Iqoo 12 Memperkenalkan Snapdragon 8 Gen 3 Yang Pertama Di Malaysia Untuk Prestasi Dan Reka Bentuk Yang Terunggul


Hi Korang,
iQOO, sub-jenama dibawah vivo yang menumpukan kepada prestasi permainan video, hari ini melancarkan iQOO 12, sebuah telefon pintar perdana yang direka untuk menembusi sempadan reka bentuk, kelajuan, dan prestasi. Kali ini, iQOO 12 menginspirasikan BMW M Motorsport untuk untuk memberikan reka bentuk yang menarik serta menyampaikan pengalaman permainan video perdana yang tiada tandingan. dengan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang terkini dari Qualcomm bersama dengan Cip Superkomputer Q1


Bagi memberikan kualiti yang terbaik dan unggul kepada pengguna, iQOO 12 membawakan prestasi yang canggih dan juga reka bentuk premium. Ia ditampil dengan paparan AMOLED 144Hz yang tajam, mempunyai persediaan tri-kamera pada kamera utama dengan reka bentuk porthole, dan ciri-ciri permainan video yang memikat hati

"iQOO 12 dicipta khas buat para peminat permainan video, teknologi, dan reka bentuk. telefon pintar unggul iQOO 12 menggabungkan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3 yang digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 untuk memberikan pengalaman penggunaan yang hebat kepada para pengguna kami. iQOO 12 Mempunyai reka bentuk luaran Porthole, ia melambangkan kualiti yang luar biasa dan terinspirasi oleh BMW M Motorsport. Matlamat kami dengan iQOO 12 adalah untuk meningkatkan pengalaman semasa bermain permainan video kepada pengguna kami untuk mencapai kepada tahap yang belum pernah dicapai oleh iQOO sebelum ini, dan kami berharap rakyat Malaysia akan menikmati inovasi teknologi yang dipertingkatkan daripada kami." kata Jeremy Lin, Pengarah Jualan, iQOO Malaysia


Terokai ‘Monster Inside’ pada iQOO 12
Sebagai telefon pintar yang pertama membawa masuk Snapdragon® 8 Gen 3 ke pasaran telefon pintar di Malaysia, iQOO 12 memberi fokus terhadap prestasi dari seni bina cip pemprosesan yang baru menggunakan teknologi 4mm yang terkini. Digandingkan dengan Cip Superkomputer Q1 yang canggih untuk meningkatkan prestasi dalam permainan video, memori yang cepat, dan storan data yang mencukupi, iQOO mampu menawarkan pengalaman bermain permainan video di tahap yang memuaskan


Platform Mudah Alih Snapdragon® 8 Gen 3 oleh Qualcomm memperkenalkan reka bentuk octa-core seimbang, merangkumi inti Cortex-X4 utama, lima inti prestasi Cortex-A720, dan dua inti kecekapan Cortex-A520. Ciptaan inovatif ini memastikan prestasi yang maksimum dan kecekapan tenaga. GPU Adreno 750 untuk memastikan pengalaman permainan video yang dominan, manakala 16GB RAM LPDDR5X dan storan kilat UFS4.0 sebanyak 512GB menyediakan pemuatan aplikasi yang lancar serta ruang yang mencukupi untuk permainan video


Bateri Grafit Berkemampuan Tinggi Dengan 120W Pengecasan Pantas
iQOO 12 dikuasai oleh bateri grafit berkemampuan tinggi setara 5000 mAh (TYP) yang menyokong 120W FlashCharge. Teknologi bateri grafit ini menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan penyelesaian bateri biasa. Salah satu ciri unik iQOO 12, teknologi bateri grafit tersebut memberikan prestasi tinggi dengan 9% lebih kapasitinya berbanding generasi sebelumnya, tanpa mengorbankan reka bentuknya yang nipis. Ciri-ciri jimat kuasa termasuk Mod Jimat Bateri dan Pengaktifan Seketika Bateri pada 0%


Pengalaman Permainan Video Yang Ditingkatkan Secara Visual Dengan Cip Superkomputer Q1
iQOO 12 memperkenalkan Cip Superkomputer Q1, sebuah cip paparan yang disesuaikan untuk menawarkan Game Super Resolution, Game Super Frame Rate, dan Game Display Enhancement - ciri-ciri yang secara drastik meningkatkan pengalaman permainan video

Dengan hanya satu sentuhan, pengguna dapat meningkatkan pengalaman permainan video mereka dengan Game Super Resolution, untuk meningkatkan kontras dan kejelasan gambar. Ciri Game Super Frame Rate untuk permainan video pada kadar bingkai yang mengagumkan iaitu 144 kadar bingkai sesaat (FPS), melangkau kadar bingkai tipikal dan menggunakan interpolasi bingkai untuk memastikan penggunaan dan permainan yang lancar. Sepadan dengan kadar penyegaran paparan semula 144Hz dan mengurangkan pergerakan visual yang perlahan dan secara tidak langsung mengganggu prestasi permainan video. Satu contoh yang baik bagi peningkatan ini adalah kemampuan untuk memainkan permainan yang berprestasi tinggi seperti Genshin Impact, PUBG Mobile, PUBG New State, dan League of Legends Mobile pada 144 FPS

Game Display Enhancement pula mengoptimumkan kualiti grafik dengan membina semula imej dengan butiran yang lebih tajam, merangkumi Penapis Am yang meningkatkan permainan. Penapis termasuk penambahbaikan adegan gelap yang membolehkan pemain mengenal pasti musuh dengan lebih baik dalam adegan gelap seperti terowong atau pertempuran waktu malam. Game Super Touch Control memberikan pemain ketepatan dan respons sentuhan yang lebih baik, mencegah tergelincir yang tidak diingini dan sentuhan tepi secara tidak sengaja, sambil meningkatkan ketepatan ketika peluh menjadi isu


iQOO 12 Mendedahkan Dunia Permainan yang Memikat
iQOO 12 memberikan pengalaman bermain permainan video yang memikat dengan paparan AMOLED LTPO 6.78 inci, 144Hz, dan resolusi 1.5K, mencipta ketumpatan piksel 452 PPI, serta menyokong HDR10+. Paparan ini mempunyai nisbah kontras luar biasa 80,00,000:1 dan mencapai kecerahan setempat sebanyak 3,000 unit. Dengan 105% ruang warna NTSC dan ketepatan 100% DCI-P3, ia memastikan reproduksi warna yang tepat. Pengalaman melihat ditingkatkan dengan pemendakan PWM frekuensi tinggi 2,160Hz dan perlindungan mata sinar biru rendah

Paparan AMOLED LTPO iQOO 12 boleh beralih dinamik antara kadar segar tinggi dan rendah, mengurangkan penggunaan tenaga ketika imej statik dipaparkan dan memberikan pengalaman melihat terbaik semasa menonton atau bermain permainan

Untuk memberikan pengalaman permainan video yang memuaskan, iQOO 12 dilengkapi dengan Motor Linear Besar X-Axis untuk maklum balas haptik yang tepat dan Dua Pembesar Stereo Simetris, meningkatkan isyarat arah dalam permainan first-person shooter (FPS). Kualiti audio yang luar biasa, dengan pemisahan instrumen yang jelas dan peningkatan frekuensi bass melalui bilik pembesar 1.2cc yang luas

Bagi memastikan keselesaan semasa bermain permainan video untuk jangka masa yang panjang, iQOO 12 menyertakan Sistem Penyejukan Empat-Zon, termasuk Vapour Chamber 6K untuk penyebaran haba CPU yang cekap, reka bentuk Sensitiviti Suhu Rendah, dan Filem Penyejukan Grafit Bawah Paparan untuk mengurangkan kadar kepanasan pada telefon pintar dan mengekalkan cengkaman yang sejuk. Semua elemen tersebut membolehkan pengalaman gaming yang benar-benar memikat dan mendalam


Ciri Kamera Yang Terbaik Pada Telefon Pintar Dalam Sejarah iQOO
iQOO 12 membawakan sistem tri-kamera pada kamera utama dengan Reka Bentuk Porthole. Ia mempunyai Kamera Astrografi 50MP yang kuat dengan teknologi spektrum biomimetik VCS2.0 untuk reproduksi warna yang unggul, dan berprestasi cemerlang dalam cahaya rendah. Dengan menggunakan teknologi pixel binning empat dalam satu untuk saiz piksel 2.4µm, ia menawarkan prestasi yang mengagumkan. Rakaman video termasuk 8K@30 FPS, 4K@30/60 FPS, dan video 720p, 1080p pada kadar hingga 240 FPS untuk rakaman gerak perlahan yang menakjubkan, dengan sokongan penstabilan OIS dan EIS untuk fotografi yang tajam. Susunan ini juga merangkumi Kamera Telefoto Periskop dan Kamera Sudut Lebar untuk pengalaman imej yang serba boleh

Kamera Telefoto Periskop iQOO 12 menawarkan Zum Ultra Panjang dengan sensor 64MP (f/2.57) 1/2'', Zum Optik 3X, dan Zum 10X. Ia mencapai Zum Digital 100X yang mengagumkan menggunakan algoritma N.I.C.E. (Neural Image Computational Engine) untuk pembatalan bunyi dan penambahbaikan butiran. Telefon ini juga mempunyai algoritma Ultra HD Document 3.0 untuk pembentangan skrin yang jelas bersepadu dengan lensa telefoto. Tambahan pula, untuk gambar sudut lebar, Kamera Sudut Lebar 50MP (f/2.0) sensor 1/2.76'' yang dedikasi menyokong pelbagai mod fotografi sudut lebar


Terinspirasi Oleh BMW M Motorsport: Legend Dan Alpha
iQOO 12 hadir dalam edisi Legend (putih) dan Alpha (hitam), kedua-duanya direka untuk membangkitkan semangat pengembaraan dan kelajuan. Edisi Legend yang terinspirasi oleh BMW M Motorsport menampilkan pinggiran yang bersiluet dan Kaca Enamel Putih dengan tekstur nano-optik piramid tiga dimensi. Dihiasi dengan jalur tiga warna dan corak Clous de Paris, ia merangkumi semangat perlumbaan


Manakala, edisi Alpha pula memberi tumpuan kepada cahaya dan bayangan, menampilkan badan kaca Fluorit AG hitam untuk tona warna yang unik dengan sinaran lembut. Tipis pada 8.1mm dan berat 203.7g, iQOO 12 adalah sebuah telefon pintar yang tahan debu dan tahan percikan air IP64, sesuai untuk kegunaan luar yang lasak, selari dengan objektif Jenama BMW M Motorsport

Jualan Pertama Dan Promosi iQOO 12
iQOO 12 dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember 2023 pada harga RM3,399 dan boleh dibeli melalui laman rasmi iQOO E-Store, Shopee, Lazada, and TikTok Shop

Selain itu, rakyat Malaysia boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM408, termasuk 1 tahun waranti dan perlindungan skrin selama 1 tahun., rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan vaucer diskaun sejumlah RM50 dan sehingga 10% vaucer platform, menawarkan harga sehingga RM3,349 pada jualan 12.12. Tertakluk kepada terma dan syarat

Untuk mengikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru iQOO sila rujuki di halaman Facebook iQOO dan laman web rasmi iQOO





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/12/iqoo-12-memperkenalkan-snapdragon-8-gen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iqoo 12 5g Telefon Pintar Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 3 Di Malaysia

Iqoo 12 5g Telefon Pintar Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 3 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 153 hits
iQOO sub jenama terkenal di bawah vivo sedang bersiap sedia untuk memberi impak yang ketara di Malaysia dengan penampilan pertama siri perdananya yang akan datang iQOO 12 5G yang menampilkan pelancaran pertama Snapdragon 8 Gen 3 di Malaysia...
Vivo V29 5g Memaparkan Potret Aura Light 2 0 Reka Bentuk Anggun Dan Prestasi Yang Mengagumkan

Vivo V29 5g Memaparkan Potret Aura Light 2 0 Reka Bentuk Anggun Dan Prestasi Yang Mengagumkan

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 152 hits
vivo sebuah syarikat teknologi yang terunggul hari ini bakal melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G Potret Aura Light 2 0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purpl...
Iqoo Z7 Series Memperkenalkan Warna Edisi Terhad Yang Baharu Tidak Lama Lagi

Iqoo Z7 Series Memperkenalkan Warna Edisi Terhad Yang Baharu Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 77 hits
iQOO teruja untuk mengeluarkan edisi terhad iQOO Z7 dalam warna baharu yang menakjubkan Dicipta untuk kedua dua eksklusif dan menarik perhatian varian iQOO Z7 ini merupakan ekspresi hebat keperibadian Gen Z Pemandangan seseorang yang memega...
Pawagam Patuh Syariah Pertama Malaysia Berwajah Baru Kini Di Lfs Cinemas Kuala Terengganu

Pawagam Patuh Syariah Pertama Malaysia Berwajah Baru Kini Di Lfs Cinemas Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 148 hits
Bermula pada 9 Disember 2023 Pawagam Lotus Five Star atau lebih dikenali sebagai LFS Kuala Terengganu kini memperkenalkan wajah barunya kepada orang ramai dengan menaik taraf fasiliti yang akan memberi kualiti perkhidmatan terbaik dan juga ...
Malaysia Merosot Dalam Pisa 2022 Pandemik Covid 19 Antara Faktor Penyumbang Utama

Malaysia Merosot Dalam Pisa 2022 Pandemik Covid 19 Antara Faktor Penyumbang Utama

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 124 hits
Azman bersama Ahmad Rafee dan Shafruddin menunjukkan buku Laporan Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022 pada sidang media hari ini NSTP HAZREEN MOHAMAD PUTRAJAYA Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga tiga domain literas...
Malaysia Madani Belanjawan 2024 Ringkasan Live

Malaysia Madani Belanjawan 2024 Ringkasan Live

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 149 hits
Intipati ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani Malaysia Madani merupakan kerangka dasar kepemimpinan negara dalam memartabatkan negara menjadi sebuah negara yang aman makmur maju dan dihormati oleh negara negara lain Usul dasar ini tela...
Pulang Ke Malaysia Kerana Diceraikan Suami Azah Aziz Buka Mulut Ada Yang Label Saya Pelac R Kanak Kanak

Pulang Ke Malaysia Kerana Diceraikan Suami Azah Aziz Buka Mulut Ada Yang Label Saya Pelac R Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 98 hits
Pelakon dan juga model Azah Aziz mengakui dia berasa sukar untuk menyesuaikan diri berada di Malaysia kerana sudah terlalu lama menetap di luar negara Ujar Azah dia perlu berpakaian lebih sopan dan menjaga penampilan kerana ingin menyesuaik...
Govt To Improve Legal Aid Services In East Malaysia Says Minister

Govt To Improve Legal Aid Services In East Malaysia Says Minister

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 121 hits
Law and institutional reform minister Azalina Othman Said said her ministry would be organising more roadshows as well as the Justice on Wheels programme PETALING JAYA The government intends to focus on improving legal aid services next yea...
Tular Individu Sokong Hubungan Malaysia Israel Video Lama Kata Fahmi

Tular Individu Sokong Hubungan Malaysia Israel Video Lama Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 102 hits
SEMAKAN dilakukan terhadap klip video tular berkenaan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial kata Menteri Komuni...
Why Didn T Cabinet Discuss Ringgit S Decline Asks Hamzah

Ringgit Likely To Hit 4 20 4 40 Against Us Dollar By Year End

Lirik Lagu Ibu Aku Ingin Bersandar Nabila Maharani

Jalan Jalan Di Laman Warisan Seni Kampung Laut Kelantan

Airasia Contributes To Strengthening Of Malaysia India Relations With Extensive Connectivity Between Both Countries

Pertama Kali Naik Keretapi Seat Biasa

Unlocking Financial Potential The Hea Home Equity Agreement

Striking The Right Chord Elevate Your Skills With Fresno Voice Lessons



5 Faedah Utama Matawang Ringgit Lebih Murah Berbanding US Dollar

Biodata Penyanyi Roxy Ixzy Juara Peserta Bintang RTM 2024

Kenapa Netizen Suka Melabel Sesuatu Sebagai P rn

Info Dan Sinopsis Indigo Filem Seram Indonesia 2023 Kini Di Platform Netflix

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023 2024 Astro


Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Unlocking Financial Opportunities Explore Hong Leong Bank S Offerings Today

Titik Buta Blind Spot Pada Kenderaan Berat

Gundam

K Jaan Langgar Semua Fadhli Shaari Konsert Melly Pula

Dwi Bebeck Is Back Saksikan Kisahnya Langsung Di Herma Insight Podcast