Inilah Sebab Sebenar Kenapa Syazlin Dipaksa Tarik Diri Menjawab Tuduhan Tommy Thomas


Oleh : Khairul Azri

Berikut adalah rumusan sidang media oleh bekas Peguam arwah Adib, KPKT dan Jabatan Bomba iaitu Syazlin Mansor, mengenai inkues kes arwah Adib.


1. Sidang media dibuat untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan penarikan diri Shazlin serta isu-isu berbangkit untuk menutup segala spekulasi tidak berasas, dan supaya rakyat mengetahui sebab sebenar penarikan diri Shazlin.

2. Pada awalnya setelah arwah Adib meninggal dunia dan kes diklafikasikan sebagai kes bunuh oleh pihak polis, Shazlin telah dilantik oleh YB Menteri KPKT untuk bertindak sebagai peguam pemerhati @'watching brief' di dalam perbicaraan jenayah yang menyebabkan kematian arwah Adib.

Beliau juga turut dilantik oleh pihak keluarga arwah Adib mewakili keluarga arwah Adib, juga sebagai peguam pemerhati.

3. Malangnya tiada perbicaraan jenayah dan peguam negara telah memutuskan untuk membuat prosiding inkues, oleh itu Shazlin telah dilantik oleh kedua pihak yang sama untuk terus untuk mewakili mereka di dalam proseding inkues arwah Adib.

4. Pada hari pertama pengurusan kes proseding inkues berkenaan pada 18 Januari 2019, Shazlin telah memaklumkan kepada mahkamah koroner bahawa beliau memawikili keluarga arwah Adib, KPKT dan juga jabatan Bomba dalam inkues tersebut.

5. Pada hari yang sama juga, Shazlin telah memohon supaya KPKT dan Jabatan Bomba untuk menyertai keluarga arwah untuk masuk ke dalam inkues sebagai 'Pihak Berkepentingan'.

6. Tiada bantahan telah dibuat oleh pengendali inkues dan puan koroner telah membenarkan permohonan Shazlin untuk KPKT dan Jabatan Bomba untuk menyertai keluarga arwah untuk masuk ke dalam inkues sebagai 'Pihak Berkepentingan'.

7. Hal ini penting untuk dinyatakan bahawa daripada awal lagi sehinggalah kepada tarikh peguam negara menulis surat kepada YB menteri baru-baru ni, tiada sebarang bantahan dibuat daripada pegawai pengendali mengenai perlantikan Shazlin dan fakta bahawa Shazlin tidak boleh menjadi peguam kepada keluarga, KPKT dan Jabatan Bomba tidak timbul jika dibandingkan dengan bantahan pengendali kepada kemasukan dua lagi pihak lain ke dalam inkues.(Salah satunya Jawatankuasa Kuil)

8. Shazlin merasakan ianya adalah pelik apabila beliau mula menyoal teori pakar patologi forensik HKL dan membawa saksi pakar Prof Shahrom untuk membantu inkues, barulah isu konflik kepentingan Shazlin sebagai peguam dibangkitkan.

9. Walhal tindakan Shazlin membawa Prof Shahrom adalah satu kewajipan Shazlin sebagai peguam yang mewakili pihak berkepentingan dengan niat untuk membantu mahkahmah inkues dalam mendapatkan kebenaran dan kemungkinan yang telah berlaku.

10. Daripada kronologi kejadian yang berlaku sepanjang inkues, Shazlin berpendapat memang ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini, terutamanya dalam hal berkenaan keterangan saksi pakar Prof Shahrom.

11. Shazlin juga merujuk kenyataan media 4 alasan kenapa beliau perlu ditamatkan sebagai mempertikaikan profesionaliti dan integriti beliau sebagai peguam dan satu kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

12. Berikut adalah rebuttal daripada beliau kepada 4 alasan peguam negara,

i. Dakwaan berkenaan ketiadaan fiat, kelulusan dari AG,

- Merujuk kepada seksyen 379 KTTJ, yang fiat hanya diperlukan sekiranya beliau dilantik untuk mengendalikan prosiding inkues, yang mana di dalam inkues tersebut Shazlin bukanlah DPP. Beliau hanyalah peguam pihak berkepentingan, maka beliau tidak perlukan fiat seperti kata AG.

- Sebagai tambahan, Shazlin berpendapat sekiranya KPKT dan Bomba diwakili oleh DPP dari awal lagi, sudah tentu saksi seperti Prof Shahrom tidak akan dipanggil dan beberapa bukti keterangan material yang membantu inkues ini tidak akan timbul?

Apakah fungsi inkues dijalankan, jika semua pihak setuju sahaja dan teori hasil dapatan daripada pakar HKL?

ii. Dakwaan kononnya wujud konflik kepentingan, keranna menjadi peguam kepada keluarga, KPKT dan Jabatan Bomba

- Tidak wujud isu konflik kepentingan kerana tidak pernah timbul isu unutk keluarga menyaman KPKT dan bomba, kerana teori Adib dilanggar oleh bomba adalah teori yang tidak berasas yang mana teori tersebut dibuat oleh pihak yang tidak terlibat dengan prosiding inkues ini dan bukanlah teori pakar HKL. Maka tiada asas untuk keluarga percaya adib dilanggar oleh Bomba.

- Dalam keterangan mahkahmah juga, ayah Adib mengatakan bahawa Adib gembira apabila menerima kunjungan rakan-rakan anggota yang turut bertugas pada malam kejadian ketika beliau terlantar dihospital. Shazlin memprsoalkan kalau Adib dilanggar, kenapa arwah gembira rakan-rakan dia yang melanggar melawat dia?

-Beliau turut menegaskan bahawa Bomba dan keluarga berkongsi pendapat yang sama dan menolak teori Adib dilanggar dan pakar HKL. Jadi tidak ada konflik kepentingan disitu. Keluarga Adib sudah mengesahkan perkara ini

iii. Dakwaan kononnya Shazlin terlalu aktif memain peranan dan mengambil kedudukan yang bercanggah dengan DPP di dalam inkues.

- Beliau menegaskan bahawa beliau memainkan peranan aktif kerana beliau mewakili pihak2 berkepentingan dan ianya memang tugas beliau dalam membantu pihak koroner dan menyiasat apakah paling mungkin yang menyebabkan Adib mati.

- Beliau juga mempersoalkan mengapakah DPP yang merupakan pegawai pengendali inkues telah mengambil kedudukan?

Bukankah pegawai pengendali inkues perlu bersikap neutral dan tidak mengambil sebarang kedudukan? DPP juga digelar sebagai pegawai pengendali inkues dan bukannya DPP, ini jelas menunjukkan tugas mereka sepatutnya hanya mengendalikan inkues berbanding beliau yang merupakan peguam pihak-pihak berkepentingan boleh mengambil kedudukan dan juga pendirian mengikut arahan anak-anak guam beliau yang mana mempunyai kepentingan langsung dalam prosiding inkues tersebut.

- Tambahan lagi, sewaktu diperingkat pengurusan kes sebelum inkues bermula pegawai pengendali telah bertanya kepada beliau apakah pegangan yang diambil oleh ketiga pihak berkepentingan yang diwakili beliau, dan beliau telah secara jelas memberitahu bahawa pihak-pihak yang diwakili oleh beliau tidak bersetuju dengan teori pakar HKL dan percaya terdapat unsur jenayah dengan kematian arwah Adib.

- Oleh itu beliau terkejut kenapa peguam negara seolah-olah tidak tahu akan pendirian pihak berkecuali ini yang sememangnya berhak mengemukakan sebarang bukti di dalam inkues untuk membantu mahkamah dalam menentukan sebab kematian arwah seperti dalam sekseyn 328, 337KTTJ.

iv. Dakwaan kononnya suami Shazlin sebagai SUA adalah sebuah isu.

- Tidak ada isu di sini, kerana Shazlin berkhidmat secara 'probono'(percuma). Pegawai Pengendali inkues juga tahu akan perkara ini.Jadi apakah sebab AG menaikkan perkara ini? Beliau percaya AG berniat jahat terhadap beliau dan suami beliau dan cubaan memburukkan beliau dan suami beliau.

- Adakah menjadi kesalahan bagi beliau untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada KPKT dan Bomba, dan beliau sememangnya peguam jenayah dan firma beliau memang mengambil kes-kes jenayah sahaja. Beliau amat terkilan kerana AG mengheret suami beliau ke dalam isu ini.

13. Pada 27 /5/2019 pegawai pengendali inkues telah mengesahkan bahawa AG tahu akan fakta bahawa beliau mewakili tiga pihak berkepentingan dan hanya menyingkirkan beliau kerana kononnya AG berpendapat bahawa beliau tidak lagi membantu inkues dan tidak bertindak secara 'Bona fide'(niat baik).

