Minta Dipecat Tapi Tak Berani Hadir Mesyuarat Isham Jalil Berjiwa Kecil


 
Di sebalik ura-ura akan dipecat daripada UMNO dalam mesyuarat MT malam semalam, tetapi akhirnya tiada apa-apa berlaku kepada Isham Jalil.
Ahli MT UMNO itu bukan saja tidak dipecat, bahkan tiada perbincangan mengenai dirinya dibawa dalam mesyuarat yang diadakan di Menara Dato’ Onn, WTCKL itu
Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan tiada perbincangan mengenai pemecatan Isham pada mesyuarat malam semalam itu.
Dengan ini, nasib Isham masih dikira selamat lagi dalam UMNO.
Begitu pun, sementara isu berkenaan dirinya tidak dibincangkan, Isham turut tidak menghadirkan diri pada mesyuarat malam semalam yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu.
Sebelum ini, Isham berkata dia mungkin antara yang akan dipecat sebagai ahli MT UMNO kerana tidak sehaluan dengan pendirian UMNO untuk bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalam ketika pilihan raya.
Selain isu pemecatan beliau menjadi bualan menjelang mesyuarat MT diadakan, Isham sendiri beberapa jam sebelum mesyuarat malam semalam turut menulis warkah terbuka kepada Presiden UMNO di laman sosialnya dengan menyatakan kesediaannya untuk dipecat.
“Dato’ Sri boleh pecat saya jika itu kemahuan Dato’ Sri, tapi Dato’ Sri tidak boleh pecat roh dan semangat perjuangan saya,” demikian kata akhir beliau di hujung warkah terbukanya itu.
Ternampak macam beliau ini berani sangat dan seperti mencabar Zahid Hamidi agar memecatnya, rupa-rupanya keberaniannya tidaklah setara mana.
Kalau betul-betul berjiwa kental dan terlanjur sudah berani menyanggah Presiden UMNO, kemudian seolah-olah mencabar pula untuk dipecat, sepatutnya beliau mesti beranilah juga menghadiri mesyuarat MT.
Dengan tidak hadir, walaupun isu berkenaan diri beliau akhirnya tidak dibincangkan, apa yang ternampak ialah Isham hanya berjiwa kecil.
Ketiadaan kelibatnya hadir itu tentunya membuatkan Zahid Hamidi tersenyum meraikan kemenangan dirinya.
Cuba beliau hadir mesyuarat MT malam semalam dan dengan tiada tindakan diambil terhadapnya, bukankah beliau sudah dikira menang pertarungan pusingan pertama?
Andai kata jika dipecat pula malam semalam itu, dengan hadir itulah peluang terbuka untuk Isham meluahkan sesuatu sebagai kata-kata akhir sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
Setidak-tidaknya beliau dilihat hero yang sebenar yang berani di belakang dan berani juga untuk bersemuka.
Ini tidak, hanya berani menulis di FB tetapi tidak berani pula untuk bersemuka.
Tetapi, tidak dipecat pada mesyuarat MT malam semalam, tidak bermakna Isham tidak akan dipecat pada mesyuarat selepas ini atau bila-bila masa kemudiannya.
Sementara jika hadir pada mesyuarat MT selepas ini, Isham sudah jadi seperti “kera sumbang”, apakah beliau akan terus memilih tidak hadir sehingga namanya disingkir? – ShahbudinHusin 14/09/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/minta-dipecat-tapi-tak-berani-hadir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isham Jalil Beberapa Ahli Umno Mungkin Dipecat Minggu Ini

Isham Jalil Beberapa Ahli Umno Mungkin Dipecat Minggu Ini

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 499 hits
hmetro com myISHAM gambar fail FOTO Arkib NSTPKuala Lumpur Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil mendakwa ada beberapa ahli parti termasuk dirinya mungkin dipecat keahlian Katanya ia susulan ada ahli dan pemimpin Umno begitu lantang ...
Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 212 hits
Tidak pasti sejauh mana benarnya Isham Jalil Ahli MT UMNO bakal dipecat dalam masa terdekat ini Sejauh ini ia hanya sekadar dakwaan Isham berdasarkan cakap dengarnya semata mata Dalam catatan di media sosialnya Isham dipetik sebagai berkata...
Lupakah Isham Jalil Umno Sudah Pun Bertanding Solo Pada Pru15 Lalu

Lupakah Isham Jalil Umno Sudah Pun Bertanding Solo Pada Pru15 Lalu

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 169 hits
Sebagai rentetan tidak setuju dengan langkah UMNO ada hubungan kerjasama dengan DAP melalui PH Ahli MT UMNO Isham Jalil yang sebelum ini menjangkakan beliau akan dipecat dalam waktu terdekat ini turut menyarankan agar parti itu bertanding s...
Isham Jalil Claims Umno Out To Axe Him For Not Supporting Dap

Isham Jalil Claims Umno Out To Axe Him For Not Supporting Dap

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 294 hits
Umno supreme council member Isham Jalil claimed that several party leaders may find themselves on the chopping block this week including himself He alleged that this was amid internal pushback against Umno leaders who have not aligned thems...
Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

Adun Umno Hadir Program Pn Minta Dipecat Parti

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 167 hits
Haspaizi ZainAdun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana hadir ke program PN bulan lalu meminta agar parti itu memecat dirinya Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin kepadanya Jai...
Accused Of Sabotage Umno S Isham Jalil Says Party Might Sack Him

Accused Of Sabotage Umno S Isham Jalil Says Party Might Sack Him

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 234 hits
Being in the government and going to the election together are two different things The Agong never told us to go to the election together with PH So don t mix these two things up Umno supreme council member Isham Jalil believes his name is...
Chegu Bard Ditangkap Akui Dipanggil Polis Tapi Tak Hadir

Chegu Bard Ditangkap Akui Dipanggil Polis Tapi Tak Hadir

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 326 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin mengakui dipanggil polis tetapi tidak hadir untuk diambil keterangan dalam beberapa isu sebelum ditahan semalam Meskipun polis menjelaskan penahanan Badrul tiada kaitan dengan P...
Apakah Isham Jalil Akan Dibeku Keraskan

Apakah Isham Jalil Akan Dibeku Keraskan

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 157 hits
Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi khabarnya terharu benar dengan sambutan hangat terhadapnya ketika menghadiri Konvensyen DAP di Hotel Marriott Putrajaya pada Ahad Baru diberi pelepasan tanpa dibebaskan terhadap 47 pertuduhan rasuah b...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord