Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai Skip Salah Satu Langkah Ini


Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap, Jangan Sampai SKIP Salah Satu Langkah Ini! Mesti ramai perempuan yang nak sangat tahu rahsia kulit cantik tanpa perlu mekap. Selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada wajah dengan solekan yang tebal. Bukan sahaja kulit tidak bernafas malah wajah wanita yang bersolek tebal kelihatan matang dan kadang kala terlihat tua daripada usia. Jadi macam mana nak biasakan kulit bebas tanpa mekap kalau kulit wajah masih tak sihat, ada parut dan ada cela lain? Haaa… inilah caranya nak tampak cantik walaupun tidak bersolek. Jom selongkar rahsianya!

1. Cuci Muka 2 Kali Sehari Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi.

2. Pelembap Wajah Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir suria. Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3. Cara Kreatif Skrub Wajah Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. Namun untuk golongan yang mempunyai kulit sensitif, ini caranya. Rendamkan tuala kecil dalam air suam, kemudian lap wajah secara perlahan-lahan. Kaedah ini membuang sel kulit mati dan membantu menjadikan kulit halus. Lakukan dua kali seminggu, kulit anda akan kembali menawan.

4. Penyegar Bebas Alkohol Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Justeru, jangan culas menggunakan penyegar jika mahu miliki kulit yang cantik.

5. Bersihkan Solekan Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.

Petua Jaga Kulit Secara Alami 1. Minum jus lemon
Enzim di dalam jus membuang sel-sel mati di kulit secara tak langsung membantu mengurangkan warna parut di kulit dan melembutkan serta melicinkan kulit. Petua kulit licin ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Caranya: Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.

2. Sapu Madu Madu digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, malah elok untuk disapukan pada kulit.
Caranya: Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur. Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.

3. Masker Gel Lidah Buaya Ini cara orang dulu-dulu, guna getah lidah buaya a.k.a aloe vera tempek kat muka. Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.
Caranya: Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu. Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.

4. Buat toner tomato Anda boleh lenyek dan ambil airnya buat toner bagi membantu merawat jerawat, jeragat dan blemish.
Caranya: Kisar beberapa biji tomato sehingga menjadi pes. Ambil pes dan tekap pada muka selama 10 minit atau bahagian kulit yang tidak sekata. Jika dilakukan setiap hari, hasilnya pori-pori akan mengecil di muka menjadikan kulit lebih licin. Ok, sekarang pilihan di tangan anda, nak tutup masalah kulit dengan mekap atau merawat parut dan cela bagi kulit sihat? Kalau rajin dan nak sangat keluar tanpa mekap, sila amalkan petua dan cara jaga kulit wajah seperti di atas! Confirm, awet muda!
Nota: gambar sekadar hiasan
Sumber: Mingguan Wanita
The post Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap, Jangan Sampai SKIP Salah Satu Langkah Ini! appeared first on Apakes.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/inilah-rahsia-kulit-cantik-untuk-perempuan-yang-jenis-malas-mekap-jangan-sampai-skip-salah-satu-langkah-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 693 hits
Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang Wanita masuk saja angka 25 anda patut belek kulit wajah lebih daripada biasa sebab tanda tanda penuaan pasti akan kelihatan Perha...
Memang Cun Habis Senarai 9 Artis Perempuan Cantik Bertudung

Memang Cun Habis Senarai 9 Artis Perempuan Cantik Bertudung

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 2015 hits
Malaysia memang terdapat ramai artis wanita yang comel namun artis bertudung selalu menjadi pilihan peminat kerana lebih comel ayu sopan dan lain2 Kami mengumpulkan gambar top 10 artis bertudung yang paling comel terbaik untuk anda 1 Fida I...
20 Jenis Penyakit Kulit Di Wajah Penyebab Gambarnya

20 Jenis Penyakit Kulit Di Wajah Penyebab Gambarnya

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 574 hits
Jenis penyakit kulit di wajah penyebab gambarnya Muka atau sering di sebut wajah ialah suatu organ pusat untuk melakukan ekspresi saat melakukan komunikasi Wajah atau muka memiliki beberapa organ penting seperti mata hidung telinga dan lida...
Kaum Hawa Banyak R M Hkan S D R T Rahasia Cantik Ini Jangan Dit Ruskan Kalau Mau Tampil M Nawan

Kaum Hawa Banyak R M Hkan S D R T Rahasia Cantik Ini Jangan Dit Ruskan Kalau Mau Tampil M Nawan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 320 hits
Kaum Hawa Banyak R m hkan S d r t Rahasia Cantik Ini Jangan Dit ruskan Kalau Mau Tampil M nawan M rawat wajah dan tubuh t dak bol h s mbarangan d lakukan T rkadang k ta cukup puas d ngan m mbaca p tunjuk p nggunaan tanpa m ncar tahu l b h l...
Ibu Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan Wow Menarik Ni

Ibu Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan Wow Menarik Ni

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 318 hits
Informasi By rencah7 Memiliki anak perempuan cukup mengujakan Nak nak lagi buat si ibu yang suka bergaya Waktu inilah boleh tampil sedondon atau membeli baju yang cantik dengan pelbagai rekaan Bukan itu sahaja ada ada satu kajian yang dijal...
Tips Tampil Cantik Agar Gak Salah Kostum Di Pernikahan Teman

Tips Tampil Cantik Agar Gak Salah Kostum Di Pernikahan Teman

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 310 hits
Tips Tampil Cantik Agar Gak Salah Kostum Di Pernikahan Teman Tips Tampil Cantik Agar Gak Salah Kostum Di Pernikahan Teman Acara pernikahan mulai memenuhi daftar agenda bulanan kita ya guys terlebih lagi teman teman kita sudah punya calon ma...
Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 427 hits
Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab sebab tertentu Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggan...
5 Sebab Orang Perempuan Paling Cantik Classy Pada Usia 30an

5 Sebab Orang Perempuan Paling Cantik Classy Pada Usia 30an

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1042 hits
5 Sebab Orang Perempuan Paling Cantik Classy Pada Usia 30an Bila kita makin bertambah usia nampak perempuan yang muda muda ni boleh timbul rasa cemburu Tapi kata orang nak tengok wanita yang paling cantik adalah pada usia 30an Ini bukan cob...
Biar Masuk Penjara Kerana Politik Jangan Kerana Salah Guna Kuasa Nik Nazmi

Biar Masuk Penjara Kerana Politik Jangan Kerana Salah Guna Kuasa Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 441 hits
SHAH ALAM Biar masuk penjara kerana perjuangkan keadilan dan demokrasi jangan masuk penjara kerana salah guna kuasa itu peringatan yang disampaikan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad kepada semua ahli Parti Keadilan Rakyat har...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025