Bagi AG, tindakan Shazlin mempersoalkan teori pakar HKL dan tidak senada dengan pengendali inkues dianggap sebagai 'Mala Fide' (niat jahat).

14. Shazlin berharap kenyataan beliau pada harini dapat menjawab kekeliruan yang sedang tular kini, beliau juga memaklumkan akan terus mewakili keluarga arwah Adib dalam prosiding inkues ini.

Demi Keadilan, Demi Kebenaran.

Sebarkan.

Sekian.

#justice4adib
#standnbecounted

Rujukan:

[1] Sidang Media oleh bekas Peguam Syazlin Mansor, mengenai inkues kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/inilah-sebab-sebenar-kenapa-syazlin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al Quran

Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al Quran

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 362 hits
Terjumpa buku ini di Mydin Mall USJ pada harga RM35 isinya amat menarik Tapi tak terbeli pula pada masa itu Cari di kedai kedai dan booth buku tak ketemui nampaknya kena pergi semula ke Mydin Mall USJ untuk mendapatkannya ISBN 9789670267692...
Inkues Adib Tarik Diri Kerana Konflik Kepentingan Badan Peguam

Inkues Adib Tarik Diri Kerana Konflik Kepentingan Badan Peguam

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 354 hits
Inkues Adib Tarik diri kerana konflik kepentingan Badan PeguamPosted By on June 03 2019Presiden Badan Peguam Malaysia Abdul Fareed Abdul Gafoor bersetuju dengan pendirian Peguam Negara Tommy Thomas bahawa terdapat potensi untuk berlakunya k...
Alasan Tommy Saya Tidak Bantu Inkues Adib Secara Baik Ada Niat Jahat Syazlin

Alasan Tommy Saya Tidak Bantu Inkues Adib Secara Baik Ada Niat Jahat Syazlin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 367 hits
Reaksi Peguam Syazlin Mansor ketika bercakap dalam sidang media mengenai akan kembali mewakili anggota keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues berkaitan punca kematian allahyarham di Majlis Perundingan Melayu di Kuala ...
Pemain Ugut Boikot Skuad Kebangsaan Jika Macau Fa Tarik Diri Pusingan Kelayakan Piala Dunia

Pemain Ugut Boikot Skuad Kebangsaan Jika Macau Fa Tarik Diri Pusingan Kelayakan Piala Dunia

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 311 hits
Kancah kelayakan Piala Dunia 2022 dikejutkan dengan berita ada pasukan yang akan menarik diri Pasukan yang dimaksudkan ialah Macau Berita ini dipercayai tersebar sejak awal malam tadi Apa yang berlaku 2022
Nasihat Untuk Tommy Thomas Letak Jawatan Cara Terhormat Atau Di Singkirkan Cara Terbangsat

Nasihat Untuk Tommy Thomas Letak Jawatan Cara Terhormat Atau Di Singkirkan Cara Terbangsat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 526 hits
Peguam Negara Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang undang utama kerajaan Malaysia Peguam Negara juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan Peranan dan tanggungjawab Peguam Negara di peruntukkan dalam Perkara 145 Per...
Makin Ramai Marah Tommy Thomas

Makin Ramai Marah Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 301 hits
Peguam Negara Tommy Thomas KUALA LUMPUR Sesuatu yang diluar jangkaan apabila Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan tidak ada tindakan lanjut dalam isu penderaan amah Indonesia Adelina Lisao Adelina 26 dipercayai meninggal dunia 11 Febru...
11 Sebab Tommy Thomas Adalah Peguam Negara Paling Gagal Dan Wajib Dipecat

11 Sebab Tommy Thomas Adalah Peguam Negara Paling Gagal Dan Wajib Dipecat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 304 hits
SAYA fikir Tommy Thomas ini baik buka gerai karipap sajalah Terlalu banyak kegagalan beliau dalam tempoh setahun sebagai Peguam Negara 1 Beliau menggugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng sedangkan perbicaraan tengah berjalan 2 Beliau menubuhk...
Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 381 hits
Adakah wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk lindung pesalah BANGI Sejak dilancarkan Selasa lalu 21 923 rakyat sudah menandatangani petisyen atas talian bagi mendesak Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan Petisyen yang dilan...
Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 447 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berasaskan 10 SEBAB yang digariskan seperti berikut Pendedahan Puan Syazlin Mansur bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan K...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats