Inilah Mimpi Aneh Yang Dialami Tunku Abdul Rahman Sebelum Peristiwa 13 Mei Yang Tidak Pernah Dihebohkan


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menamatkan khidmatnya sebagai Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia pada 22 September 1970 setelah 15 tahun menjawat jawatan tersebut.
Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, ucapan terima kasih Tunku kepada rakyat Malaysia disiarkan di muka depan Utusan Malaysia pada 21 September, sehari sebelum tarikh persaraannya tiba.
Disebut dalam ucapan tersebut, Tunku terharu dengan sokongan rakyat terhadap pemerintahannya yang menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah berlaku, baik titik gemilang mahupun titik hitam.
“ Selama 13 tahun saya menjadi Perdana Menteri dan dua tahun sebagai Ketua Menteri adalah merupakan tahun-tahun yang gemilang, penuh muhibah dan persahabatan yang saya rasai di semua peringkat. Saya terharu dengan budi baik yang telah ditunjukkan oleh setiap orang kepada saya,” kata Tunku.
Tunku turut menyatakan rasa gembiranya memimpin Malaysia dan sepanjang tempoh itu, Tunku hanya berduka dengan satu peristiwa.
“ Kecuali peristiwa 13 Mei, saya tidak ada sebab untuk berduka,” katanya.
Tunku alami mimpi aneh sebelum berlaku peristiwa 13 Mei Dalam buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas terbitan Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. (2007), Tunku mengaitkan peristiwa 13 Mei dengan mimpi buruk yang diterimanya beberapa hari sebelum peristiwa hitam itu.
Ketika itu, Tunku bermimpi sedang melalui lorong yang sangat kotor, berlecak dan dipenuhi sampah sarap sebelum ternampak segerombolan tikus longkang besar keluar dari parit di sebelah kirinya.
Ketika mengelak daripada melalui lorong yang penuh dengan tikus itu, Tunku ternampak pula sekumpulan lalat-lalat hijau berterbangan keluar dari parit sebelah kanan.
Tidak lama kemudian, pada pagi hari mengundi Pilihan Raya Umum 1969, tasbih yang digunakan Tunku untuk berzikir selepas solat subuh tersangkut di penjuru meja lalu terputus menyebabkan manik-maniknya bertaburan.
Menurutnya, selepas berlakunya peristiwa 13 Mei, baharulah Tunku sedar akan alamat yang diterima daripada mimpi dan kejadian manik tasbih bertaburan itu.
Ini maksud mimpi aneh itu mengikut tafsiran Tunku Kata Tunku, tikus-tikus itu merupakan komunis dan konco-konco mereka serta semua anasir jahat yang membawa kepada peristiwa berdarah tersebut.
Komunis serta konco-konco mereka bertanggungjawab menganjurkan perarakan mayat pada 9 Mei 1969 dengan tujuan me­nimbulkan kekacauan sete­rusnya menggagalkan penganjuran Pilihan Raya Umum Ketiga (PRU-3).
Tiga hari kemudian, parti Gerakan dan DAP pula mengadakan perarakan ‘kemenangan’ yang mencetuskan provokasi dan membawa kepada peristiwa yang Tunku sifatkan sebagai kekacauan sehabis-habis buruk yang tidak pernah berlaku di Kuala Lumpur sebelum itu.

Sementara itu, lalat-lalat hijau yang berterbangan pula ditafsir sebagai orang yang cuba mengganggu kedudukan Tunku sebagai Presiden UMNO selepas peristiwa 13 Mei.
Tunku memberitahu, pada 25 Mei 1969, seorang lelaki yang menyamar sebagai sahabat lama baginda, Datuk Sayed Esa Almanoer telah menghubunginya. Lelaki itu memberitahu ada 20 ahli UMNO sedang bermesyuarat untuk menyingkirkan Tunku daripada Presiden UMNO. Walaupun tidak mahu percaya, Tunku terus diganggu dengan panggilan itu untuk beberapa hari.
Tidak lama selepas itu juga Tun Dr. Mahathir Mohamad menghantar surat mengkritik kepemimpinan Tunku sebelum menyebarkannya kepada orang ramai. Tunku menggelar perbuatan memburuk-burukkannya itu sebagai kempen benci terhadapnya dan ia berlanjutan agak lama. Kata Tunku, itulah lalat-lalat hijau yang terus mengekori dan berdesing-desing di telinga­nya.
Segala kejadian itu memberi kesimpulan kepada Tunku bahawa tasbih yang terburai daripada talinya ketika sembahyang subuh di pagi hari mengundi menandakan pecahnya keamanan dan keharmonian kaum di negara ini.
Peristiwa 13 Mei ternyata memberi kesan signifikan kepada kerjaya politik Tunku. Pada akhirnya, Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun jasanya dikenang seluruh rakyat sehingga ke hari ini sebagai Perdana Menteri yang membawa nikmat merdeka ke tanah bertuah ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : utusan
The post Inilah Mimpi Aneh Yang Dialami Tunku Abdul Rahman Sebelum Peristiwa 13 Mei Yang Tidak Pernah Dihebohkan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/inilah-mimpi-aneh-yang-dialami-tunku-abdul-rahman-sebelum-peristiwa-13-mei-yang-tidak-pernah-dihebohkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 307 hits
BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah S...
Cerita Tentang Mimpi Aneh Yang Nggak Masuk Akal Kamu Pernah Mimpi Jadi Lampu Taman Nggak

Cerita Tentang Mimpi Aneh Yang Nggak Masuk Akal Kamu Pernah Mimpi Jadi Lampu Taman Nggak

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 307 hits
Maaf ini bukan primbon cuma sebuah cerita konyol tentang tidur sambil berjalan sampai mimpi jadi lampu taman Untung aja nggak pernah mimpi jadi gir Supra
Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi Petua Sedapkan Sajian Autentik Johor

Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi Petua Sedapkan Sajian Autentik Johor

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 554 hits
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Istana Batu Pahat Datin Hajar Abdul Rahman Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA Menurut Datin Hajar dia mampu menye...
Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 365 hits
Bekas pegawai MAS mengulas cadangan MP Jelutong Rsn Rayer bahawa pemilik AirAsia Tan Sri Tony Fernandes calon sesuai memulihkan MAS Dua veteran Malaysia Airlines menolak cadangan seorang ahli Parlimen DAP untuk melantik Ketua Pegawai Ekseku...
Mengimbau Kembali Myspace Jaringan Sosial Yang Pernah Popular Sebelum Wujudnya Facebook

Mengimbau Kembali Myspace Jaringan Sosial Yang Pernah Popular Sebelum Wujudnya Facebook

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 346 hits
MySpace Sebuah laman yang pernah menyinari zaman remaja kita kini semakin dilupakan Sebelum wujudnya Facebook Twitter dan Instagram ia adalah laman yang sering dibuka untuk melihat kemaskini antara rakan rakan dan keluarga Ia pernah menjadi...
Ini Pengakuan Pilot Pernah Terbangkan Boeing 737 Max Sebelum Ethiopian Airlines Jatuh

Ini Pengakuan Pilot Pernah Terbangkan Boeing 737 Max Sebelum Ethiopian Airlines Jatuh

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 332 hits
Menurut Aviation Safety Reporting System yang dikelola oleh NASA catatan salah satu pilot dari insiden pada November 2018 hanya beberapa minggu setelah Lion Air jatuh mengatakan pesawat mengalami pitched nose down kondisi ketika hidung pesa...
Lima Hari Sebelum Ibunda Wafat Ustadz Abdul Somad Sempat Sampaikan Ini

Lima Hari Sebelum Ibunda Wafat Ustadz Abdul Somad Sempat Sampaikan Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 387 hits
Ustadz Abdul Somad bersama Ibunda Hj Rohana Ibunda Ustadz Abdul Somad Rohana dikabarkan wafat pada hari ini Senin 18 Maret 2019 sebelum adzan subuh berkumandang Ibu Hj Rohana wafat saat dalam perawatan Rumahsakit Sansani jalan Soekarno Hatt...
Tafsiran Makna Nama Dan Peristiwa Pada Senjata Pengganas Christchurch

Tafsiran Makna Nama Dan Peristiwa Pada Senjata Pengganas Christchurch

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 358 hits
Jumaat lepas merupakan satu hari hitam di New Zealand Ini berikutan serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 orang Serangan yang dilakukan pelampau berdarah Australia Brenton Tarrant itu mengundang kec...
Video Allahu Akbar Ini Hikmahnya Ramai Banjiri Masjid Kerana Ingin Tahu Tentang Islam Setelah Peristiwa Bersejarah

Video Allahu Akbar Ini Hikmahnya Ramai Banjiri Masjid Kerana Ingin Tahu Tentang Islam Setelah Peristiwa Bersejarah

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 243 hits
Subahanallah Allah sebaik baik Perancang Tiada ada sesuatupun yang berlaku hatta kaki yang tertusuk duri sekalipun mempunyai hikmah tersendiri seperti yang disebut dalam sebuah hadis Nabi Tidaklah dari seorang Muslim yang tertvsuk duri hing...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities