Ada Lagi Pemimpin Umno Akan Dipecat Zahid Dalam Masa Terdekat


 


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, mendakwa beberapa ahli parti itu termasuk dirinya, mungkin dipecat keahlian dalam tempoh terdekat.
Dakwanya, tindakan itu susulan kelantangan ahli dan pemimpin UMNO mengkritik keputusan kepemimpinan parti untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai pilihan raya.

"Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Isham berkata, pemecatan itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli UMNO jangan mengundi PH pada pilihan raya.
"Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook," katanya.
Isham menjelaskan, akhbar berbahasa Cina menulis kononnya beliau berkata jangan undi PH, dan perkara itu tidak betul.
"Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada MKT melalui whatsapp beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul," katanya.
Isham berkata, walaupun berpandangan berbeza daripada segi dasar dan halatuju parti, beliau tidak pernah mengkritik sesama MKT secara terbuka.
Dalam isu setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, Isham berkata beliau bersetuju mengenai perkara itu ketika menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO.
"Ya, saya setuju sebab itu titah Yang di-Pertuan Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihan raya dengan PH.
"Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. Agong tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH. Jangan campur adukkan dua perkara ini," tegasnya.
Isham menyangkal dakwaan yang menyatakan ada pihak menyokong di belakang beliau.
"Siapa ada di belakang saya? Mungkin akar umbi. Sahabat saya Datuk Seri Najib pun masih dipenjara. Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan UMNO beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia," katanya.
Sebelum ini Isham mendakwa beliau tidak mahu Ketua Penerangan UMNO kerana jawatan itu memerlukan beliau untuk mempromosi DAP.
"Saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.
"Dan pemimpin Pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi," katanya.
BH dimaklumkan mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung Rabu ini.
Semalam, Isham memberitahu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kelmarin menyaksikan BN kehilangan kira-kira 27,000 undi Melayu.
Selain itu, UMNO dan BN menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu bulan lalu dipercayai akibat penolakan orang Melayu dan akar umbi parti.
Sebahagian besar ahli dan penyokong UMNO dikatakan masih belum dapat menerima kerjasama politik yang dijalinkan antara parti itu dan PH terutamanya DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) - BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/ada-lagi-pemimpin-umno-akan-dipecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Terbuka Hidupkan Kembali Mn Pemimpin Umno Kata Jangan Buang Masa

Pas Terbuka Hidupkan Kembali Mn Pemimpin Umno Kata Jangan Buang Masa

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 452 hits
bharian com myOleh Ogos 29 2023Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi KUALA LUMPUR PAS masih terbuka untuk meneruskan agenda penyatuan ummah bersama UMNO yang ...
Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

Isham Jalil Memang Patut Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 196 hits
Tidak pasti sejauh mana benarnya Isham Jalil Ahli MT UMNO bakal dipecat dalam masa terdekat ini Sejauh ini ia hanya sekadar dakwaan Isham berdasarkan cakap dengarnya semata mata Dalam catatan di media sosialnya Isham dipetik sebagai berkata...
Isham Jalil Beberapa Ahli Umno Mungkin Dipecat Minggu Ini

Isham Jalil Beberapa Ahli Umno Mungkin Dipecat Minggu Ini

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 462 hits
hmetro com myISHAM gambar fail FOTO Arkib NSTPKuala Lumpur Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil mendakwa ada beberapa ahli parti termasuk dirinya mungkin dipecat keahlian Katanya ia susulan ada ahli dan pemimpin Umno begitu lantang ...
Bekas Exco Melaka Jailani Akan Dipecat Umno Kata Sumber

Bekas Exco Melaka Jailani Akan Dipecat Umno Kata Sumber

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 155 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Bekas exco Melaka Jailani Khamis akan dipecat Umno kata sumber Sumber itu berkata pemecatan Adun Rembia antara agenda akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini Pada Mac 2020 Jailani ...
Dpm Zahid Makes History As First Umno President To Attend Dap Congress

Dpm Zahid Makes History As First Umno President To Attend Dap Congress

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 266 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi at the DAP national congress With him are Umno secretary general Datuk Asyraf Wajdi Dusuki and BN secretary general Datuk Seri Zambry Abdul Kadir Screengrab from X BernamaKUALA LUMPUR Sept 10 In ...
Zahid S Hold On Umno Presidency Still Not Safe Despite Dnaa Analysts Say

Zahid S Hold On Umno Presidency Still Not Safe Despite Dnaa Analysts Say

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 220 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s position as the Umno president is still not safe despite him getting a discharge not amounting to acquittal for all 47 charges involving Yayasan Akalbudi funds according to political observers International I...
Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

Mca Sokong Gesaan Pemimpin Umno Supaya Tarik Balik Slogan Malaysian Malaysia Ala Dap

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 271 hits
Parti komponen BN itu berkata ini adalah perkara paling mudah untuk DAP lakukan ke arah merealisasikan impian Malaysian Malaysia yang lebih bersatu untuk semua MCA menyokong gesaan seorang pemimpin Umno agar DAP menggugurkan tuntutan Malays...
Amid Attacks Umno Holds Closed Door Briefing On Zahid S Dnaa

Amid Attacks Umno Holds Closed Door Briefing On Zahid S Dnaa

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 258 hits
Umno today conducted a closed door briefing session for its members regarding the discharge not amounting to an acquittal granted to party president Ahmad Zahid Hamidi According to secretary general Asyraf Wajdi Dusuki it is a normal thing ...
Zahid S Dnaa Not A Victory For Umno Says Party Man

Zahid S Dnaa Not A Victory For Umno Says Party Man

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 387 hits
Wan Agyl Wan Hassan says the party needs to undergo comprehensive reforms if it wants to regain the rakyat s support An Umno Youth leader has cautioned the party s members against viewing Ahmad Zahid Hamidi s conditional discharge from a gr...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia