Milik Orang Lain

7 Warga Asing Didenda Guna Kad Pengenalan Palsu Dan Guna Ic Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 290 hits
Tujuh warga Indonesia dan Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain Foto BERNAMA SHAH ALAM Tujuh warga asing yang bekerja di sebuah kilan...
Kad Ucapan Dalam Tulisan Jawi

Kad Ucapan Dalam Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 1980 hits
Si kembar dan Pqa masuk pertandingan Kad Ucapan sempena Kemerdekaan dalam tulisan Jawi Untuk tahap 2 punya Ni pertandingan untuk sekolah agama Bolehlah nak menambah2 penyertaan untuk sekolah Menang kalah tu biasalah adat pertandingan kan An...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Razer Umum Koleksi Squid Game


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih