Biasiswa Tunku Abdul Rahman
BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR). Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* dan / atau yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan (masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian) serta mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.
(ii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang diaturkan oleh pihak YTAR.
KADAR BIASISWA
Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.
PENARAFAN PENERIMA BTAR
Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas akan dikenakan penalti seperti turun taraf kepada:
Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR) atau Biasiswa Khas Yayasan Tunku Abdul Rahman (BKYTAR) atau ditamatkan pemberian dan gelaran ‘Tunku Scholar’ dilucutkan.
PERMOHONAN
Tarikh permohonan dibuka : 15 Mac 2019
Tarikh permohonan ditutup : 30 April 2019
Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga Pemilihan. Pemohon GAGAL apabila tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan.
PEMOHON WAJAR BACA KESELURUHAN ARAHAN DAN ISIKAN DENGAN BETUL DAN TEPAT. TIADA PEMBETULAN DIBENARKAN SETELAH BORANG DIISI SECARA DALAM TALIAN. KESILAPAN HANYA MENGHILANGKAN MARKAH PENILAIAN PEMOHON PADA PENCAPAIAN NILAI KEPIMPINAN.
Klik Borang Permohonan BTAR 2019 di bawah untuk mengisi secara atas talian dan cetak borang tersebut.
BORANG PERMOHONAN BTAR
Borang Permohonan BTAR Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan MESTI dihantar ke alamat berikut:-
Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar,
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Bangsar, Kuala Lumpur.
The post Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) appeared first on Berita Viral Terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaviralterkini.com/biasiswa-tunku-abdul-rahman-btar/