Inilah Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Duit Sikit Dan Gaji Tak Cukup


Inilah yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Duit sikit dan Gaji Tak Cukup. Bila Gaji Tidak Cukup, Lihat Apa Arwah Mak Buat Untuk Saya” – Onn | Setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya, hidup senang dan mungkin dapat membantu mereka bila anak-anak mereka berjaya.
Mereka berkorban dari kita kecil sehinggalah menempuh alam pekerjaan yang sekurang-kurangnya memakan masa lebih 20 tahun, dalam tempoh berkenaan sesen pun kita tidak perlu keluarkan bahkan diberi pulak oleh mak dan ayah kita termasuk makan, minum, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai lagi.
Apa yang mereka lakukan kerana sayangkan anak mereka, ingin anak mereka hidup senang walaupun mereka susah, pengorbanan mereka cukup besar.
Anak-anak pula bila dah besar, hargailah mereka, bila dah kerja bagilah sedikit gaji anda kepada mereka untuk memperoleh keberkatan walaupun gaji kita kecil dan mak ayah tidak mintak pun, kerana keberkatan dalam hidup itu besar nikmatnya.
Dikongsi oleh seorang pakar motivasi, saudara Nazali Noor di laman Facebooknya sebuah catatan cerita pengalamannya bersama arwah ibunya dulu yang cukup memberikan kesan kepada setiap yang membacanya. Seorang ibu yang hebat.
Jom kita baca.
Inilah yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Duit sikit dan Gaji Tak Cukup
Bulan Februari agak istimewa kan?
Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain.
Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa.
Kira macam bonuslah kan? 🙂
Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya
” Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?”
Saya senyum.
Mak tambah lagi soalannya pada saya.
” Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?”
Saya makin senyum
” Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia.
Mak ayah penat susah payah besarkan dia.
Dah besar.. Dah kerja.. Kenalah balas budi mak ayah!”
Konfiden saya jawab.
Mak senyum.
“Itupun betul Onn.
Tapi ada satu lagi jawapan dia.
Onn nak tau?”
Dahi saya berkerut. Kepala saya anggukkan laju laju.
Saya alih tempat duduk saya rapat kat kaki mak sambil tampung kaki mak kat betis urut tapak kaki mak.
” Onn nak hidup berkat tak nanti?
Kalau Onn nak hidup berkat Onn kena bagi duit gaji kat mak ayah.
Mak tak harap banyakpun.
Sikitpun takpa. Ambik berkatnya tu.
Onn tau tak mana mana mak ayahpun besarrrr sangat hati kalau dapat duit dari anak anak tau?”
Dahi saya tambah berkerut.
Saya tanya mak
“Berkat tu cemana eh mak?”
Mak senyum lagi
Mak jawab
“Berkat tu kita rasa tak pernah sempit.
Walau sikit aja duit kita tapi tak sempit. Selesaaaa aja.
Kadang kadang sebab duit kita susah hati.
Tapi kalau berkat kan Onn, rezeki kita yang tak banyak tu kita boleh kongsi kongsi lagi kat orang”
Saya mula faham.
Mak tambah lagi.
“Sebab tu Onn tengok ada orang yang dia kerja kampung aja motong getah anak ramai lak tu.
Tapi anak anak dia semua pandai pandai kan?
Aaaa hidup berkatlah tu tau?
Onn nak hidup berkat kan?”
Saya angguk laju laju.
“Nanti dapat gaji bagi duit tau kat mak dengan ayah ya?
Ambik berkatnya eh nanti?”
Pesan mak lekat kat otak saya.
Saya masih ingat lagi. Gaji pertama saya kerja salesman jual periuk lepas SPM tahun 1989.
Dapat RM 200 lebih. Masa tu kerja kat Cheras.
Dapat aja gaji kat tangan saya mintak izin dengan Boss nak balik Ulu Yam.
Kami dok rumah sewa boss bagi jadi saya naik bas mini pergi Puduraya ambik bas balik Ulu Yam.
Sampai rumah mak saya keluarkan duit gaji tu.
” Mak ni gaji pertama Onn ni mak.
Dapat RM200 lebih. Mak ambiklah RM 200 ni ya mak?
Mak takyah risau Onn. Nanti kat Cheras sir tu bagi kami dok ramai ramai takyah bayar sewa.
Makanpun dia bagi beras lauk semua makan ramai ramai.
Mak ambik ya mak? Bagi ayah sama”
Mak ketap bibir.
Mak kira sehelai sehelai duit RM 50 ada 4 keping.
Mak cium duit tu.
Mak lipat 3 helai.
Mak pulangkan kat saya balik.
Saya tersentak!!
“Eh apa ni makkk? Janganlah mak. Ambiklah makkk”
Saya dah nak menangis dah!
Mak usap pipi saya. Mak senyum.
” Banyak ni Onn. Mak ambik sikit aja ya? Nanti Onn nak belanja kat KL tu?
Nah ambik ni ya?”
“Makkkkkkk.. Janganlah mak.. Ambiklah ya mak?”
Mak senyum
” Banyak ke sikit ke tak kisah Onn.
Onn nak berkatnya kan?”
Sampai sekarang saya ingat pesan mak tu.
Semenjak tu saya memang tak lupa bagi mak duit lepas dapat gaji.
Masa sempit macamanapun. Duit mak ayah saya akan dulukan.
Kalau saya sesak Ain akan tanya saya
“Duit mak abang dah bagi bang?”
Kalau saya tak cukup duit Ain yang bagi kat saya duit mak
Sebab Ain tau pesan mak pasal berkat dalam hidup.
Pernah sekali aja saya sesak sangat
Saya pergi rumah mak mintak maaf kat mak.
Kata saya sempit sangat duit tak cukup.
Mak ajak saya pergi pekan Batang Kali.
” Pergi mana ni mak”
” Onn ikut ajalah mak ya?”
Rupanya mak ajak gi pejabat pos.
Mak keluarkan duit ASB
Mak bagi saya duit! RM 500.
Mati mati saya tolak!
” Taknak makkkk!!!
Dahlah tak bagi mak duit bulan ni.
Nak ambik duit mak lagi?”
Taoi mak kata kat saya
” Ni bukan duit mak ni Onn.
Ni semua duit Onn yang onn bagi bulan bulan kat mak tu.
Kan Onn susah kan?
Onn ambiklah ya?
Kalau taknak ambik Onn pinjam aja.
Ada duit bayar balik nanti eh?
Onn jangan risau. Mak sentiasa doakan Onn berkat hidup anak beranak.
Ambik ya Onn?”
Itulah sekali saya tak bagi duit kat mak.
Sebab saya tamak sangat doa dari mak ayah
Saya nak sangat berkat pendapatan tu.
Jadi ni saya nak panjangkan pesan arwah mak saya ni.
Ni hujung bulan kan?
Dah gaji dah kan?
Baliklah eh?
Jenguk mak ayah kat kampung
Kongsilah sikit duit kita kat mak.. Kat ayah..
Tak banyak sikitpun jadilah
RM 10 ke kan?
Berkat doa mak ayah tu yang kita dambakan betul tak?
Saya ni…
Ada duit banyak manapunlah sekarang.
Mak ayah takda dah nak bagipun.
Cuma dapat doa aja dan panjang panjangkan ilmu arwah mak dan ayah bagi dulu kat sini.
Mana tau ada yang tersapa hati ke kan?
Dapat titip sikit pahala buat arwah mak dan ayah kat SANA kan?
Baliklah ya jap?
Sikit ke banyak bukan perkara pokok.
Bak kata mak saya
Berkat tu yang kita cari.
Baliklah ya?
Ya?….
(Please….)
The post Inilah yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Duit sikit dan Gaji Tak Cukup appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/inilah-yang-anda-perlu-lakukan-sekiranya-duit-sikit-dan-gaji-tak-cukup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Rompak Duit Gst Takkan Takde Malu Sikit Pun Bila Terbukti Salah

Tuduh Rompak Duit Gst Takkan Takde Malu Sikit Pun Bila Terbukti Salah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 390 hits
Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak dalam posting di Facebooknya kelmarin mengesahkan bahawa Jabatan Audit Negara tidak pun menjumpai tuduhan dari pihak regim bahawa RM 19 2 billion wang GST telah dirompak pentadbirannya Sebalik...
Jusuf Kalla Pejabat Korupsi Karena Gaji Rendah Pendapatan Negara Tak Tumbuh

Jusuf Kalla Pejabat Korupsi Karena Gaji Rendah Pendapatan Negara Tak Tumbuh

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 220 hits
Jusuf Kalla menyebut jika pertumbuhan penerimaan negara tinggi seperti Singapura dan Malaysia maka gaji pejabat juga tinggi Namun jika gaji rendah maka akan membuat pejabat mencari jalan lain untuk menambah pendapatan
Tak Perlu Pening Pening Pemuda Kongsi Cara Mudah Kumpul Rm12k Dengan Gaji Rm800 Dalam 3 Bulan

Tak Perlu Pening Pening Pemuda Kongsi Cara Mudah Kumpul Rm12k Dengan Gaji Rm800 Dalam 3 Bulan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 704 hits
Tak Perlu Pening Pening Pemuda Kongsi Cara Mudah Kumpul RM12K Dengan Gaji RM800 Dalam 3 BulanTak Perlu Pening Pening Pemuda Kongsi Cara Mudah Kumpul RM12K Dengan Gaji RM800 Dalam 3 Bulan
Gaji Hanya Rm800 Sebulan Tapi Mampu Kumpul Rm12k Dalam 3 Bulan Biar Betul

Gaji Hanya Rm800 Sebulan Tapi Mampu Kumpul Rm12k Dalam 3 Bulan Biar Betul

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 506 hits
Wah cantiknya kasut kat kedai tu Bila tengok harga alamak mahalnya Ramai antara kita yang mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbelanja sekarang ini Simpan RM12 000 3 bulan Dengan keadaan ekonomi yang memb...
Gerindra Sindir Psi Dpr Tak Terima Gaji Mau Makan Darimana Keluarganya

Gerindra Sindir Psi Dpr Tak Terima Gaji Mau Makan Darimana Keluarganya

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 275 hits
Gerindra Sindir PSI DPR Tak Terima Gaji Mau Makan darimana Keluarganya Dia menyebut sikap PSI tak realistis dengan keadaan partai Arief tak ingin partai besutan Grace Natalie itu sekadar cari perhatian dari rakyat
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 441 hits
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring Ramai Rakyat Malaysia...
Jurugambar Peribadi Diperlukan Oleh Keluarga Mewah Dengan Gaji Mencecah Rm 420 000 Setahun

Jurugambar Peribadi Diperlukan Oleh Keluarga Mewah Dengan Gaji Mencecah Rm 420 000 Setahun

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 266 hits
Media sosial seperti Instagram kini digunakan bagi menunjukkan kehidupan mewah yang sempurna Di dalam dunia hiburan jumlah pengikut yang tinggi kini menjadi antara sebab kontrak diberikan kepada pelakon dan model terkemuka Pengaruh media so...
Perancis Alami Darurat Ekonomi Umum Naik Gaji Batal Cukai

Perancis Alami Darurat Ekonomi Umum Naik Gaji Batal Cukai

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 272 hits
PENUNJUK perasaan menampal poster yang tertulis kenyataan Emmanuel Macron tidak menghormati Perancis REUTERSPARIS 11 Dis Buang masa dan tiada perubahan Demikian cakap cakap warga Perancis yang berlegar di media sosial terhadap pengumuman Pr...
Gaji Kecil Tapi Berkat

Gaji Kecil Tapi Berkat

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 3056 hits
Secara literal kita mengukur gaji kita melalui angka yang kita peroleh pada setiap bulan Tetapi kenapa ada yang bergaji RM5 000 tapi tak mampu menyimpan manakala yang bergaji RM2 000 pula mampu menabung untuk masa depan Apabila tiada keberk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba