Institusi Raja Tidak Sepatutnya Diheret Dengan Tohmahan Berkaitan Isu Politik Sultan Selangor



Institusi Raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan dan fitnah yang berkaitan dengan isu politik, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
(Berita Harian) – Berikutan itu, baginda menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama bertanggungjawab mengharmonikan dan menyuburkan perpaduan tanpa perlu meracuni fikiran rakyat dengan unsur negatif, terutama isu 3R (raja, agama, kaum).
“Institusi Raja adalah ‘above politics’, oleh itu sebarang bentuk teguran dan kritikan terhadap pemerintah dan Institusi Raja seharusnya disuarakan melalui saluran yang betul dan dilaksanakan secara berhemah.
“Beta sering menasihati pemimpin dan ahli politik untuk mengelak daripada mencetuskan politik kebencian, namun demikian budaya negatif ini masih diamalkan oleh sebahagian daripada pemimpin dan ahli politik.
“Bagaimanapun beta tidak akan jemu untuk terus menasihati seluruh rakyat agar sentiasa memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini, sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Sultan Selangor bertitah, segala perbezaan antara kaum, agama dan fahaman politik tidak harus dijadikan penghalang bagi rakyat Malaysia memberikan taat setia kepada negara.
Titah baginda, perbezaan itu seharusnya dijadikan resipi untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Baginda bertitah, usaha hendaklah dilakukan dengan berhemah bagi mengadakan program yang boleh merapatkan semula jurang pemisah demi mengikis segala prasangka buruk di jiwa sebahagian rakyat negara ini.
“Jauhilah dari segala amalan budaya hasad dengki, fitnah memfitnah serta mengadu-domba dan menghasut yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat. Sama-samalah kita berdoa semoga rakyat di negara yang kita cintai ini dapat hidup rukun dan damai,” titah baginda.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat agar memahami dan menghayati pengertian serta tujuan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun.
Titah baginda, kemerdekaan bukanlah sekadar kebebasan daripada cengkaman penjajahan dan melaungkan slogan ‘Merdeka!’ semata-mata.
“Kemerdekaan memerlukan pengorbanan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak/moral, pendidikan dan bahasa.
“Negara memerlukan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama untuk bersama bersemangat membentuk sebuah masyarakat yang teguh dan harmoni berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” titah baginda menerusi kenyataan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Sultan Selangor bertitah, generasi muda yang menjadi harapan bangsa dan negara terdedah dengan ancaman penjajahan dalam bentuk baharu yang menyentuh aspek pemikiran dan budaya yang berkembang seiring dengan kepesatan teknologi maklumat, khususnya media sosial.
Justeru, baginda bertitah agar generasi muda bijak dalam mendepani dan menyelesaikan segala permasalahan dan cabaran yang akan datang.
“Semangat patriotik, toleransi dan saling hormat-menghormati perlulah terus diterapkan ke jiwa generasi muda dan dizahirkan dalam bentuk perpaduan yang jitu, keharmonian yang utuh serta bebas dari sebarang elemen negatif.
“Beta yakin dengan penghayatan erti sebenar kemerdekaan akan dapat menyuburkan kembali semangat cinta kepada negara demi membentuk sebuah negara yang maju dan progresif,” titah baginda.
The post Institusi Raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan berkaitan isu politik – Sultan Selangor appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/30/institusi-raja-tidak-sepatutnya-diheret-dengan-tohmahan-berkaitan-isu-politik-sultan-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

Sentuh Isu Agama Raja Dan Kaum Ketika Kempen Prk Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Polis Pahang menerima sebanyak 28 laporan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama raja dan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri di Gu...
Dytm Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor

Dytm Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 356 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir SAY ASPIRE PITCH FINALE yang bertempat di Sunway Resort Hotel SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidma...
Mufti Pahang Tegaskan Keputusan Sultan Pahang Tidak Sepatutnya Di Pertikai Jadi Perdebatan

Mufti Pahang Tegaskan Keputusan Sultan Pahang Tidak Sepatutnya Di Pertikai Jadi Perdebatan

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 118 hits
PEKAN Umat Islam wajib menzahirkan ketaatan kepada kepimpinan sultan yang memerintah kerana peranan Raja Raja Melayu adalah menjadi payung kepada negeri dan negara Mufti Pahang Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim menegaskan apa sahaja kep...
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 102 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Bermula Esok

Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 142 hits
KUANTAN Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz esok Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Me...
Umno Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3r Dalam Kempen Pilihan Raya

Umno Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3r Dalam Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 127 hits
PEKAN UMNO Pekan mengingatkan semua pemimpin politik agar tidak mengamalkan budaya fitnah dan menyentuh isu agama raja dan kaum ketika berkempen pilihan raya Ketuanya Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata peringatan itu diberikan bag...
Majlis Raja Raja Kena Ambil Tindakan Tegas Dulu Ph Pernah Jadi Pembangkang Juga Tapi Tidak Pernah Hina Sultan Melayu

Majlis Raja Raja Kena Ambil Tindakan Tegas Dulu Ph Pernah Jadi Pembangkang Juga Tapi Tidak Pernah Hina Sultan Melayu

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 141 hits
Terang Lagi Bersuluh PRO Penderhaka Raja2 Melayu Ini wajah2 penyokong kepada mereka yang berani menghina bekas YDPA16 yang merupakan SULTAN PAHANG Tak pasti Tuan Ibrahim Tuan Man datang atau tidak mungkin ada menyorok di mana2 tu hahaha Sep...
Ini Rumah Misteri Mana Siapa Hantu Nya Politik Dajjal Umno Ph

Ini Rumah Misteri Mana Siapa Hantu Nya Politik Dajjal Umno Ph

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 275 hits
Rumah peserta terbiar kerana berpindah ke tempat lain bagi mencari rezeki 1 Peserta Agropolitan hilang pendapatan dihalang tuai sawitGUA MUSANG Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis dilaksanakan pada 2009 dengan harapan memban...
Tolak Politik Dinasti Ribuan Mahasiswa Di Jember Demo Kawal Putusan Mk

Tolak Politik Dinasti Ribuan Mahasiswa Di Jember Demo Kawal Putusan Mk

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 136 hits
Ribuan orang dari berbagai elemen masyarakat turun ke jalan menentang upaya revisi UU Pilkada Jumat
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi