Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang


Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang! Wanita, masuk saja angka 25, anda patut belek kulit wajah lebih daripada biasa sebab tanda-tanda penuaan pasti akan kelihatan. Perhatikan garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Ya, kulit juga menjadi kendur, kusam dan tidak berseri seperti dulu. Untuk hapuskan masalah ini, anda haruslah amalkan beberapa cara ini…

1. Ambil tahu cara bersihkan wajah Ramai ambil mudah soal pembersihan kulit. Mereka membersihkan kulit secara cincai, tabiat buruk ini mendatangkan pelbagai masalah. Kulit yang tidak bersih akan mudah ditumbuhi jerawat. Cara terbaik memiliki kulit sihat dan cantik adalah penelitian ketika membersihkan wajah. Yang suka bersolek, pastikan wajah dibersihkan dengan pencuci solekan. Kemudian, barulah bersihkan kulit wajah dengan pencuci yang tepat.

2. Kulit kena jaga dari peringkat awal Usia remaja adalah permulaan terbaik untuk anda mengenali jenis kulit dan menggunakan produk penjagaan yang sesuai. Dapatkan bantuan golongan yang pakar untuk membantu anda memilih produk yang tepat. Penjagaan dari awal akan membuatkan kulit wajah kekal remaja.

3. Cantikkan luar dan dalam Tolong jangan hanya memfokuskan kepada penjagaan luaran seperti merawat wajah dan tubuh. Wanita mesti menjaga kecantikan dalaman, amalkan mengambil jamu atau herba sejak dari zaman anak dara. Bagi yang tidak menggemari cara tradisional, anda boleh mengambil suplemen berasas bahan alami dan mengikut keperluan diri.

4. Tidur kena cukup Tubuh dan wajah yang kurang rehat dan tidur akan kelihatan lesu dan kusam. Agar wajah tampak segar dan tubuh bertenaga, dapatkan rehat yang mencukupi. Jangan bebankan diri dengan kerja yang keterlaluan, luangkan masa berehat selepas berpenat lelah. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh dan wajah tampak berseri. Ketika tidur, tubuh, minda dan wajah berehat. Ini membantu memperbaharui sel baru. Hasilnya anda tampak muda dan ceria.

5. Jangan tinggal pakai masker Bersihkan wajah dengan sempurna, menggunakan penyegar dan mengoles wajah dengan pelembap. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan, amalkan penggunaan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Masker boleh dibeli di pusat kecantikan atau farmasi atau anda juga boleh membuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan dari dapur seperti masker tomato, putih telur atau yogurt. Lumurkan pada wajah, biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

6. Ambil peluang masuk SPA Tubuh letih perlu dirawat dengan baik. Anda boleh melakukan sauna herba, urutan dan skrub tubuh agar kulit menjadi halus menawan. Lakukan perawatan wajah sebulan sekali di spa. Perawatan lengkap dengan persekitaran selesa adalah terapi untuk wanita kembali anggun.
Sumber: Mingguan Wanita
Artikel Lain

Amalkan 5 Pemakanan Ini Untuk Kekal Sihat Tubuh badan yang sihat mempercepatkan anda untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Jika anda sering sakit mungkin disebabkan kurangnya zat di dalam badan atau dengan erti kata lain pemakanan yang tidak seimbang diamalkan. Amalkan lima pemakanan berikut untuk kekal sihat.

1. Lobak merah kaya khasiat Lobak merah atau nama saintifiknya Dancus Coreta merupakan salah satu sayuran yang memang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk vitamin A yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Selain dimasak dan dicampurkan dengan sayur-sayuran lain, lobak merah juga boleh dibuat jus, bahan campuran salad, dimakan secara mentah, ataupun sebagai bahan perisa untuk membuat kek.

2. Atasi bau badan Masalah bau badan memang sesuatu yang memalukan. Ini kerana ia bukan sahaja membuat kita berasa tidak selesa kerana bimbang akan membuatkan orang di sekitar kita kurang senang. Namun anda tidak perlu susah hati kerana masalah ini boleh dikurangkan. Selain menggunakan haruman badan, yang bersifat sementara, anda boleh mengurangkan bau badan dengan pengambilan beberapa jenis makanan berikut:

3. Kelebihan air limau Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman yang masam rasanya dapat menggalakkan pembakaran lemak di dalam badan. Tetapi perlulah dikurangkan gula atau pesan tanpa gula.

4. Putih telur kurangkan tekanan darah tinggi Berdasarkan maklumat dari Newsmaxhealth, menerusi penelitian yang dilakukan oleh Universiti Clemson, mendapati terdapat peptida iaitu sejenis bahan yang mengandungi dua atau lebih asid amino di dalam putih telur. Ia dikatakan dapat membantu untuk mengurangi tekanan darah tinggi. Putih telur sangat bagus untuk diambil kerana tidak mengandungi kolesterol berbanding kuning telur yang mengandungi kolesterol.

5. Madu Pemanis Semula Jadi Walau pun sudah banyak info berkaitan dengan khasiat madu, namun masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Madu kadang kala disamakan dengan gula kerana rasa manisnya. Padahal madu ialah pemanis semula jadi dan menguntungkan kesihatan jantung. Beberapa kajian menunjukkan, madu mampu mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh.
The post Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-25-tahun-ke-atas-anda-patut-tahu-6-rahsia-jaga-kulit-wajah-kekal-cantik-dan-jelita-ramai-yang-terlepas-pandang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai Skip Salah Satu Langkah Ini

Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai Skip Salah Satu Langkah Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 684 hits
Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai SKIP Salah Satu Langkah Ini Mesti ramai perempuan yang nak sangat tahu rahsia kulit cantik tanpa perlu mekap Selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada ...
Inilah Dia Wajah Artis Wanita Malaysia Dan Antarabangsa Tanpa Make Up Siapa Nampak Paling Cantik

Inilah Dia Wajah Artis Wanita Malaysia Dan Antarabangsa Tanpa Make Up Siapa Nampak Paling Cantik

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1918 hits
Setiap wanita memiliki kecantikan mereka tersendiri Tapi sekarang ni susah nak cari wanita yang semula jadi cantik tanpa mekap Sebut je pasal selebriti mesti ramai yang cakap Deorang tu cantik sebab mekap kalau tak mekap tak cantik pun Kami...
Rahsia Me Time Wanita Bekerjaya Dengan Sho Aging Red Ginseng Ampoule Glowing Rahsia Cantik Wanita Korea

Rahsia Me Time Wanita Bekerjaya Dengan Sho Aging Red Ginseng Ampoule Glowing Rahsia Cantik Wanita Korea

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 512 hits
Rahsia Me Time Wanita Bekerjaya Dengan Serum SHO Red Ginseng Bak Glowing Wanita Korea Assalamualakikum Salam Sayang semua pembaca saya yang dirahmati Jom hari ni saya nak kongsikan satu produk Korea yang membuatkan mereka ni cantik berseri ...
Kulit Yang Cantik Bermula Dari Cara Mencuci Wajah

Kulit Yang Cantik Bermula Dari Cara Mencuci Wajah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 534 hits
Assalamualaikum Yeeehuuu Alhamdulillah Sekarang ni memang Ina tengah menggila Ehehehe Gila apa tuu Yang pasti bukanlah gila meroyan Of course laa gila dan taksub kepada beauty stuff Heeeehhhh Dah kata nak cantik kan Ahakss Nak dapatkan dan ...
5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik Awet Muda

5 Rahsia Song Ji Hyo Kekal Cantik Awet Muda

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 725 hits
Ramai yang tidak menyangka usia wanita cantik ini sudah menginjak 36 tahun Walaupun sentiasa melakukan aksi lasak dalam rancangan Running Man namun Ji Hyo kekal cantik Lebih menarik tentang Ji Hyo ialah dia jarang mengenakan mekap tebal di ...
Unifi 100mbps Tetap Kekal Pada Harga Rm129 Selepas Tempoh 2 Tahun

Unifi 100mbps Tetap Kekal Pada Harga Rm129 Selepas Tempoh 2 Tahun

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 300 hits
Rentetan daripada isu kenaikan harga langganan pakej unifi 100Mbps selepas tempoh dua tahun semalam pihak TM telahpun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu Menerusi platform media sosial rasmi TM menjelaskan bahawa harga langganan bu...
Ujian Imbasan Dilakukan Ke Atas Buaya Mumia Berusia 2 500 Tahun Ini Dan Keputusannya Sangat Mengejutkan

Ujian Imbasan Dilakukan Ke Atas Buaya Mumia Berusia 2 500 Tahun Ini Dan Keputusannya Sangat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 370 hits
Ujian Imbasan Dilakukan Ke Atas Buaya Mumia Berusia 2 500 Tahun Ini Dan Keputusannya Sangat MengejutkanUjian Imbasan Dilakukan Ke Atas Buaya Mumia Berusia 2 500 Tahun Ini Dan Keputusannya Sangat Mengejutkan
Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 706 hits
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan Ramai ib...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game