Isham Jalil Beberapa Ahli Umno Mungkin Dipecat Minggu Ini


hmetro.com.my
Suraya Ali
[email protected]
ISHAM, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil mendakwa ada beberapa ahli parti termasuk dirinya mungkin dipecat keahlian.

Katanya, ia susulan ada ahli dan pemimpin Umno begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan parti untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

"Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli Umno akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Isham berkata, pemecatan itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli Umno jangan mengundi PH pada pilihan raya.

"Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli Umno jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan Umno. Boleh lihat dalam live (siaran) saya beberapa bulan lalu di Facebook," katanya.

Isham menjelaskan sebuah akhbar berbahasa Cina menulis kononnya beliau berkata, jangan undi PH, dan perkara itu tidak betul.

"Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada MKT melalui WhatsApp beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul," katanya.

Isham berkata, walaupun berpandangan berbeza daripada segi dasar dan halatuju parti, beliau tidak pernah mengkritik sesama MKT secara terbuka.

Dalam isu setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Isham berkata, beliau bersetuju mengenai perkara itu ketika menjawat jawatan Ketua Penerangan Umno.

"Ya, saya setuju sebab itu titah SPB YDP (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan) Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu. Tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH.

"Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. SPB YDP Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini," tegasnya.

Isham menyangkal dakwaan yang menyatakan ada pihak menyokong di belakang beliau.

"Siapa ada di belakang saya? Mungkin akar umbi. Sahabat saya Datuk Seri Najib (Razak) Bossku pun masih dipenjara. Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan Umno beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia," katanya.

Sebelum ini Isham mendakwa beliau tidak mahu Ketua Penerangan Umno kerana jawatan itu memerlukan beliau untuk mempromosi DAP.

"Saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.

"Dan pemimpin Pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi," katanya.

BH dimaklumkan mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung Rabu ini.

Semalam, Isham memberitahu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram kelmarin menyaksikan BN kehilangan kira-kira 27,000 undi Melayu.

Selain itu, Umno dan BN menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu bulan lalu dipercayai akibat penolakan orang Melayu dan akar umbi parti.

Sebahagian besar ahli dan penyokong Umno dikatakan masih belum dapat menerima kerjasama politik yang dijalinkan antara parti itu dan PH terutamanya DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Disiarkan pada: September 11, 2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/isham-jalil-beberapa-ahli-umno-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 162 hits
Tidak pasti sejauh mana benarnya Isham Jalil Ahli MT UMNO bakal dipecat dalam masa terdekat ini Sejauh ini ia hanya sekadar dakwaan Isham berdasarkan cakap dengarnya semata mata Dalam catatan di media sosialnya Isham dipetik sebagai berkata...
Lupakah Isham Jalil Umno Sudah Pun Bertanding Solo Pada Pru15 Lalu

Lupakah Isham Jalil Umno Sudah Pun Bertanding Solo Pada Pru15 Lalu

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 125 hits
Sebagai rentetan tidak setuju dengan langkah UMNO ada hubungan kerjasama dengan DAP melalui PH Ahli MT UMNO Isham Jalil yang sebelum ini menjangkakan beliau akan dipecat dalam waktu terdekat ini turut menyarankan agar parti itu bertanding s...
Accused Of Sabotage Umno S Isham Jalil Says Party Might Sack Him

Accused Of Sabotage Umno S Isham Jalil Says Party Might Sack Him

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 174 hits
Being in the government and going to the election together are two different things The Agong never told us to go to the election together with PH So don t mix these two things up Umno supreme council member Isham Jalil believes his name is...
Isham Jalil Claims Umno Out To Axe Him For Not Supporting Dap

Isham Jalil Claims Umno Out To Axe Him For Not Supporting Dap

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 215 hits
Umno supreme council member Isham Jalil claimed that several party leaders may find themselves on the chopping block this week including himself He alleged that this was amid internal pushback against Umno leaders who have not aligned thems...
Minta Dipecat Tapi Tak Berani Hadir Mesyuarat Isham Jalil Berjiwa Kecil

Minta Dipecat Tapi Tak Berani Hadir Mesyuarat Isham Jalil Berjiwa Kecil

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 170 hits
Di sebalik ura ura akan dipecat daripada UMNO dalam mesyuarat MT malam semalam tetapi akhirnya tiada apa apa berlaku kepada Isham Jalil Ahli MT UMNO itu bukan saja tidak dipecat bahkan tiada perbincangan mengenai dirinya dibawa dalam mesyua...
Berikut Adalah Beberapa Tanda Bahawa Anda Mungkin Seorang Yang Introvert

Berikut Adalah Beberapa Tanda Bahawa Anda Mungkin Seorang Yang Introvert

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 139 hits
Berikut adalah beberapa tanda bahawa anda mungkin seorang yang Terlalu Banyak Bersosial Melemahkan Anda Anda Memerlukan Banyak Masa untuk Diri Sendiri Orang Mungkin Sukar Mengenali Anda Anda Mempunyai Sekumpulan Kecil Rakan Karib Anda Lebih...
Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 126 hits
Haspaizi ZainAdun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana hadir ke program PN bulan lalu meminta agar parti itu memecat dirinya Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin kepadanya Jai...
Umno Tak Mungkin Pulih Semula Kata Dr M

Umno Tak Mungkin Pulih Semula Kata Dr M

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 141 hits
Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjuangan Umno bukan lagi untuk bangsa negara dan agama tetapi demi menyelamatkan Presidennya Zahid Hamidi JOHOR BAHRU Dr Mahathir Mohamad berkata tidak mungkin Umno dapat dipulihkan semula Justeru beliau memin...
Ada Lagi Pemimpin Umno Akan Dipecat Zahid Dalam Masa Terdekat

Ada Lagi Pemimpin Umno Akan Dipecat Zahid Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil mendakwa beberapa ahli parti itu termasuk dirinya mungkin dipecat keahlian dalam tempoh terdekat Dakwanya tindakan itu susulan kelantangan ahli dan pemimpin UMNO mengkritik k...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan