Tafsiran Makna Nama Dan Peristiwa Pada Senjata Pengganas Christchurch



Jumaat lepas merupakan satu hari hitam di New Zealand. Ini berikutan serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 50 orang.

Serangan yang dilakukan pelampau berdarah Australia Brenton Tarrant itu mengundang kecaman di seluruh dunia dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menggelar tindakan pelampau kulit putih itu sebagai satu tindakan keganasan yang terancang.

Semasa ditahan pihak berkuasa, beberapa tulisan ditemui pada raifal dan beg yang dibawa Tarrant yang dianggap signifikan baginya.

Kredit: TRT
1. Anton Lundin Pettersson

Rajah 1: Anton Lundin Pettersson. Kredit https://www.irishtimes.com/news/world/sweden-school-attack-a-suspected-racist-hate-crime-1.2403210
Pettersson merupakan seorang penganggur yang bertanggungjawab membunuh tiga orang (dua pelajar dan seorang guru) di sebuah sekolah di Trollhattan, Sweden pada tahun 2015. Lelaki ini kemudiannya ditembak oleh pihak berkuasa dan mati selepas dibawa ke hospital. Pettersson berbuat demikian kerana mempunyai pendirian keras terhadap kelompok imigran dan memilih Trollhattan berikutan lokasinya berhampiran dengan kawasan kejiranan penduduk imigran.

Ramai pemimpin politik Sweden merasa marah atas apa yang berlaku dan Raja Sweden menyatakan kekesalan baginda bila mendengar berita berkenaan. Akibat serangan itu juga, beberapa penduduk di Trollhattan yang berdarah imigran berkira-kira mahu berhijrah kerana bimbangkan keselamatan mereka.

2. Alexandre Bissonette

Rajah 2: Bisonette selepas ditahan pihak berkuasa selepas melakukan serangan ke atas sebuah masjid di Quebec City.
Sebelum dikenali atas serangan ke atas sebuah masjid di Quebec City, Bissonette sudah dikenali kerana mempunyai pendirian anti-Islam dan anti-imigran terutama terhadap pelarian. Penembak ini menganggap kehadiran mereka sebagai satu ancaman kepada keluarganya.

Pada 29 Januari 2017, Bisonette menembak mati enam orang dan mencederakan 19 orang lagi. Enam mangsa yang mati memegang dwi-kerakyatan iaitu Kanada dan negara kelahiran mereka. Bisonette kemudiannya ditahan dan didakwa atas enam kesalahan membunuh sebelum dihukum penjara seumur hidup tanpa sebarang peluang mendapat parol pada tahun 2019.

Ketika ini, dia sedang cuba merayu mengurangkan hukuman yang dilaluinya. Serangan tersebut dikecam ramai pihak dari Paus Francis hinggalah Perdana Menteri Kanada sendiri Justin Trudeau.

3. Skanderbeg

Rajah 3: Patung Skanderbeg di Kruje.
Skanderbeg atau nama sebenarnya George Castriot merupakan seorang bangsawan berdarah Albania dan merupakan antara figura yang menentang keras proses perluasan kuasa Empayar Uthmaniyyah semasa pemerintahan Sultan Mehmed II/Muhammad al-Fatih. Di bawah kepimpinannya, bukan sekali dua tentera Albania berjaya menafikan serangan Uthmaniyyah sebanyak 13 kali walaupun bilangan mereka jauh lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan yang lengkap.

Skanderbeg juga turut mendapat sokongan kerajaan-kerajaan Eropah termasuk Raja Alfonso V dari Aragon dan Venice. Selepas beliau meninggal dunia pada 1468 akibat demam malaria, barulah proses perluasan kuasa Uthmaniyyah dapat diteruskan tanpa sebarang halangan. Satu perkara yang tidak diketahui Tarrant dan pelampau-pelampau kulit putih ialah Skanderbeg juga pernah berkhidmat dengan kerajaan Uthmaniyyah di mana pada satu ketika beliau pernah menjadi wakil mereka di Albania dan menjadi panglima perang angkatan kerajaan itu di Eropah Timur.

4. Marco Antonio Bragadin

Rajah 4: Monumen yang menempatkan kulit Bragadin di Gereja Santi Giovanni e Paulo di Venice.
Bagi Tarrant, Bragadin merupakan contoh kezaliman orang Islam ke atas orang kulit putih sepertinya. Tetapi dia juga sebenarnya seorang yang pendek akal kerana tiada siapa mengetahui apa sebenarnya berlaku ke atas Bragadin. Dalam konteks sejarah, beliau merupakan komander kubu pertahanan di Famagusta, Cyprus semasa ia dikepung angkatan Uthmaniyyah pada tahun 1570.

Walaupun dikepung oleh angkatan tentera yang ramai, mereka berjaya bertahan sebelum pertahanan ditembusi tentera Uthmaniyyah pada Julai 1571. Bragadin dianggap wira bagi warga Eropah kerana berjaya memaksa kerajaan Uthmaniyyah memfokuskan serangan ke atas Famagusta sehingga tidak boleh memfokuskan serangan mereka di tempat lain.

Beliau menyumbang secara tidak langsung kemenangan pakatan raja-raja Eropah ke atas tentera laut Uthmaniyyah di Lepanto pada tahun 1571. Tiada siapa tahu apa punca sebenar Bragadin dihukum bunuh dengan pihak Uthmaniyyah menuduhnya membunuh tawanan-tawanan Turki sementara sumber Venice pula menuduh sikap jeneral empayar itu yang terburu-buru menghukum beliau walaupun selepas menyerahkan Famagusta.

5. Charles Martel

Rajah 5: Patung Charles Martel
Martel sentiasa dilaung-laungkan sebagai wira kerana berjaya mengekang asakan tentera Umayyah Andalusia di Tours pada tahun 732. Tindakan beliau membina pasukan tentera khas untuk melawan angkatan Umayyah ditambah dengan kegagalan kerajaan itu mengetahui kekuatan sebenar kerajaan Frank menyumbang kepada kekalahan mengejut tentera Umayyah. Selain Tours, beliau juga bertanggungjawab menafikan cubaan kerajaan Umayyah melebarkan pengaruh mereka di Perancis sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 tahun. Kejayaan Martel bukan saja menghalang Islam dari bertapak di Perancis tetapi juga berperanan sebagai zon penampan kekal untuk Reconquista (kempen selama 700 tahun untuk menghalau kerajaan Islam keluar dari Eropah).

6. Kepungan Vienna 1683


Rajah 6: Kepungan Vienna 1683 seperti digambarkan oleh pelukis Frans Geffels.
Seperti Tours dan Famagusta, Vienna sentiasa dilaung-laungkan sebagai simbol kejayaan orang kulit putih dan Kristian terhadap orang Islam dan imigran. Ini kerana kepungan Vienna yang berlaku pada tahun 1683 menyaksikan kebangkitan raja-raja Eropah membentuk pakatan bagi mengalahkan angkatan Uthmaniyyah yang masih berhajat memperluas pengaruh mereka di Eropah. Tetapi ada satu fakta yang jarang diambil kira pelampau kulit putih seperti Tarrant dan Anders Breivik.

Kepungan ini bukanlah satu pertembungan agama seperti yang didakwa pelampau kulit putih kerana Empayar Uthmaniyyah disokong oleh Perancis yang wujud hasil dari pakatan yang dibentuk pada tahun 1536 Masihi. Selain itu, dua bahalul ini juga tidak sedar kejayaan pakatan raja-raja Eropah diketuai Raja John Sobieski ini turut disumbang oleh orang-orang Islam juga. Ini kerana ketumbukan Sobieski dari Poland ini berdarah Tatar dan mereka ini diberi pelbagai hak dan kemudahan oleh baginda termasuk keizinan membina semula masjid dan diberi pengecualian membayar cukai. Mereka juga bertanggungjawab menyelamatkan nyawa Sobieski di Parkany pada tahun 1683.

SUMBER: thepatriots.asia

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2019/03/tafsiran-makna-nama-dan-peristiwa-pada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch

Maksud Tulisan Pada Senjata Pengganas Christchurch

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 403 hits
Serangan pengganas ke atas dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 orang telah mengundang kecaman di seluruh dunia dengan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menggelar tindakan pelampau kulit putih itu sebagai satu tinda...
Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

Bangga Mengaku Muslim Pegawai Polis New Zealand Ini Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 472 hits
PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat tertinggi di New Zealand menahan tangisan ketika berkongsi mesej untuk mangsa tragedi tembakan di Christchurch Bercakap di pusat bandar Aotea Square di Auckland Supritendan Naila Hassan memberita...
Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

Informasi Didakwa Di Mahkamah Pengganas Serangan Christchurch Ini Dia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 457 hits
BRENTON TARRANT didakwa atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Daerah Christchurch New Zealand hari ini AFPCHRISTCHURCH 16 Mac Suspek utama insiden tembakan di dua buah masjid di sini semalam didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh Suspe...
Wow Polis Muslim Nz Pangkat Tertinggi Luah Rasa Sebak Terhadap Serangan Pengganas Di Christchurch

Wow Polis Muslim Nz Pangkat Tertinggi Luah Rasa Sebak Terhadap Serangan Pengganas Di Christchurch

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 512 hits
Polis Muslim NZ pangkat tertinggi luah rasa sebak terhadap serangan pengganas di Christchurch Sabtu 16 Mac 2019 9 55 PM Naila menyampaikan ucapannya dalam nada sebak Foto Facebook NZ Police PEGAWAI polis beragama Islam yang berpangkat terti...
4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

4843 Ppim Kutuk Serangan Pengganas Di Christchurch Utusan Malaysia 16 3 19

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR 15 Mac Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras kerasnya perbuatan tidak berhati perut oleh pengganas yang membunuh umat Islam dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch New Zealand hari ini Ke...
Tragedi Christchurch Serangan Pengganas

Tragedi Christchurch Serangan Pengganas

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 434 hits
Brenton Tarrant telah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh dan juga atas beberapa lagi kesalahan lain yang akan disabitkan Beliau yang dihadapkan di mahkamah tiba dalam seragam putih penjara dan berkaki ayam Sempat menunjukkan white ...
Serangan Pengganas Christchurch Dua Mangsa Cedera Dibenarkan Pulang

Serangan Pengganas Christchurch Dua Mangsa Cedera Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 324 hits
Agensi Diterjemahkan oleh Umat Islam memerhati keadaan di Masjid Al Noor susulan kejadian tembakan di situ pada Jumaat dari luar garisan polis di Christchurch New Zealand WELLINGTON Dua mangsa serangan pengganas masjid Christchurch yang dir...
Penjaga Masjid Rampas Senjata Pengganas Meninggal Dunia

Penjaga Masjid Rampas Senjata Pengganas Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 353 hits
Seorang lelaki yang telah dibunuh secara tragis selepas cuba merampas pistol daripada penembak Christchurch telah dikenal pasti sebagai Naeem Rashid Loading Mangsa dikatakan cedera parah kerana bergelut dalam usaha menyelamatkan nyawa orang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini