Malaysia Merosot Dalam Pisa 2022 Pandemik Covid 19 Antara Faktor Penyumbang Utama


Azman (tengah) bersama Ahmad Rafee (kiri) dan Shafruddin menunjukkan buku Laporan Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022, pada sidang media, hari ini. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD
PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022, dengan kesan pandemik COVID-19 yang menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat sebagai antara faktor penyumbang utama.

Hasil kajian PISA yang dilaksanakan setiap tiga tahun kecuali pada 2021 susulan pandemik itu, skor direkodkan purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik menurun sebanyak 31 mata pada kali ini, Literasi Saintifik (22) dan Literasi Bacaan (27) berbanding PISA 2018.

Keputusan pentaksiran kali ini turut menyaksikan Malaysia mencatat 52.1 peratus dalam penguasaan minimum Aras 2 hingga tertinggi Aras 6 bagi Literasi Saintifik, manakala Literasi Matematik pula 41.0 peratus dan Literasi Bacaan (41.9).

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan yang menanggung tugas Ketua Pengarah Pendidikan, berkata sebahagian besar daripada 81 negara peserta program anjuran Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) itu turut merekodkan kemerosotan purata pencapaian bagi tiga domain literasi dalam PISA 2022, yang mana pandemik COVID-19 juga dilihat secara antara faktor penyumbang utama.

Beliau berkata, sebanyak 58 negara merosot dalam purata pencapaian Literasi Matematik, termasuk Amerika Syarikat (AS), Hong Kong, Indonesia, Jerman dan Kanada; begitu juga 36 negara dalam Literasi Saintifik yang merangkumi AS, Perancis, Thailand dan Finland; serta 55 negara meliputi AS, Australia, Ireland, Jerman, Kanada dan Switzerland dengan keputusan sama bagi Literasi Bacaan.

"Purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik mencatat skor 409 mata kali ini berbanding 440 pada 2018, Literasi Saintifik 416 berbanding 438 mata, dan Literasi Bacaan 388 berbanding 415 mata.

"Purata pencapaian OECD juga menurun dengan merekodkan skor 472 mata kali ini berbanding 489 pada 2018 bagi Literasi Matematik, Literasi Saintifik 485 berbanding 489 mata, serta Literasi Bacaan 476 berbanding 487 mata," katanya ketika mengumumkan pencapaian Malaysia dalam PISA 2022, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin.

Sebanyak 199 sekolah serta institusi pendidikan di Malaysia mengambil bahagian berdasarkan persampelan berstrata oleh OECD dalam PISA 2022, membabitkan penyertaan seramai 7,069 murid lahir pada 2006 yang dipilih secara rawak di bandar dan luar bandar.

Malaysia telah menyertai kajian PISA sebanyak lima pusingan, iaitu pada 2009, 2012, 2015, 2018 dan 2022 di mana negara serantau yang turut mengambil bahagian ialah Brunei, Kemboja, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand serta Vietnam.

Menjelaskan lanjut, Azman berkata, purata pencapaian murid perempuan Malaysia mengatasi murid lelaki dalam ketiga-tiga domain literasi, walaupun skor dicatat kedua-dua jantina itu menunjukkan penurunan pada 2022 berbanding 2018.

Bagi Literasi Matematik, murid perempuan mencatatkan skor 414 mata kali ini, menurun 29 mata berbanding 443 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 33 mata apabila merekodkan skor 404 mata berbanding 437.

Bagi Literasi Saintifik, murid perempuan merekodkan skor 423 mata dalam PISA 2022, menurun 18 mata berbanding 441 pada 2018, dan murid lelaki merosot 24 mata dengan mencatat skor 410 mata berbanding 434.

Bagi Literasi Bacaan, murid perempuan mencatat skor 404 mata dalam pentaksiran kali ini, menurun 24 mata berbanding 428 pada 2018, manakala murid lelaki merosot 29 mata dengan merekodkan skor 373 mata berbanding 402.

Dari segi pencapaian murid Malaysia mengikut status sosioekonomi (SES) pula, skor dicatat golongan SES tinggi mengatasi SES rendah dalam ketiga-tiga domain, iaitu 458 mata (SES tinggi) berbanding 375 (SES rendah) bagi purata pencapaian Literasi Matematik, 463 berbanding 385 mata (Literasi Saintifik), dan 435 berbanding 357 mata (Literasi Bacaan), dengan perbezaan skor antara 78 hingga 83 mata.

Berhubung pencapaian murid Malaysia mengikut lokasi sekolah, skor di bandar adalah lebih tinggi berbanding luar bandar bagi purata pencapaian kesemua domain terbabit, iaitu 424 berbanding 399 mata dalam purata pencapaian Literasi Matematik, 431 berbanding 413 mata (Literasi Saintifik), dan 401 berbanding 389 mata (Literasi Bacaan), dengan perbezaan skor antara 12 hingga 25 mata.

Namun dalam usaha meningkatkan purata pencapaian Malaysia mengikut pusingan PISA yang seterusnya, Azman berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dan libat urus dengan rakan strategik serta pihak berkepentingan bagi memperkasakan kualiti pendidikan negara.

"Selain itu, KPM akan melakukan jerayawara serta sesi webinar dengan OECD supaya penambahbaikan dapat dilakukan dan lebih bersedia pada masa depan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/12/malaysia-merosot-dalam-pisa-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ranking Pisa Malaysia 2022 Jatuh Terduduk Jauh Di Tinggalkan Kemboja Brunei Dan Singapura

Ranking Pisa Malaysia 2022 Jatuh Terduduk Jauh Di Tinggalkan Kemboja Brunei Dan Singapura

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 246 hits
Prestasi ranking PISA Malaysia 2022 Keputusan Pisa 2022 telah menurun dengan terus sekali berbanding markah pada tahun 2018 Berita ini amat mengejutkan kerana malaysia seolah olah ketinggalan dan keterbelakang dari negara negara rantau asia...
Pisa Bukan Murid Malaysia Sahaja Catat Kemerosotan Kpm

Pisa Bukan Murid Malaysia Sahaja Catat Kemerosotan Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 212 hits
LAPORAN PENCAPAIAN Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pencapaian Malaysia dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa 2022 dalam Literasi Matematik Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan pada 5 Disember Foto BERNAMAPUTRAJAYA Mal...
Kes Covid 19 Di Malaysia Semakin Meningkat

Kes Covid 19 Di Malaysia Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 193 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu siaran media melaporkan kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat naik kepada 6 796 untuk minggu epidemiologi ke 48 Kadar kemasukan pesakit COVID 19 termasuk pesakit yang dis
Jumlah Eksport Malaysia Merosot Rm5 8 Bilion Kejatuhan Ke 8 Berturut Turut

Jumlah Eksport Malaysia Merosot Rm5 8 Bilion Kejatuhan Ke 8 Berturut Turut

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 190 hits
Jumlah nilai eksport Malaysia merudum lagi dengan pengurangan sebanyak RM5 8 bilion bulan lepas menurut perangkaan terkini kerajaan Nilai eksport pada Oktober 2023 berjumlah RM126 2 bilion merosot 4 4 berbanding bulan sebelumnya Menurut Jab...
Malaysia Singapore Set To Ink Mou On Special Economic Zone In January

Malaysia Singapore Set To Ink Mou On Special Economic Zone In January

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 186 hits
Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi said a memorandum of understanding between Malaysia and Singapore is scheduled to be signed on Jan 11 2024 in relation to the Johor Singapore Special Economic Zone At the Johor state legislative assembly ...
Malaysia Hobby Expo 2023 Kembali Dengan Lebih 50 Aktiviti Hobi Dan Lebih 250 Pempamer Hobi

Malaysia Hobby Expo 2023 Kembali Dengan Lebih 50 Aktiviti Hobi Dan Lebih 250 Pempamer Hobi

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 385 hits
Hi Korang Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke 5 menjanjikan lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio koleksi vintaj sukan lasak haiwan peliharaan buku dan majalah seni kraftangan dan pe...
Kematian Misteri Rinnji Rai Datang Malaysia Untuk B Nuh Diri

Kematian Misteri Rinnji Rai Datang Malaysia Untuk B Nuh Diri

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 192 hits
Rinji rai yang dikatakan dapat kerja di malaysia Itu lah yang dijanjikan sekiranya datang ke malaysia Hasil daripada siasatan menyatakan rinji rai mati bunuh diri tetapi keluarganya menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia adalah pembun...
Kemaman By Election Not Possible For Malaysia To Become A Secular Nation Says Umno Sec Gen Asyraf Wajdi

Kemaman By Election Not Possible For Malaysia To Become A Secular Nation Says Umno Sec Gen Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 179 hits
It is not possible that this country will become a secular country which separates national and state administration from Islam said Umno secretary general Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf said claims by PAS leaders that the administration ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor